Pages

Saturday, August 22, 2009

Dapat lesen kereta!

Bukan saya...tapi suami saya sengihnampakgigi. Suami saya dah dapat lesen kereta semalam. 2 kali ambil ujian memandu baru lulus jelir. Kelmarin ambil failed..salahnya sikit je tapi terus digagalkan. Suami saya cerita masa tu ada lori berhenti tepi jalan dan suami saya pun bagi signal ke kanan dan lalu la tepi lori tu. Kebetulannya pulak...pemandu lori tu turun. Masa tu la suami saya digagalkan. Katanya jarak kereta dengan pemandu tu dekat sangat... boleh menyebabkan kemalangan. Semalam re-test dan alhamdulillah lulus senyum.

Suami saya memang ada lesen kereta masa kat Malaysia tu tapi kat sini kena ambil juga lesen kereta sekali lagi walaupun dah ada lesen sebab lesen Malaysia tak laku. Sebelum ke sini, Dr. Nasri (ex-boss saya) ada bagitau pasal ni. Lebih kurang camni la dialog antara kami:

"Hang kalau gi sana kena ambil lesen memandu kalau nak drive walaupun hang dah ada lesen kat sini," bagitau Dr. Nasri pada saya.

"Hah?? Kenapa pulak?" memang saya tak tahu-menahu pun hal tu.

"Lesen kat Malaysia ni tak laku..tak diiktiraf di peringkat antarabangsa sebab banyak sangat kes kemalangan jalan raya. Kalau hang takut-takut nak drive kat sini (Malaysia)...kat sana (US) mesti hang boleh bawak kereta punya la. Kat sana diorang memandu cermat je..kadang-kadang bukan turn hang jalan tapi diorang akan bagi laluan pada hang jalan dulu. Kalau tak percaya, nanti kat sana hang tengok la sendiri," jelas Dr. Nasri. Dia memang sporting...dengan student, aku-hang je..hehe..


Tapi memang betul pun. Dari pemerhatian saya, pemandu kat sini amat la cermatnya! Memang ikut betul-betul kelajuan yang ditetapkan. Kalau kata 25 miles per hour...25 miles per hour la dipandu. Oh ye...sini pakai miles..tak pakai kilometers. Kita kalau kat Malaysia...ada JPJ je baru ikut kelajuan yang ditetapkan...kalau takde...sure memecut! Dan pemandu-pemandu kat sini mengutamakan pejalan kaki especially orang buta. Kalau ada je orang buta yang nak melintas kat traffic light, automatic kena berhentikan kereta dan bagi orang buta tu jalan dulu.

Masa kami nak ke klinik hari tu...yang saya cerita kat sini...kami kena cross jalan. Lampu pejalan kaki menyala masa tu dan pada masa yang sama jugak, lampu hijau menyala bagi kenderaan yang nak masuk ke jalan yang sama kami nak melintas tu. Kebetulan ada sebuah kereta nak lalu jalan tu. Kalau diikut logik akal...sepatutnya kami la kena tunggu kereta tu jalan dulu...then baru kami melintas tapi lain pulak yang berlaku. Pemandu tu berhentikan kereta dan suruh kami jalan dulu.

Kalau ada je cross lane contohnya macam depan supermarket, pemandu mesti berhentikan kereta kalau ada pejalan kaki yang nak melintas jalan. Pernah sekali dulu kami ke Walmart. Dah jadi kebiasaan saya, kalau nak melintas tunggu dulu biar kereta jalan, tak kira la ada cross lane ke tidak, dan saya pun buat macam tu juga la masa tu. Tengok-tengok pemandu kereta terus stop dan bagi laluan pada kami untuk melintas dulu. Setahu saya, dari segi undang-undang memang macam tu...kena bagi pejalan kaki melintas jalan dulu kalau ada cross lane...tapi kat Malaysia tu dah jadi terbalik pulak. Walaupun ada cross lane, susah betul nak berhenti dan bagi laluan pada pejalan kaki. Siap bagi horn lagi tu! Huhu...saya pernah terkena dulu masa di USM. Nasib baik bukan orang Malaysia yang buat macam tu...tapi Pak Arab! Huhu..tak pasal-pasal nak horn orang! gigil

Oh...sini takde kelas memandu. Sebelum belajar driving, kita kena ambil Learner Permit dulu...kalau kat Malaysia tu lebih kurang lesen L la. Kena ambil ujian untuk dapatkan permit tu. Tapi sebelum tu mata kita diperiksa dulu...ala-ala kita check mata kat kedai cermin mata la. Bila semuanya dah settle dan dah lulus ujian, baru kita diberi Learner Permit tu. Yang bagusnya kat sini...gagal berapa kali pun tak perlu bayar. Bayar sekali je...11 dollar. Nak repeat test...free of charge! Lepas dapat Learner Permit tu la baru boleh belajar memandu. Belajar la dengan kawan-kawan ke...sedara-mara ke...sape-sape je la janji yang duk di sebelah kita yang nak ajar memandu ni mesti yang dah ada lesen memandu.

Kalau rasa-rasa dah bersedia, boleh la ambil ujian memandu. Kalau failed and nak re-test...still free of charge! Hoho...seronoknya kalau kat Malaysia pun macam ni. Bila dah lulus baru bayar...hanya 26 dollar! Campur dua-dua tu baru 37 dollar je...murah, kan? Dan satu lagi...lesen yang kita ada tu untuk 5 tahun tau. Learner permit test + driving test + 5 years license = 37 dollar = muraaaaahhh sangat! Isy...kenapa ye kat Malaysia tu mahal padahal tak laku pun lesennya. Mari kita berfikir fikir jelir


Sambil-sambil tu tengok apa yang Safiyyah buat dalam gambar bawah ni:


Safiyyah tengah aim barang-barang kat rak tu. Dulu kat bahagian bawah sekali rak tu pun saya letak barang jugak tapi sejak dia dah pandai berguling dan mengesot ke belakang, dia dah pandai menyelongkar pulak! Sudahnya, rak bahagian bawah tu dikosongkan. Tak putus asa lagi rupanya dia! Dicapainya pulak barang-barang kat aras 2 tu...masa tu ada barang yang diletak di hujung kat rak aras 2 tu...memang boleh capai la. Habis berterabur barang-barang tu ditarik Safiyyah. Again, saya terpaksa pindahkan sikit barang-barang ke aras 3 dan tolak yang lainnya ke dalam sikit. Dalam gambar tu Safiyyah tengah cari akal la tu macam mana dia nak dapatkan barang-barang tu senyumkenyit

Suami saya kata: "Haii..tak lama lagi takleh letak langsung dah barang-barang kat rak ni.." sengihnampakgigi

23 comments:

Anonymous said...

congrats zaki..haha..kena iklankan sekolah memandu hafiz pasni.

ummuabdullahsyaakir said...

Emm bagusnya org2 sana mmandu ye kak?
Murah pulak tu n lesen pulak dikitirf...knpa Msia tak buat mcmtu?Huhu

Teringt lesen2 saya,campur 2 2nya dekat RM1000.

ummuabdullahsyaakir said...

Hehe sukanya tgk Safiyyah...blh nk aim brg mna nak dicapai dlu...eem lps ni mmg rumh akk tak blh letk perhiasan kn.

ukmstudio said...

Hmmmmm...patutlah pengusaha kelas memandu kat Malaysia ni boleh kaya raya kan??

Komen untuk foto;
Naluri wanita dah wujud rupanya semasa kanak2....berminat dengan alat solek...

pali said...

salam, safiyah ni macam model iklan la pulak. huhuhu. berehat bersama kit kat! :P

tini said...

hihih. sikit lg 'perang dunia' dgn anak sndri la nadiah. kat rumah ni, kitorg tak tau dah nak letak mana segala barang. atas almari (tmpt paling tinggi) tak usah cakap la. memang penuh punya.

iman dah pandai 'cari akal' plk tu. takde kerusi, dia tarik kotak la, meja la, besen la-nak memanjat. aduh,tak laratnya la nak mengemas. udahnya bior je le..lps dia habis main,terpaksa jd komander plk, suruh kemas balik.huhu

tak lama lg yg hero tu plk menyeusul kakak dia.waaa!!:p

AshAnas said...

hehe safiyyah bijak dah skrg kan... alal kak, bg je dia main dulu asalkan benda2 tu x berbahaya... then kite kemas balik la... mcm maksu shira, ms nk susun baju anak2 dia kat rak, anak2 dia konon nak menolong la... tp diorang selerakkan balik lipatan tu, siap main baling2... haha... maksu biarkan je... bila diorang dh tido br maksu kemas balik sendiri... penat la jgk tp dia ckp biar la bdk nak explore benda baru...

pasal lesen... shira prnh komen la cr org m'sia drive compared dgn org putih kan... coz shira pernah g NZ tgk diorg mmg sgt patuh undang2 jalanraya kan... shira prnh ckp, klau org putih mai msia sure tkejut tgk kita drive laju sgt... then kwn tu ckp pe tau... klu org arab mai msia sure depa tkejut tgk kita drive slow sgt... haha...

NaDiaH SiDeK said...

anonymous: ye..ye..sekolah memandu hafiz..free punya! ekeke..

ummuAS: itu la..akk pun tak tau knp..

ukmstudio: hoho...pasni blh la bkk kelas memandu :p

pali: model baby. ehe..

tini: hehe..itu la..besar skit lg tak tau dh nk wat cmne dh

ashanas: haha..org arab bwk keta laju ke?

CT said...

tahniah....terima kasih dtg blog kami...:) jemput dtg lagi ya

UmmiKhayra said...

Wah.. memang bagusnyer orang2 kat sana dalam hal jalan raya nih.. Tu la, orang malaysia memang kalau bab jalan raya je, daripada negara timur yang memegang budi bahasa sebagai budaya, terus jadi jatuh level bawah. Tapi lagi teruk pak arab kot.. :D

Diari hidupku said...

Tahniah!

walaupun bukan Nadiah y dpt lesen tu..hehehe..nanti nak ke mana2..senanglah..x yah tggu bas lama2..sian kat Safiyyah..

yatie chomeyl said...

tu la, kat sini pon sama..kene amik lesen tp kitorg x sempat lg nak wat. international liscense dr msia valid setahun je. pastu driver kat sini pon sama mcm nadiah citer, sume span santun & bagi jalan kat pejalan kaki. i pon jadi insaf dan tak rempit dah sejak duk sini hehhe

Nadiah Sidek said...

ct: insyaAllah..nnt sy ke sana lg ye ;)

ummikhayra: itu la...bila kat jln raya je rakyat m'sia jd samseng lak. huhu. hehe..bab pak arab tu no comment! :p

diari hidupku: tp keretanya takde lg kak yati..uhu..

yatie: hehe..insaf dh ye? bagus..bagus..

NORHAYATI BERAHIM said...

Nadiah..sebenarnya bukan orang Malaysia yang memandu ganas..mostly asean driver.., pegilah ke Indo, ke Thailand, Filipina, vietnam semua sama aje..he.he at least Malaysiaan driver tak membunyikan honk sesuka hati..
Tapi kalau kena memandu di Turki kita akan pengsan dulu sebelum memandu! ha.ha

ukmstudio said...

Mungkin sebab Asia kawasan panas, jadi pemandu cepat panas baran....

Nadiah Sidek said...

oo..gitu ye kak yati? tak tau pun sbb tak prnh gi negara2 tu. huhu..rakyat negara mana tu yg duk hon sesuka hati tu? turki cmne pulak gayanya? mcm2 la ye..isy..isy..

'AsYiKiN MoHaMeD said...

wah2..dah pandai yer safiyyah sekarang....=)

eh, kak nadiah tak mo amek lesen gak ka?

Nadiah Sidek said...

nak amik gak tp tak tau bila..huhu..

kakyong said...

murah nyer lesen kereta depa..
kenapa kat mesia ni mahal sgt.. tak faham, tak faham...

Nadiah Sidek said...

nadiah pun tak fhm knp kakyong..huhu..

Ummi Salsabila said...

bagusnyer dorng sgt berhemah..
lesen drive murah plak tu.kt sini repeat kn baya lg.huih..

safiyyah da nk stat nk mengemas tu.reaynyer ummi nyer..ekekek..

ummumishkah said...

comel jer safiyyah sdg aim barang tu.. get ready!! Pasal lesen tu.. murahnyaer.. kat msia dah jadi mahal sebab campur dgn bisnes dah... kita gak yg jadi mangsa...

Nadiah Sidek said...

ummi salsabila: ehe..nnt umminya mengemas..dia mengemas semula :p

ummumishkah: tu la..kita jgk yg jd mangsa..huhu