Pages

Monday, September 7, 2009

2009 Nebraska State Fair - part 2

Sambungan cerita semalam...

Lepas tengok lembu dan kambing, kami ke bangunan 1 lagi yang menempatkan ayam dan arnab. Yang ni pun ada pertandingan juga senyum. Rasanya ada banyak kategori kot sebab nampak ada banyak ribbon kat sangkar-sangkar tu. Antara yang menang:


Ayam ni gemuk tau! Bulunya pun cantik...kembang-kembang gitu..


Yang ni ayam serama...menang jugak ni...


Bawah ni arnab yang paling besar dan gemuk yang ada kat situ. Tak ingat menang ke tidak..



Lepas tu kami ke bangunan 1 lagi...kat situ lebih kepada pertanian. 1st yang kami jumpa bunga-bunga ni la...pun ada pertandingan juga dan banyak kategori yang dipertandingkan (note: yang ada ribbon tu yang menang. Ribbon warna biru yang dapat 1st place, merah 2nd place dan putih 3rd place):



Kami ke booth yang jual honey pula. Antara yang dijual kat situ pure honey, comb honey, flavoured stick honey dan flavoured cream honey...



Kami berganjak pula ke rak yang menempatkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalau tengok gambar, bawang pun dipertandingkan juga tau! Psssttt...abaikan model tak bertauliah tu ye jelir



Bawah ni pula di booth gandum. Oh, masa ni Safiyyah dah terlena dah senyum

Sek Yee di kanan saya, Suhaizi di kiri suami saya


Nanti insyaAllah saya sambung part 3 pulak ye... kenyit

6 comments:

cik oryza said...

kak nadiah! tu bawang betul ke? besarnye... bape kali masak baru habis gamaknye tu..

ukmstudio said...

Hmmm...nampaknye dia orang kat sana tu mengutamakan pertanian ke. Satu lagi hasil-hasil pertanian tu dari ladang kawasan sekitar ke....

nur alia said...

besnye honey stick tu, bunyi mcm sedap...kita boleh makan kan?akak beli x?

Nadiah Sidek said...

cik oryza: bwg betul la. tak tau la...kat sini bwg mmg besar saiznya. akk mula2 dulu tgk bwg terkejut rasa..sekali ganda besarnya dr bwg biasa..

ukmstudio: kat sini mmg ada ladang..luas ladangnya..dh namanya kwsn kampung..

alia: blh je kalau nk mkn tp akk tak beli pun sbb tak mkn madu. hsbnd akk beli pure honey dgn comb honey je. dia kata comb honey tu sedap..

Ummi Salsabila said...

akak.sumenye sgt mnarik.besar2 ek.cantik2 hasilnye.ciptaan Allah..

Nadiah Sidek said...

ummi salsabila: :)