Pages

Tuesday, October 13, 2009

Kereta dan Salji di Musim Luruh

30 September 2009
Alhamdulillah kami dah ada kereta sendiri. Macam biasa, bukan kereta baru tapi kereta terpakai kenyit. Senang je nak cari kereta terpakai kat sini. Klik aje di sini dan pilih yang mana berkenan di hati love. Dari awal kami ke sini lagi suami saya duk cari kereta di craiglist tu tapi masa tu belum ada rezeki kami lagi. Suami saya budget nak beli kereta dalam lingkungan 2,000 dollar. Kereta harga murah camtu cepat je terjual. Tu yang agak susah sikit nak dapat. Alhamdulillah hujung bulan lepas dapat juga kami beli kereta (Honda Civic)...sekarang ni pun suhu semakin sejuk...kereta memang diperlukan sangat-sangat. Harga asal yang owner sebelum ni letak 2,200 dollar tapi lepas suami saya minta tawar harga, dia setuju la jual keretanya tu dengan harga 1,900 dollar...alhamdulillah dapat la jimat 300 dollar senyum.

Then suami saya uruskan insuran, road tax dan plate number. Semua sekali dalam 300 dollar. Oh ye, kat sini plate kereta milik kita sendiri, tak boleh pass pada orang lain. Kata la kita nak jual kereta yang kita ada sekarang dan nak beli kereta baru...plate kereta yang lama tu kita kena cabut dan sangkut pada kereta baru kita nanti. Kereta yang nak dijual tu memang akan dijual tanpa plate kereta. Dan kalau kita belum ada plate kereta, kena beli la. Harga plate kereta kat sini dalam 6 dollar.


10 Oktober 2009
Salji turun! Tak tahu la pukul berapa salji turun. Sedar-sedar dalam pukul 3 pagi (suami paksa bangun tengok salji jelir) dah putih dah atas kereta. Mungkin dalam pukul 2 pagi kot salji turun sebab sebelum tu duk tengok The Weather Channel, dijangkakan salji turun dalam pukul 2 pagi. Tak sangka lak salji nak turun di musim luruh ni walaupun sekejap. Bagi kami yang tak pernah 'jumpa' salji, memang la rasa agak seronok dan jakun sikit menari.


View belakang rumah (dalam pukul 7-8 pagi)


View depan rumah


Kereta di bawah belah kanan sekali tu kereta kami kenyit


Masa ni suami saya dah buang salji atas kereta


Salji atas daun


Petang tu salji dah mula cair. Tak sempat nak berposing dengan salji jelir. Hanya tinggal sikit-sikit je atas bumbung kereta. Kena tunggu winter nanti la baru boleh bergambar tapi tak tahu la mampu bertahan ke tak winter nanti. Sekarang ni pun dah rasa sejuk dah...suhu bawah daripada 5 darjah celcius, paling rendah setakat ni -3 darjah celcius...winter nanti entah berapa agaknya suhu...

16 comments:

puan oryza said...

wah akak!! salji!!!

akak, post la sikit salji kt kami nih.. teringin nak rase jugak;p

yatie chomeyl said...

tsk..baru autumn salji dh turun gino..winter nanti mesti lg meriah salji nyer huhuhu

daud.montak.zakaria said...

Kalau kat Malaysia ni salji turun sebulan sekali kan bagus, senang buat ABC....

Ummu Mishkah said...

autumn dah salji! Mesti Safiyyah pun excited dgn salji nanti... :)

JIji said...

Haih, boleh buat cendol@!~

Nadiah Sidek said...

cik oryza: cair le nnt kalau pos. mau jgk ka? :P

yatie: kwsn sini time winter salji mmg tebal

ukmstudio: hoho...ye la tu

ummumishkah: skrg ni dia tak tau apa2 lg...tggu dia besar skit ;)

jiji: hehe...cendol blh, abc pun blh ;)

NURUL IZZA said...

akak..nntikan bulan 12 HINGGA bulan 3..ms tu salji tebal..leh buat snowman ye..ceat2 sediakan brg2 buat snowman..wakaka..mcm buat kueh je..snow lama tau..kdg bulan 4 tu masih turun lg walaupun kdg2..

-> tu br sikit je..nnt dh winter betul..SURE akak cakap..'bila nak ada matahari ye???"

husna said...

wow best nye kak nadiah!!
cantik jugak kereta kak nadiah...
ooooo baru tau yang sistem no plate kat sana...
have a nice day kak nadiah comel!

Nadiah Sidek said...

izza: hehe...cemana la nk buat snowman dgn anak dara kecik tu

husna: kereta terpakai je..hehe

pali said...

dah salji dah ye. kat sini hari ni baru mula sejuk.

salji? takde harapan. :D

tapi saya suke~~ :D

abuaiman said...

honda civic tak sampai $2k??? Tlg beli dan bawak balik kat ana satu...

Nadiah Sidek said...

pali: salji sekali tu je..ehe..nk salji byk2 kena tggu winter

abuaiman: kereta kat sini mmg murah. nak brp bijik? nnt kami pos :P

HuMayRah HaYatI said...

honda tu..k yt nak sebijik bleh?hehehe..

nadnye said...

Best kan kat sana kereta terpakai honda lagi,pun USD2,000 .. kalau kat Msia camtu kan best.. nie tak padan gaji dan kereta yang paling murah..

Bestnya tengok salji

Nadiah Sidek said...

norhayati: blh..blh..nnt nadiah hntr dlm mimpi ye..hehe..

nadnye: tu la kak..sini kereta mmg murah

Um Suhaib said...

owh.. cuaca dah tak menentu skrng yek.. pelik..mmg pelik... tp utk kita yg belum pernah xperince tentu ternanti nanti kan.. :))