Pages

Monday, February 28, 2011

Safiyyah dah besar...?

Ada masanya saya tengok Safiyyah ni macam budak besar je. Macam budak 3-4 tahun. Padahal umur dia baru 2 tahun 2 bulan. Keletah dan gayanya tu kadang-kadang buatkan dia nampak macam budak besar. Mak saya pun cakap benda yang sama. Sekali-sekala kalau berskype dengan mak, saya pasang webcam. Dapat la mak saya tengok Safiyyah secara live walaupun jarak memisahkan kami. Bila mak saya tengok gelagat Safiyyah melalui webcam, dia kata Safiyyah tak nampak macam budak umur 2 tahun tapi macam dah berumur 3-4 tahun. Mungkin sebab dia dah nak beradik agaknya kot kata mak saya.

Meh tengok beberapa gaya Safiyyah yang macam budak besar..


Sopannya duduk bersimpuh. Anak dara sape la ni ek? :p
Saya tak pernah ajar Safiyyah duduk bersimpuh, tengok-tengok dia reti bersimpuh. Takde la selalu Safiyyah bersimpuh, ada masanya je tapi bila tengok dia duduk macam ni betul-betul dah macam anak dara..uhuk!


Gaya tidurnya pun macam budak besar. Suka sangat letak tangan kat belakang kepala waktu tidur. Tak ke macam budak besar tu? Err..ke macam orang tua? :p


Close up


Satu lagi gaya tidur Safiyyah. Dia tak suka pakai bantal. Tangannya tu la jadi pelapik kepala


'Baca' buku pun sampai berkerut-kerut kening. Macam complicated sangat la buku yang 'dibacanya' tu..hee~


Baca buku sampai tertidur ^_^


Tengok TV sambil meniarap. Mana dia belajar tengok TV macam ni pun tak tau la. Ummi dan papanya takde pulak tengok TV sambil meniarap

Sunday, February 27, 2011

Infant CPR - Choking

Dalam entry Infant Care Class, ada yang minta saya kongsikan cara yang perlu dibuat jika anak tercekik. Agak susah untuk saya terangkan melalui tulisan semata-mata. Tadi saya cari video yang bersesuaian...jumpa la video yang agak bagus. Kat video bawah ni ditunjukkan langkah demi langkah apa yang perlu dibuat kalau baby tercekik, lebih kurang dengan yang saya belajar di Infant Care Class. Kat video ni jugak ada ditunjukkan sikit teknik CPR...



Part 1



Part 2


Video tu ada 3 part kesemuanya tapi Part 3 tu hanya duk cerita benda apa yang boleh buatkan baby tercekik, jadinya saya tak letak la kat sini. Nak tengok, cari di Youtube ye :)

Moga beroleh manfaat...

Wednesday, February 23, 2011

2nd pregnancy: Separuh masa pertama trimester akhir

Sedar tak sedar, kandungan saya dah mencecah 34 minggu. Alhamdulillah. Sekarang ni ada masa-masanya saya rasa sakit (pelvic pain) bila berjalan terutama waktu bangun pagi. Nak melangkah setapak pun terasa perit sangat. Tidur memang dah tak lena le dah. Mengiring ke kanan tak selesa, mengiring ke kiri tak selesa, terlentang pun tak selesa, meniarap lagi la tak boleh. Nak ubah posisi tidur pun seksanya la...sakit!

What is Pelvic Pain during pregnancy?

The joints of the pelvis can cause pain during pregnancy. Pelvic pain causes such pain that movement is limited and the ability to walk is impaired. As your pregnancy progresses, you may develop aches and pains in your hips and pelvic area. This is a normal sign that your pelvic girdle is preparing for childbirth. [source]



28 weeks
Temujanji pertama dengan Dr. Sean P. Kenney (M.D, FACOG) di Maternal Fetal Medicine, St. Elizabeth Medical Plaza. Midwife yang cadangkan saya jumpa dengan Dr.Kenney untuk pastikan saya dan baby tiada sebarang masalah disebabkan bacaan hemoglobin saya yang sentiasa rendah berpunca daripada beta-thalassemia.

Alhamdulillah, baby dalam keadaan sihat. Dah buat ultrasound, memang takde apa-apa masalah la. Dr. Kenney pun kata takde apa yang perlu dirisaukan selagi baby dalam keadaan aktif dan sihat walaupun paras Hb saya rendah. Berat baby masa tu 2 lbs 12 oz (1.25 kg). Dapat 2 keping je gambar scan buat ultrasound kat situ.


29 weeks
Routine prenatal visit. Midwife yang in-charged: Jearlyn. Prenatal visit kali ni saya kena buat Glucose Screening Test (GST). Macam yang saya sebut dalam entry "Beza pregnancy check up di Malaysia dan Lincoln", kat sini wajib buat GST sama ada di penghujung 2nd trimester atau di awal 3rd trimester walaupun kita takde sejarah/keturunan kencing manis atau berat badan naik mendadak.

Air ni la yang saya kena minum untuk GST. Perisa fruit punch. Sedap! ^_^
Saya selalu terbaca, kebanyakan yang kena buat GST kata seksa nak habiskan minum air gula. Saya pun duk risau benda yang sama...sekali air yang saya kena minum ni sedap pulak. Mungkin kat Malaysia lain kot. Memang air gula semata-mata ke kalau kat Malaysia? Sini siap berperisa lagi airnya tapi perit juga tekak nak habiskan sebotol ni dalam masa 5 minit. Siapa pernah minum fruit punch tahu la rasanya macam mana...kan ada campuran nenas...tu yang buat tekak rasa perit sikit kalau minum banyak-banyak sekaligus


Alhamdulillah, keputusan GST ok, tak perlu dah buat untuk kali ke-2. Berat saya masa ni 103.8 lbs (47.1 kg) dan Hb saya 7.0. Huhu...7.0! Entah kenapa rendah sangat-sangat Hb saya. Tak pernah-pernah dapat 7.0. Tapi masa tu memang saya rasa tak stabil. Berputar je kepala. Satu sebabnya...malam sebelum tu saya tak boleh tidur dan satu sebab lagi mungkin sebab saya tak makan lebih kurang 12 jam (puasa untuk buat GST). Jearlyn macam biasa la...risau tengok bacaan Hb saya serendah tu terus je dia call Dr.Kenney :D.


32 weeks
Prenatal visit kali ni Julie yang in-charged. Berat saya 107.4 lbs (48.7 kg).

Minggu ni jugak saya ada temujanji dengan Dr.Kenney (temujanji ke-2). Alhamdulillah, tiada juga sebarang masalah pada baby dan berat baby pun dah 4 lbs (1.81 kg), naik lebih kurang 0.6 kg berbanding 4 minggu sebelumnya.

Di Maternal Fetal Medicine. 2 gambar atas tu di ruang menunggu dan 2 gambar bawah pulak dalam bilik ultrasound


Kali ni pun dapat 2 keping gambar scan, sekeping daripadanya gambar 4D! ^_^

Tak jelas sangat gambarnya. Suami saya tengok, terus dia kata "Hidung penyek macam hidung ummi" :p. Sabar je la. Macam la hidung dia mancung :p


34 weeks
Jumpa Julie lagi dalam prenatal visit kali ni. Hb saya alhamdulillah naik balik jadi 8.4 dan berat saya 109 lbs (49.4 kg)

Sunday, February 20, 2011

Infant Care Class

Berakhir sudah Infant Care Class yang kami ikuti 2 minggu lepas. Pertengahan Januari saya ajak suami join Baby University - Infant Care 3 week series. Tengok jadualnya, tarikh yang paling hampir masa tu 27 haribulan. Suami saya pun terus daftar nama kami. Ada 3 sesi kesemuanya dan dibuat pada tiga Khamis berturut-turut bermula jam 6.30 petang. Yurannya = 35 dollar/couple.

Saje je kami turut serta sebagai persediaan menyambut adik Safiyyah nanti. Al-maklum la..2 minggu pertama Safiyyah dilahirkan dulu, hampir 100% mak saya yang uruskan hal-hal kami berdua (saya dan Safiyyah). Memang saya rehat sungguh dalam tempoh tu. Suami saya pulak masa tu di Penang, baru mula attachment di sana. Hujung minggu je la dia balik ke Selangor, itu pun kalau dia takde kerja di hujung minggu.

Adik Safiyyah keluar nanti semuanya kami kena uruskan sendiri, dah la duduk jauh di rantau orang. Kelas ni kiranya salah 1 usaha kami dalam persediaan menyambut orang baru tak lama lagi. Sekurang-kurangnya boleh refresh balik cara-cara uruskan newborn :). Memang tak menyesal la kami daftar kelas ni. Ada ilmu baru yang kami pelajari.


Sesi pertama: 27 Januari 2011

Topik yang dibincangkan merangkumi:
  • Newborn characteristics
  • Hospital procedures
  • Holds
  • Crying
  • Soothing
  • Bathing


Sementara tunggu kedatangan 1 pasangan lagi, ambil gambar dulu ^_^. Hanya ada 3 pasangan je yang join termasuk kami. Saya suka kalau kelas tak ramai macam ni. Lebih mudah nak berinteraksi dengan instructor. Kami je yang lain daripada yang lain sebab kami je yang dah ada anak join kelas ni *wink*. 2 pasangan lagi tu nak sambut 1st baby


Antara barang-barang asas untuk keperluan baby yang diletakkan atas setiap meja. Berus tu bukan berus baju ye...tu untuk berus kepala baby


Safiyyah pun khusyuk mendengar. Gayanya tu macam faham je dia apa yang diperkatakan instructor ^_^


Instructor kami. Michelle namanya


Mula-mula kami suakan baby doll tu kat Safiyyah, saje nak tengok reaksinya macam mana. Sekali ditolaknya baby doll tu :p. Tapi bila suami saya pangku Safiyyah dan baby doll tu, dia tak kisah pun. Macam takde perasaan pun ye jugak :p


Tukar posisi pulak. Tengok tangan Safiyyah tu ada kat mana ^_^


Bila dah bosan, dia duduk bawah meja...selongkar beg ummi!


Masa ni rehat sekejap. Due date kami bertiga lebih kurang je. Yang berbaju merah tu due bulan 3, saya dan yang berbaju hitam tu due bulan 4. Sebelum tu saya ingatkan kandungan diorang baru 5-6 bulan sebab perut masing-masing kecik je...rupa-rupanya salah telahan saya (tak sedar perut sendiri pun kecik jugak :p)


Sesi mandikan baby!


Muka excited dapat mandikan 'baby'..hihi..


Safiyyah tengok je apa yang papa dia buat ^_^


Dalam sesi pertama ni, topik yang paling kami suka dan paling bermanfaat bagi kami adalah topik soothing. Ada banyak cara untuk menenangkan baby yang meragam. Dalam banyak-banyak cara tu, 2 kaedah yang baru kami pelajari adalah shushing sounds dan swinging (ditunjuk melalui video). Tak reti pulak saya nak terangkan kat sini macam mana shushing dan swinging tu dibuat..huhu..



Sesi kedua: 3 Februari 2011

Topik perbincangan:
  • Choosing a doctor
  • Signs/symptoms of illness & other topics
  • Breastfeeding / bottle feeding
  • Relationships & fatherhood
  • Childcare options

Dalam sesi kedua ni, ada tetamu jemputan, Katie namanya. Kalau tak silap, Katie ni pernah bekerja sebagai pediatrician. Sesi kedua ni kami hanya duduk mendengar je, diselang-seli dengan sesi soal jawab (lebih kepada perbincangan 2 hala)


Michelle dan Katie


Ketiga-tiga kami (mak-mak buyong) semuanya memilih untuk breastfeed baby :). Kat sini memang majoriti akan breastfeed anak sendiri. Pendedahan dan ilmu breastfeeding meluas kat sini. Harapnya 1 hari nanti semua ibu-ibu kat Malaysia memilih untuk breastfeed anak masing-masing :)


Beg ni suami saya dapat masa slot fatherhood


Ini isi-isi dalam beg tu. Diaper pun ada ;)



Sesi ketiga: 10 Februari 2011

Topik perbincangan:
  • CPR / choking
  • Dental students
  • Car seats
  • Home safety

Kali ni lagi ramai tetamu jemputan; Natalie (tolong ajar infant CPR) serta 2 orang nursing students (berbaju merah dan berbaju putih)


Bergilir dengan suami praktis buat infant CPR


Part ni tak tahu la saya boleh buat betul-betul kat baby atau tak. Macam tak sampai hati je tekan dada baby kuat-kuat..huhu. Harap-harapnya tak perlu langsung la CPR dibuat kat anak-anak...mintak la dijauhkan..


Bagus sangat slot infant CPR ni. InsyaAllah berguna buat kami suami isteri. Saya memang takde asas ilmu CPR. Slot ni membantu sangat-sangat la. Cara nak handle anak yang tercekik (choking) pun bagus jugak. Sekurang-kurangnya tahu le dah apa yang kami perlu buat kalau anak tercekik tapi mintak-mintaknya tak berlaku la. Ye la, biasanya bila berlaku betul-betul mesti jadi panik sampai tak tahu nak buat apa walaupun dah pernah belajar teknik-tekniknya.


Safiyyah dan aktiviti memanjatnya yang tak habis-habis. Mula-mula je elok duduk diam melukis. Lepas tu takde la dia nak duduk diam dah...


3 jenis berus gigi yang diberi oleh dental student. Berus gigi dengan pemegang lebar tu sesuai la bagi budak-budak yang baru nak belajar gosok gigi sendiri


Yang ni pulak dah masuk bab car seat. Kat sini penggunaan car seat diwajibkan. Untuk keselamatan anak-anak juga. Perasan tak si kenit berbaju ungu di sebalik car seat tu? Pembantu Michelle yang baru tu..dia lantik diri dia sendiri jadi pembantu..ngee~


Sibuk sungguh pembantu Michelle ni, lagi sibuk daripada Michelle sendiri :p


Berdedikasi betul menjalankan tugas :D


Buku-buku dan pamphlets yang kami dapat sepanjang 3 sesi



p/s: rasa excited pulak bila join kelas ni...macam nak sambut 1st baby! ^_^

p/p/s: saya dan Safiyyah kena tinggal lagi...uhuk! Suami ke Texas pulak kali ni selama 3 hari menghadiri mesyuarat..huhu..