Pages

Tuesday, September 1, 2009

14, 15 dan 16 Ogos 2009

14 Ogos lepas (orang lain dah bercerita tentang 31 Ogos, saya baru nak cerita hal 2-3 minggu sudah...malas punya pasal jelir) genaplah 56 tahun umur mak saya dan secara rasminya bertukar status daripada bekerja kepada berpencen (saya dan mak saya berkongsi bulan kelahiran...saya 23 Ogos, mak saya sama dengan arwah atuk saya..14 Ogos). Dan secara rasminya juga saya boleh call mak saya bila-bila masa menari. Kalau tak sebelum ni saya call hujung minggu je - Jumaat pagi (kat Malaysia malam) call sekali, Sabtu call sekali dan Ahad call sekali lagi. Sejak mak saya pencen ni selang sehari saya akan call, kadang-kadang hampir setiap hari call. Dah duk selalu call, rasa macam saya ni hanya berada di Penang je..ehe. Yang peliknya, ada je cerita kami berdua...tak pernah habis.

Oh, mak saya dah beli komputer dan dah daftar streamyx. 2-3 bulan sebelum mak saya pencen lagi dia dah minta ayah saya daftarkan steamyx supaya senang dia nak tengok Safiyyah secara live .sengihnampakgigi Tapi sampai sekarang tak set up lagi streamyx tu sebab mak saya tak reti. Dah seminggu lebih dah register. Adik saya pun tak reti la jugak kot...kalau tak, mesti dia dah tolong buatkan. Mak saya minta tolong dari kawannya pulak untuk uruskan benda tu. Nanti boleh la mak saya tengok cucu kesayangannya ni senyum.


Safiyyah dan opahnya (mak saya)...beberapa jam sebelum berlepas ke US



15 Ogos pulak, Hafiz-Izza buat sikit jamuan sebagai tanda kesyukuran di atas kelahiran Nurul Iman yang masa tu belum sampai seminggu pun umurnya. Masa saya tengok Iman, rasa kecik je padahal 3 kilo lebih. Duk teringat lak Safiyyah masa lahir dulu. Safiyyah lahir dengan berat 2.4 kg je...mesti la lebih kecil dari Iman. Sekarang ni nak cecah 7 kg dah Safiyyah. Kejap je rasanya masa berlalu..

Fadhli 'Atari a.k.a. Pali dari Florida dan Nik Izham dari Kansas pun ada sekali masa majlis tu. Dijemput khas oleh tuan rumah. Geng-geng USM juga le mereka berdua tu...1 school dengan suami saya dan Hafiz masa di USM dulu. Rasa seronok pulak bila diziarah walaupun takde geng perempuan. Segan juga la sebenarnya...tapi nak buat macam mana...dah tu je yang ada. Tunggu diorang kahwin la baru saya dapat geng sengihnampakgigi.


Suami saya cukur jambul Iman



Keesokan harinya sempat la 2 orang tetamu tu (eh...3 orang termasuk kawan Nik Izham tu) singgah ke rumah kami pulak sebelum berangkat pulang. Bila la pulak kami nak ke Florida ek? "Ingat datang sini bercuti makan angin ke?" - ayat suami saya bila saya tanya bila nak jalan-jalan jelir


Dari kiri: Suami saya dan Safiyyah, Pali, Sami, Nik Izham, Suhaizi

11 comments:

Ummi Salsabila said...

oo..happy belated birthday to nadiah n mak..:)

bestla pasni nenek safiyyah nk surf tenet.hehe..

pali said...

salam kak nadiah,

insyallah bleh je mai florida. tapi kalau nak meriah lagi, tunggu 'partner' saya sampai dulu. kekke.

Unknown said...

nadiah,
hepi belated besday..
tu la bila dah tukor tarikh contest tu.. terus terlupa besday nadiah...
yg ke brp tahun ni?
muda lagi ni...
dr n3 yg lepas2.. kakyong pasan nadiah ni memang teramat rapat dgn mak.. kalo hari2 tepon tu, tak mahal ke kos nyer?!!

Diver Mom said...

happy belated birthday! (eh, saya ada wish di FB kan..?) :)

Anasfadilah said...

happy belated birthday :D

best le opah nanti boleh nengok saffiyah :)

ibu_Arifa said...

wah pas ni nenek saffiyah jd nenek cyeber lah yer..boleh melepas rindu 24jam depat pc..

Florida?..syoknyer..bilalah nak sampai sana jugak ni..hari2 hanya pakai ubat gigi dgn florida saja :P

Ummu Mishkah said...

tersentuh baca kisah opah dan cucu...

husna said...

akhirnya kak nadiah update gak...lama tunggu nih..

Nadiah Sidek said...

ummi salsabila: tq! :)

pali: oh..bila tu? dh tak lama ye nk buat kenduri nasi minyak? ehe..

kakyong: tq! thn ni yg ke-27 :). call guna skype murah je kakyong

zuhaini: tq! tak ingt la zuhaini..haha..pelupa orgnya

anasfadilah: tq! a'ah..dpt la opahnya tgk cucu ;)

ibu arifa: hehe..

ummumishkah: :)

husna: duk tunggu gk ka? sori naa..cheq mls pulak nk update :p

Dayah @ Real Ummu said...

Nik Izham tu masih single ke..kata kat dia ..berdua lebih baik :)

Nadiah Sidek said...

dayah: ehe..yg tu kena tny empunya diri la