Pages

Monday, September 28, 2009

2 Syawal 1430H / September 21, 2009

Isnin lepas kami ke People's Health Center...rutin biasa setiap bulan...bawa Safiyyah gi check up. Sambil-sambil tunggu turn, saya duk belek-belek majalah yang ada atas kerusi sebelah saya. Majalah budak-budak. Helaian demi helaian saya buka (buka je...tak baca pun jelir), tiba-tiba ada 1 gambar yang membuatkan tangan saya terhenti untuk menyelak helaian seterusnya. Gambar ini yang saya maksudkan:


Terkejut juga la saya tengok gambar ilustrasi wanita bertudung tu. Terus saya baca keseluruhan artikel tu sebab nak sangat tahu isinya. Bimbang juga kalau-kalau cerita di sebaliknya memburukkan Islam. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. It's a very good article/short story indeed! Cerita pasal 2 beradik (Amina, 10 tahun dan Rukiyah, 8 tahun) yang berkisar tentang puasa di bulan Ramadhan. Nak tahu cerita lanjut baca sendiri daripada gambar bawah ni ye (klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas). Saya malas la nak ceritakan semula jelir. Tapi memang bagus ceritanya. Sungguh tak sangka boleh dapat artikel macam tu kat sini...



Oh ye, berat Safiyyah sekarang 7 kg (6.99 kg to be exact. 7 kg la tu, kan? sengihnampakgigi) dan hari tu juga Safiyyah diberi flu shot. Macam biasa la dia...menangis kejap je bila kena cucuk, lepas tu happy balik macam takde apa yang berlaku senyum.

Then kami decide balik ke apartment jalan kaki je. Pergi ke klinik tu kami naik bas. Oh, rupanya tidak le jauh mana pun, setengah jam je kalau berjalan kaki! Tak berpeluh langsung sebab masa tu sejuk berangin. Safiyyah?? Lena dalam stroller! Syok kot tidur sejuk-sejuk gitu. Seronok juga sekali-sekala jalan kaki...sambil-sambil tengok pemandangan dan dapat hirup udara segar kurniaan Allah, dapat juga exercise! Baru perasan dah lama tak exercise...sejak kahwin tak exercise pun. Mana tak...sebulan kahwin dapat tahu tengah mengandung. Rindu rasanya nak berjogging, hiking, cycling...rindu (oh, sejak dulu saya memang tak minat netball, volleyball, badminton dll tu). Harapnya 1 hari nanti dapatlah saya buat aktiviti-aktiviti tu semula..


p/s: no wonder la Safiyyah asyik meragam je akhir-akhir ni...nak tumbuh gigi rupanya sengihnampakgigi! Baru keluar sikit je sebatang gigi bawahnya..

10 comments:

Diver Mom said...

wah.. dah nak ber gigi safiyyah ya..? :) sure cute! :)

wei, nad, hang scan la... macam mano eden nak baco neh...? :)

mirah said...

oh safiyyah nak tumbuh gigi dah ya, jap lagi mesti dah boleh makan macam2 lah tu..

ibu_Arifa said...

dah 7 kg yer safiyyah..alhamdulillah sihat dia kat sana.

syoknyer dgr citer leh berjalan2 dlm musim sejuk cam tu..setengah jam pun mcm tak terasa jer kan,,,tambahan dgn insan yg kita syg plak tuh...

welcome encik gigi!! jgn bg safiyyah sampai demam tau..kasihan ini baby... jauh di perantauan.

Nadiah Sidek said...

zuhaini: iye..sudah nak bergigi..hehe. klik la kat gmbr tu..blh bacanya la ;)

mirah: mkn takpe la...jgn duk menggigit umminya sudah :p

ibu arifa: kalu jln time summer mau berpeluh2..hehe..

bee said...

Wah sudah mula tumbuh gigi yer...Hawa dah ada 2 batang gigi bawah.Alhamdulillah dia x meragam masa mula2 tumbuh gigi 2...but sekarang nie mmg kuat makan...biskut boleh habis 4 keping.heheh.

Ummu Mishkah said...

mesti cute safiyyah tumbuh gigi!

Nadiah Sidek said...

bee: bagus la tak meragam..takde la penat sgt nk melayan ragam anak. amboi..seronok dpt gigi la tu mkn byk tu ;)

ummumishkah: semua bdk yg tumbuh gigi nmpk cute..hehe..

yatie chomeyl said...

really nice artikel..yg tulis tu non-muslim kan? no wonderlah u excited n snap the pictures..thanks 4 sharing this ;)

oho..safiyyah sudah tumbuh gigi..be prepared hehe

husna said...

wah safiyyah dh tumbh gg.. nanti semua dia nak test gg dia tu... mak dia pon dia nak gigit...
kak nadiah... takde entry baru? tertunggu2 nih...ehek

Nadiah Sidek said...

yatie: u're time will come too la..jgn2 lg awal gigi baby SN keluar..hehe..

husna: nnt umminya mogok nnt kalau safiyyah gigit. ngee..