Pages

Tuesday, August 18, 2009

August 18, 2009

Semalam kami ke People's Health Center...bawa Safiyyah gi check up. Kali ni naik bas sebab tak nak menyusahkan Hafiz yang sibuk menguruskan isteri dalam pantang dan anak yang baru seminggu umurnya. First time naik bas kat sini. Ok juga naik bas kat sini. On time dan tak sesak dengan manusia (kat sini bukannya ramai orang sangat pun dan majoriti ada transport sendiri sebab tu tak ramai naik bas). Driver pun cermat je orangnya...takde pun nak memecut! Huhu...tension tau naik M*t*o*bus kat KL tu. Sebelum kahwin dulu kalau saya balik ke rumah dari Penang, saya akan turun di Pudu pastu dari situ naik bas tu la ke Serdang. Berjam duk tunggu dalam bas. Selagi seat tak penuh atau selagi driver tak nampak bas yang bernombor sama sampai..selagi tu la tak bergerak! Aduh..sabar je la. Nak naik teksi sorang-sorang tak berani. Nak tak nak terpaksa juga la naik bas. Udah le tu...teramat la laju driver memandu! Macam nak berlumba je gayanya gara-gara nak mengejar masa. Sakit jiwa dibuatnya! tension




Tengah tunggu bas nak ke klinik




Satu lagi yang saya suka...driver kat sini sangat la hormat penumpang. Dia takkan terus drive selagi penumpang tak duduk. Sikap driver macam ni saya tak pernah jumpa lagi la kat Malaysia tu (tak termasuk bas ekspres). Kadang-kadang kita tak sempat berpaut pada tiang dalam bas tu, driver dah memecut dah. Hampir terjatuh dibuatnya! Sepatutnya benda-benda macam ni la dicontohi...ini benda-benda yang bukan-bukan nak diikut. Kadang-kadang tu lebih 'barat' dari 'barat' sendiri. Yang elok-elok tak nak ikut pulak adus

Oh...berat Safiyyah sekarang ni 14.9 pounds (6.78 kg). Bulan lepas 6.35 kg...naik sikit la berbanding bulan lepas...alhamdulillah. Semalam hanya berat badan dan lilitan kepala Safiyyah je diukur. Injection bulan depan kot. Tak pasti la imunisasi kat sini macam mana. Nanti la kalau rajin cari maklumat (tanya Mr. Google je kot sengihnampakgigi).




Tunggu turn dipanggil nurse




Masa Dr. Brooke keluar sekejap call staf medicaid...Safiyyah nak berjalan pulak dia. Papanya la yang duk pimpin dia berjalan dalam bilik tu sampai papanya dah terlarat dah. Hehe...mana tak...badan duk bongkok masa pimpin Safiyyah. Safiyyah dah mahu pakai kasut dah! Sejak hari Jumaat lepas; atas usaha gigih papanya yang memaksanya pakai kasut setiap hari jelir. Bila berjalan je kejap-kejap dia tunduk tengok kasutnya tu. Entah apa la agaknya yang dia fikir masa tu fikir

Meh tengok aksi Safiyyah masa dalam klinik semalam..






Masa nak balik ke rumah ada yang baik hati nak tolong hantarkan. Wanita Iraq tu kesian tengok kami duk tunggu bas tengah-tengah panas tu. Bus stop situ takde tempat nak berteduh. Safiyyah lak masa tu tengah tidur dalam pelukan papanya...lagi la mengundang simpati. Duk sembang-sembang, rupanya dah 14 tahun wanita tu duduk di sini. Haifa ke Aifa namanya...lebih kurang gitu la. Dia kerja kat sini sebagai penterjemah. Siap tanya kami lagi ada apa-apa tak yang boleh dia bantu. Katanya...sesama Muslim...kena la bantu-membantu senyum

17 comments:

liyana said...

amboi cik safiyyah.. sambil berjalan.. sambil membebel pulak dia.. huhuhuhu...

NURUL IZZA said...

akak..if nk minta tlg hantar xde mslah..sekejap je kan..iza ok je kt umah.abgfiz ckp if anything nk minta tlg ahtar bgtau je..lgpon bukan jauh.lainla if abgfiz ada keje..sian je safiyyah dalam keadaan panas..

Dayah @ Real Ummu said...

cutenye Safiyyah...cantik pakai baju kembang..baju CikDayah bagi dah pakai ke..?? ke dah tak muat ??

ABDUL HAFIZ said...

nanti next appoinment sy tlg hantarkan kalau belum ada kereta..iza pun dah kuat InsyaAllah.Nanti time sejuk, susah naik bas, sebab sejuk sangat mencecah negatif xelok tggu kat luar lama2 boleh demam dan kena flu.Ada dlm 2 bulan lagi..dont worry

Nadiah Sidek said...

liyana: hehe..biasa la tu. tak fhm pun apa yg dibebelnya

izza: oh..takpe..sekali-sekala nk jgk merasa naik bas :)

dayah: muat lg la aunty dayah..sbb baju yg aunty bg dulu tu besar :)

hafiz: hehe..jgn la rs ssh hati pulak. kami ok je. kena juga belajar merasa ssh. lgpun skrg belum musim sejuk lg. kalu waktu ni musim sejuk...dh mintak tlg dh kot. ehe..

ibu_Arifa said...

ooo..sejuk ker kat sana tuh..(maaf menyampuk hehehe)

Saya pun bersetuju dgn topik pemandu bas di malaysia nih.. mmg kadang2 naik seram nak naik bas...risau time kita tak sempat duduk kat sit lagi..bas dah 'memecut' dah tu..bab tunggu bas penuh dulu baru nak jalan tu...dulu2 selalu kena..bas mini kat jeti/komtar nak balik USM..asyik suruh org ke belakang je..gerak tak jugak...hehe

mujur ada wanita Iraq yg baik hati tu yer..alhamdulillah.

sungguh comey saffiyah dgn tight dan baju kembang tuh..mau yer dia pakai kasut..anak saya mau nak mencabut jer bila kita pakaikan.

Nadiah Sidek said...

ibu arifa: skrg ni penghujung musim panas. insyaAllah dlm awal bln dpn autumn..kata org ms tu dh mula sejuk skit2 dh. huhu..mmg pun seram naik bas..dpt pulak driver yg berangan nk jd racer. huh..sabo je la! safiyyah belum reti lg nk cabut kasut ni..besar skit lg tak tau la..hehe

daud.montak.zakaria said...

hmmm....bagus tulisan macam ni....mempunyai informasi yang boleh dikongsi....teruskan...

HuMayRah HaYatI said...

mmmm...macam tu keadaannyer kat sana..berbeza dgn Penang..

sbb tu k yt mmg x suka naik bas..

mirah said...

oh memang jauh beza perangai dengan driver kat msia kan.
Ramai yg cakap walaupun kita ni negara di sebelah timur, tapi sikap kurang sopan kita makin teruk dari orang barat. Wonder why kan..

Nadiah Sidek said...

ukmstudio: huhu..insyaAllah..

diari hidupku: nadiah pun tak suka gk tp terpaksa :(

mirah: sy pun pelik jugak..

yatie chomeyl said...

kat sana brp deg skrg? sini dah 30-32 everyday..huhuhu..bahangnya lain mcm berbanding panas kat malaysia. mlm2 tdo pon tpaksa on air cond, dah ler letrik mahal..hhohooho

Unknown said...

comel nya safiyyah.. ni anis pun tgh tgk sama video tu.. dia pantang dengor suara baby...

kat sana summer skrg ya...
ALhamdulillah, dah ade kenalan.. memang best kan bila saling tlong menolong sesama muslim..

ummuabdullahsyaakir said...

eem jadi takut bila tringt perngai driver bus kat msia,smpi skrg pun tak berubah2 lagi,kak.

Walau kat mana2 pun tmpat,mmg akn ada org yg baik budinya..rezeki akk dpt jumpa org mcmtu.

Hehe suka tgk pose safiyyah pusing blkg tu..nmpk gya model ^_^

Nadiah Sidek said...

yatie: sini dh semakin sejuk. plg tinggi pun 23. tgh mlm smpai pg suhu berbelas2 je. sejuk...! heh..ni belum winter lg..winter nnt suhu smpai -ve ntah mcm mana la agaknya..

kakyong: dh di penghujung summer ni kakyong. awal bln 9 ni masuk musim autumn..dh sejuk la skit2 :). anis suka baby ye..? nak adik lg ke? hehe..

ummuAS: itu la...alhamdulillah ada org tlg

Ummi Salsabila said...

pandainye safiyyah jln.sgt berani die nk menapak.aufa takut.kaki nye tegak je.xkedepan2 pun.hehe.

comel safiyyah pki dress tu n tight.kulit die putih btol yer.muahs

nadnye said...

kat sana mentaliti lain dari sini.. kita masih mentaliti kelas ketiga.. maaf nak cakap tapi itula realiti... bila nak berubah? kene perubahan dan didikan juga sebab itulah budaya kat Malaysia.. Yang baik kita ikut, yang tak baik jangan ikut tapi memang best kan attitude depa yang lebih menghormati orang lain..

comel jea saffiyah ngan gaun tu..