Pages

Sunday, September 13, 2009

Merangkak dan berdiri

Yay! Safiyyah dah boleh merangkak dan berdiri sendiri tepuktangan. Alhamdulillah. Baru je semalam dia boleh merangkak dan hari yang sama juga dia boleh berdiri sendiri. Dah 2 hari dah saya perasan yang Safiyyah macam cuba nak berdiri...tengok-tengok semalam dia berdiri sambil berpaut pada tangan saya. Mula-mula dia berpaut pada kaki saya dan angkat kakinya ala-ala nak berdiri, pastu terus dia paut tangan saya dan berdiri! Terkejut juga masa tu...rasa macam tak percaya je hah. Terus saya panggil suami saya yang masa tu ada di bilik. Suami saya pun terkejut tapi sebelum tu dia tak percaya...dia ingat saya yang berdirikan Safiyyah jelir.

Pagi tadi masa saya tengah mengadap laptop, Safiyyah pun sibuk juga nak mengadap skrin laptop ni. Dia buat macam semalam gak. Berdiri sambil berpaut pada tangan saya. Lepas tu saya saje bagi dia pegang meja laptop (bukan meja laptop pun...meja study kanak-kanak...Safiyyah belum boleh guna lagi...kami guna la dulu ihikhik) nak tengok dia reti ke tidak berpaut pada meja tu. Sebelum ni saya pernah cuba berdirikan dia bagi dia paut pada meja yang sama tapi dia tak reti. Tengok-tengok semalam dia dah reti dah rupanya! Kemas betul dia paut pada meja tu. Tapi Safiyyah still rasa takut-takut lagi. Baru je dia rasa dia nak terjatuh dia nangis dah padahal awal-awal lagi saya sambut dia bila nampak dia macam nak terjatuh sengihnampakgigi. Tapi sekejap je la dia nangis pun...pastu duk gelak-gelak balik. Seronok agaknya dapat berdiri senyum. Dalam 2 hari ni yang saya tengok, Safiyyah hanya berani berdiri sendiri kalau berpaut pada saya atau papanya je...dengan barang-barang lain (kerusi, rak, etc) belum berani lagi.



Satu lagi skill yang Safiyyah dah boleh buat; geleng kepala! Ada la dalam seminggu dua lepas dia reti gelengkan kepalanya tu. Kejap-kejap dia geleng-geleng kepala. Benda baru belajar la katakan senyumkenyit. Tapi dia tak faham lagi la apa maksud geleng kepala tu. Oh, ada 1 lagi yang Safiyyah reti buat...hayun-hayunkan badan ke depan ke belakang waktu dia duduk - yang ni dia reti buat sebelum dia pandai geleng-geleng kepala lagi. Suka betul dia hayun-hayunkan badannya tu. Buat masa ni Safiyyah belum pandai duduk sendiri lagi. Ingatkan dia akan belajar duduk dulu sebelum berdiri sebab dari hari tu lagi nampak ada gaya macam nak duduk. Dia belum dapat step yang betul lagi kot. Tapi kalau Safiyyah didudukkan atas lantai, dia dah boleh le dah kawal badan dia supaya tak terjatuh/tersembam.. senyum

18 comments:

Ummi Salsabila said...

tahniah2!! safiyyah da pndi berdiri ye.ni xsaba nak jln ni..comella safiyyah ni.

comel kan bile bby geleng2 kepala..:)

nur alia said...

sweetnya safiyyah senyum tengok camera...akak, untungnye akak dpt baby girl kiut miut cm safiyyah...

husna said...

wah.. tahniah kat safiyyah... nanti mudah la dia nak capai macam2 benda...hehehhe

p/s: oohh... umi dia rasmi dulu meja safiyyah..

LOVE said...

Hehehe, so sweet Safiyyah! yeah yeah, dah berdiri! Now Mak dan Papa kenalah letak barangan berharga dan bahaya away from her reach! ;)

kakyong said...

tahniah safiyyah..
pasni explore lagi... go go girl... ;)

ummi humaira said...

sekejap lagi bila boleh menapak pula , tak larat nak mengejarnya , semua benda dia nk tolong mengemas .alahai comel tul si Safiyyah ni.

NORHAYATI BERAHIM said...

nadiah..gembira kita bila tengok anak da pandai berdirikan, kita nanti pula dia pandai berjalan..bila da berjalan kita pulak tak tahan..he.he.he

Nadiah Sidek said...

ummi salsabila. hehe..betul..betul! akk tergelak2 je tgk kalau safiyyah duk geleng2 :D

alia: lg untung kalau anak2 jd anak soleh/ah :)

husna: hehe..dh safiyyah belum boleh guna..umminya guna la dulu..

love: yup! kena sorok la brg2 yg bahaya.. ;)

kakyong:

ummi humaira: nnt umminya ni ada pembantu la kat rmh :D

NB: tu la..rs seronok dpd tgk dia berdiri. org 1st lak tu! jenuh la nk mengejar bila dia dh pandai berjalan n berlari nnt :p

Ummu Ammar said...

Nadiah..sukanya tgk Safiyyah ni..Comel mcm ummi dia..mana2 baby girl akak mesti suka..teringin nk baby girl t blum rezeki..doakan ye..

yatie chomeyl said...

tomey nyer saffiyah..dh pandai berdiri yer, hepi jer muka dia dpt berdiri sndiri hehe

ibu_arifa said...

comey nyer safiyyah...suka tgk dia pakai baju tutup2 mcm tuh.. kalo kat sini paka mcm tu.. berpeluh lah anak dara den..

dah boleh berdiri yer..syoknyer..nnt leh tolong "kemaskan" barang ibu nya lah yer..

Nadiah Sidek said...

ummu ammar: insyaAllah...mdh2an nnt akk dpt anak perempuan lak :)

yatie: itu la..mcm dpt hadiah apa je dia..hehe..

ibu arifa: hehe...mmg berpeluh la kalau pakai gitu kat m'sia. a'ah..nnt ada la tukang kemas yg baru :D

Norhayati Ahmad said...

wauuuu..terorrnyer safiyyah..tahniah!teruskan usaha..
hehe..nanti nadiah tlng sampaikan kat safiyyah ek..

tak lama lagi..tak blehlah nak letak accessories atau hiasan kat umah dah..ada tukang kecamuk..hehe..

mirah said...

mm..silap2 nih safiyyah jalan dulu dari khadijah..:)

Mummy Faridah said...

clap3! tepuk tgn utk safiyyah..dah pandai berdiri..

Nadiah Sidek said...

norhayati: ;)

mirah: tak tau lg la tu cepat ke tidak berjalannya :)

mummy faridah: yeay!

bee said...

salam nadiah,

tahniah,bb safiyah dah pandai berdiri dgn sendirinya.hawa pun dah merangkak laju n dah berdiri juga.la nie tgh belajar meniti sikit.x lama lagi boleh berjalan la 2.heheh.safiyah dah ada gigi lom?hawa dah tumbuh 2 batang gigi bawah.sungguh cumel.heheh(puji anak sendiri).Selamat menyambut hari raya aidilfitri,maaf zahir batin.husband sambung PHD ek?4 tahun kat sana?

Nadiah Sidek said...

wah...cepatnya hawa dh nk berjalan. safiyyah belum tumbuh gigi lg.. a'ah, hsbnd smbg phd kat sini...insyaAllah dlm 4 thn. slmt hari raya juga bee! :)