Pages

Monday, September 30, 2013

Tetamu-tetamu musim panas

30 Mei 2013. Tetamu pertama kami di musim panas tahun ni. Abang Khalid, Siti dan putera puteri mereka datang dari Fort Collins, Colorado. Dah pernah ke rumah mereka di Fort Collins sewaktu musim sejuk penghujung tahun 2011 (baru teringat sampai sekarang tak terbuat entrinya..ish..). Akhirnya, sampai juga giliran mereka bertandang ke teratak kecil kami :). Sampainya pun dah nak malam, ada hati nak minta diri. Haruslah kena tahan bermalam di sini ^_^. Esoknya kami bawa mereka sekeluarga bersiar-siar di sekitar Lincoln.


16 Jun 2013. Sekeluarga dari Laramie, Wyoming datang menziarah. Tak ingat dah kali ke berapa kami bertemu. Dah beberapa kali juga mereka ke rumah kami. Ada masa mereka bermalam di sini, ada masa pula hanya menumpang solat dan merehatkan badan sebelum meneruskan perjalanan panjang. Ini juga merupakan kali terakhir mereka ke sini. Isa, Ku dan anak-anak dah pun pulang ke Malaysia bulan Julai lalu. Kedua-dua pasangan suami isteri yang sama hebat. Sama-sama berjuang menuntut ilmu di bumi asing dan sama-sama berjaya menggenggam ijazah kedoktoran (Ph.D). Kagum!


6 Julai 2013, si kenit berbaju biru ni pula datang bertandang. Sudah tentulah datangnya tidak bersendirian :D.. Ditemani mak ayahnya serta kakaknya si cantik manis. Geram sangat dengan si comel ni. Dah macam anak kacukan! Safiya Alhana namanya. Beza 3 bulan sahaja dengan Raihannah tapi lahir mereka pada tahun yang berbeza. Hana lahir pada penghujung tahun 2012, Raihannah pula lahir pada bulan Mac tahun 2013. Suka tengok gambar ni...elok berpegangan tangan berdua...macam sahabat karib padahal baru pertama kali berjumpa ^_^.


Esoknya, sekeluarga berangkat pulang ke Fort Collins. Ya, mereka 'sekampung' dengan Siti sekeluarga di Colorado :D.



Monday, September 16, 2013

October Shipment

Sukacita dimaklumkan, kapal insyaAllah akan berlayar pada penghujung bulan Oktober ini. Segala tempahan untuk penghantaran bulan Oktober harus dibuat selewat-lewatnya pada awal bulan Oktober. Barang-barang akan sampai di Malaysia dalam penghujung bulan Disember, insyaAllah.

Jika barang yang dikehendaki tuan/puan tiada di website atau album page Facebook, boleh request special order ;). Bagi membuat tempahan atau jika ada sebarang pertanyaan, boleh ajukan pada admin melalui private message atau emel.

Terima kasih.


Nota: handbag, jam dan barangan ringan adalah berkecuali (barang-barang ini dipos melalui udara)


Sekian sahaja pesanan daripada admin Wans Wanz Shop ^_^.




Monday, September 9, 2013

Enam bulan

9 September 2013; Raihannah genap 6 bulan. Alhamdulillah. Dengan izin Allah, saya berjaya menyusukan Raihannah secara eksklusif (tanpa susu formula, tanpa air, juga tanpa sebarang makanan) selama 6 bulan. Semoga terus diizin Allah untuk menyusukan Raihannah sepenuhnya sehingga usianya 2 tahun seperti Kak Long dan Abe Ngahnya..ameen.

Makanya, bermula jugalah suatu lagi episod baru buat Raihannah. Dah boleh makan! ^_^

InsyaAllah, saya akan aplikasikan cara Baby Led Weaning (BLW) dalam memperkenalkan solid food pada Raihannah. Hari pertama boleh kata tak berjaya..hihi. Tak apa, nanti tengok perkembangannya macam mana. Baru hari pertama pun cuba makan :).

Berkerut-kerut kening Raihannah disuap pisang..hihi. Dia rasa pelik agaknya. Selama ni minum susu semata-mata, tiba-tiba hari ni dapat pisang :D. 


Disuap lagi, dah mula merengek-rengek tanda tak mahu. Ummi suap juga lagi...menangis! Macam dipaksa makan ubat pula :p. Tak apalah, esok kita cuba lagi ya sayang.
Bagi juga Raihannah pegang sendiri pisang tu tapi hancur dibuatnya..hihi. Itu yang kata BLW hari pertama tak jadi :D. 4 hari pertama ni bagi pisang sahaja dulu (4 day rule), senang nak pastikan kalau-kalau Raihannah allergik terhadap sesuatu makanan.



Thursday, September 5, 2013

Patutlah tiba-tiba senyap...

...ini rupanya kerja anak dara ni!
Sebelum tu punyalah riuh mulutnya. Tiba-tiba senyap. Ingatkan tertidur balik. Ada kerja lain rupanya. Tak cukup jari tangan dan kaki sendiri nak dihisap, lengan abe ngah jadi mangsa :p.



Shakir tersedar masa ni, terus dia peluk Raihannah ^_^.