Pages

Thursday, September 24, 2009

Pengalaman pertama beraya di Lincoln

Pengalaman pertama beraya di perantauan tidaklah seburuk yang disangka. Raya juga la kami walau tak semeriah di tanahair sendiri tapi sehari sebelum raya tu memang saya takde mood langsung apatah lagi nak memikirkan raya keesokan harinya. Atas permintaan suami, hari Sabtu tu sempat juga la buat mini popia berintikan serunding daging (serunding daging tu kakak ipar saya yang pos). Petang tu entah kenapa rasa takde tenaga pulak. Dah akhir puasa baru rasa letih sangat-sangat padahal bukannya buat apa sangat seharian tu. Petang tu duk sediakan bahan-bahan untuk buat kuah kacang then berbuka dengan cucur bawang je memandangkan suami berbuka di masjid. Lagipun memang tak sempat nak masak lauk, meragam aje Safiyyah petang tu. Ingatkan malam tu nak buat kuah kacang dan masak nasi impit siap-siap tapi dek kerana badan rasa terlalu lemah ditambah dengan mood raya yang tak datang-datang lagi, tak jadi la buat malam tu. Cheese cake (oreo cheese cake) pulak yang saya buat malam tu! Haih...orang duk sibuk-sibuk sediakan juadah raya...lain pulak yang saya buat jelir.

Suami saya pulak terlebih rajin duk buat ketupat pulut sebab dia duk teringat kat kampung dia...tiap-tiap tahun mak buat ketupat daun palas tu. Start dari tengahari dia duk mengukus pulut sampai la ke petang. Malam tu baru duk bungkus pulut tu dengan daun pisang. Dah sini takde daun palas, pakai daun pisang aje la. Tak sia-sia suami saya belajar bungkus ketupat dengan maknya dulu. Nak harapkan saya...memang tak jadi la ketupat. Tak reti anyam-anyam ketupat nih. Makan reti la sengihnampakgigi. Kalau ikut belah family saya, makan nasi impit je setiap kali raya...mana la reti nak anyam-anyam ni..


Ketupat daun pisang hasil kreativiti suami saya




Ahad pagi (pagi raya) baru la saya terkejar-kejar buat kuah kacang dan masak nasi impit. Alhamdulillah sempat la siap sebelum suami balik dari solat sunat Aidilfitri di masjid. Dalam duk masak tu, Safiyyah meragam pulak. Aduhai...memang la sangat letih memasak sambil melayan ragam anak penat. Lepas masak tu ingatkan nak sediakan bahan untuk buat soto ayam tapi tergendala juga la. Tak tahu la kenapa mood Safiyyah 2 hari tu sangat tak ok. Tak nak diletak langsung. Diletak aje...malalak la dia! Macam kena dera lagaknya.

Suami saya sampai rumah, baru saya dapat bersiap-siap nak ke rumah Hafiz/Izza. Orang dah kenyang, kami baru sampai. Faham-faham je la...ada anak kecik...nak kena menyusukan dia dulu la apa la...dah settle semua baru boleh keluar. Oh, kat situ kami jumpa dengan 1 lagi family Melayu...Bon/Roz sekeluarga. Sebelum ni memang kami tak pernah berjumpa sebab rumah diorang jauh sikit dari rumah kami...diorang duduk di City Campus, kami di East Campus. Menu utama di rumah Hafiz/Izza: nasi impit + rendang ayam + kuah lodeh. Saya jamah sikit je. Entah kenapa rasa takde selera nak makan juadah raya. Kuih raya pun takde selera nak telan. Duk teringat kat Malaysia je...sedih.


Safiyyah je pakai baju baru, saya dan suami recycle baju kahwin...dah alang-alang kami berdua pakai baju warna sama...belikan juga la Safiyyah dengan baju sama warna




We're Malaysian! At Hafiz/Izza's house



Bon/Roz ajak kami semua ke rumah diorang dalam pukul 2 petang tapi saya tak dapat nak ikut sebab kena masak soto ayam...takut nanti tak sempat siap sebelum pukul 5. Suami saya je la pergi, sebagai wakil. Suami saya janji nak balik awal tapi hampir pukul 4.30 baru dia sampai rumah. Geram tau. Memang saya keletihan yang amat sangat sebab duk memasak sambil dukung Safiyyah. Kalau dia menangis sikit-sikit, saya biarkan aje juga la dia tapi ni duk meraung sekuat hati. Saya dukung je terus dia diam. Aduh...sabar je la. Mujur sempat settle sebelum pukul 5. Ingatkan sempat la kemas-kemas dapur sebelum tetamu datang, tengok-tengok Justin (kawan suami saya, Canadian) sampai rumah kami tepat-tepat jam 5 petang (suami saya la pandai-pandai tukar waktu ke pukul 5 padahal duk bincang sebelum tu nak buat open house pukul 5.30 gigil). Sudahnya, dapur dibiar berkecah je la. Nasib la...buat-buat aje la tak nampak siul.

Dalam pukul 5 lebih Silvana (juga 1 department dengan suami saya, Brazilian) dan family pulak sampai. Memandangkan yang lain tak sampai-sampai lagi, suami saya ajak Justin dan Silvana sekeluarga makan dulu. Menu di rumah kami: Nasi impit + soto ayam + kuah kacang + ketupat + serunding daging. Suami saya la duk ajar nasi impit nak makan dengan apa...ketupat nak makan dengan apa...soto ayam tu nak makan macam mana senyumkenyit. Yang kelakarnya, diorang ni habis makan sejenis juadah, diorang buang mangkuk/pinggan polisterin tu dan ambil yang baru untuk ambil juadah lain pulak sebab diorang tak nak rasa makanan tu bercampur. Punya la nak merasa betul-betul setiap hidangan tu sengihnampakgigi. Silvana la terutamanya sebab dia memang suka merasa makanan lebih-lebih lagi makanan tu semua dia tak pernah rasa.


Silvana sekeluarga dan Justin (di kanan sekali)



Alhamdulillah la diorang suka dengan makanan-makanan tu. Sebelum tu duk risau kalau diorang tak suka. Nanti kesian lak tak makan apa-apa. Lagipun takde 1 pun masakan yang pedas. Suami saya awal-awal lagi warning saya supaya jangan buat kuah kacang tu pedas, buat manis-manis...sambal kicap tu pun jangan buat pedas. Isy...apa la sedapnya kalau tak pedas...? Tapi nak buat macam mana...dah dapat suami yang tak makan pedas...terpaksa ikutkan juga la. Nak buat 2 versi (1 pedas, 1 tak pedas) tak rajin le pulak. Antonio (suami Silvana) suka sungguh kuah kacang. Agaknya sebab rasa manis kot padahal dia tak tahu kuah kacang yang saya buat tu terlebih serai sengihnampakgigi. Inilah untungnya kalau jamu pada orang yang tak pernah rasa masakan Malaysia...diorang tak tahu pun apa yang terlebih, apa yang terkurang...hehe.

Pukul 6 lebih baru la geng-geng Malaysia sampai. Mula-mula Suhaizi dan Bon sampai, lepas tu Muzammil, diikuti dengan Hafiz, Izza dan Iman...dan last sekali Sek Yee, Roz dan anaknya. Dah berkumpul ramai-ramai tu meriah jadinya. Kurang la sikit rasa rindu kat Malaysia. Lepas duk makan hidangan berat, diorang makan pulak kuih raya. Saya sempat buat 4 jenis: Butterscotch Chip Cookies (yang sebenarnya nak buat chocolate chip cookies tapi dah tersalah beli...ingatkan betul dah beli chocolate chip...rupanya butterscotch chip...tengah duk mengadun baru perasan tersalah...hentam je la guna butterscotch chip! jelir), Honey Cornflakes, Almond Lincoln (request daripada suami...ikutkan saya memang malas nak buat sebab nak buatnya leceh) dan mini popia. Dalam takde feel nak raya...4 jenis kuih buat...agaknya kalau ada feel raya mau sampai 10 jenis kot (haha...takde maknanya..! jelir). Oh...ada tambahan 1 lagi...Oreo Cheese Cake! Saya buat sikit je...dalam loyang 8 inci...tak sangka la pulak yang datang ke rumah kami semuanya peminat cheese cake (saya sorang je kot yang tak suka cheese cake)...memang tak cukup la.


Tetamu yang hadir di rumah kami





Inilah kuih raya saya...siap ada balang kuih raya lagi! Tak sangka pulak ada dijual di sini...saya pesan kat suami belikan bekas-bekas yang sesuai untuk hidang kuih raya...duk bayangkan tupperware je...sekali dapat balang kuih raya...sukanya...! sengihnampakgigi




Dalam pukul 8 malam baru la sorang-sorang beransur balik. Dan baru saya tersedar yang saya tak jamah apa-apa makanan sejak balik dari rumah Hafiz/Izza pagi tu. Tak tahu nak makan apa malam tu. Nak makan juadah raya tetap juga takde selera...end up saya makan bihun goreng yang Roz bawa untuk saya...itu pun tak habis padahal bukannya banyak pun! Entahlah...mungkin sebab rasa letih tak hilang lagi kot. Kalau letih-letih memang tak lalu nak makan. Malam tu suami saya yang duk kemas-kemas dan cuci pinggan mangkuk semua. Saya dah tak terdaya nak buat apa-apa dah...

Sehari tu je la kami merasa kemeriahan Aidilfitri. Kalau kat Malaysia, seminggu raya pun meriah lagi. Open house tak habis-habis selagi Syawal tak menutup tirainya. Tapi ok la tu...dapat juga la kami rasa suasana hari raya walaupun cuma sehari je...

19 comments:

Arin said...

comel nya balang kuih raya tuh...selamat hari raya!

husna said...

wah. rajinnya kak nadiah buat kuih raya.... husna dok kat kampung pun tak serajin tu....

daud.montak.zakaria said...

Kat sane takde kueh 'tunjuk' ke...

puan oryza said...

wahhhhh!!!!!!!!
hebatnye husband akak anyam ketupat dgn daun pisang!

Nadiah Sidek said...

arin: slmt hari raya juga!

husna: seminggu nk raya baru buat...sblm tu angin rajin tak dtg lg :p

ukmstudio: ada..ada...lps siap buat sendiri...tunjuk2 la yg mana nk :p

cik oryza: erk...'kembang' la suami akk baca komen farhana nih..

nur alia said...

k. nadiah ni kelakarla...org gelak part terlebih serai tuh..huahaha!

nur alia said...

DAN. cewah, tambahan. family ini sangat comel.haha.sekian, terima kasih.

Dayah @ Real Ummu said...

meriah jugak raya,,,wah ketupat daun pisang yg sgt kreatif, balutan tu dah seakan2 daun palas...samala Zaki dgn Kamal, Kamal lagi pandai balut daun palas tu dari DAyah sbb salu dok tolong mak dia...Dayah balut jugak tapi idakla sesempurna dan sehandal org lain.. orang dh balut lima biji, dayah baru siap satu..teruk betui..

Nadiah Sidek said...

alia: haha! alia pun kelakar jgk :D

dayah: ok la tu...reti la jgk balutnya. kite lgsg tak reti :p

dora said...

selamat hari raya nadiah n family.... rajin betul buat kuih raya sumer.. akak ni buat kuih 'tunjuk' terer la.... tak leh imagine kalau beraya kat oversea sana.. mau meraung akak... hihihi....

HuMayRah HaYatI said...

mmmm..mmg kreatif buat ketupat guna daun pisang..kira mcm tiada rotan akar pun berguna juga..rajin nadiah buat kuih..Selamat hari raya dan mintak maaf byk2 yer..

Nadiah Sidek said...

dora: nadiah mmg suka wat cookies kak cuma tak brp nak rajin je buat selalu..hehe. ala kak...kalu dh duk sini semua benda yg kita tak tahu buat pun akan jd reti jgk. nk hidup le katakn ;)

norhayati: slmt hari raya juga kak yati! nadiah pun minta maaf juga naa..

Um Suhaib said...

owh.. boleh tahan juga hidangan2 raya awak yer Nadiah.. Paling bes suami turut participate sama.. bagus sungguh la... kat sana bnyk ke daun pisang? Sedap tu bau ketupat daun pisang. Feveret family saya.. Kami lebih prefer ketupat daun pisang dari daun palas. :D

Nadiah Sidek said...

mummy faridah: daun pisang frozen. hehe..

nadnye said...

meriah juga beraya disana... kuih raya balang kuih raya.. :) tapi apa-apa pun mesti rindu kat sini..
Selamat hari raya..

yatie chomeyl said...

meriah jugak beraya di perantauan kan? rajin pulak tu wat 4 jenis kuih *clap clap*. tp mmg letihlah masak kalau si kecik asyik nak merengek jer hohoho

Nadiah Sidek said...

nadnye: huhu...dh semestinya la kak..

yatie: kalau merengek takpe lg tp kalau dh terpekik terlolong...huhu...mau pengsan dibuatnya! :p

LadyBird said...

bestnye baca diari nadiah.. hafiz/izza duk sana jugak ek? bon tu bond mana ek nadiah? bond biotek ke?

Nadiah Sidek said...

puteri: a'ah..hafiz/izza duk sini...diorg dh sethn lebih duk sini...kami baru 3 bln kat sini. bkn bon USM...hehe...bon tu student UM kalau tak silap :)