Pages

Tuesday, March 31, 2009

Radix Fried Chicken (RFC)

sumber




22hb lepas saya sekeluarga sempat singgah di RFC Sg. Petani dalam perjalanan ke Tanjung Dawai. Tapi saya, suami dan anak hanya menunggu dalam kereta. Bimbang kalau-kalau Safiyyah meragam dalam restoran tu. Punya la lama kami tunggu baru la nampak kelibat mak dan ayah keluar dari restoran berkenaan.



"Lamanya," ayat pertama saya sebaik sahaja mak dan ayah masuk dalam kereta.



"Ramai sangat orang. Staf pulak tak ramai...diorang pergi lunch. Staf yang ada tu pulak slow sangat buat kerja. Mak rasa macam nak pergi tolong je. Sepatutnya dia tak boleh macam tu, dah la orang tengah ramai," ujar mak panjang lebar.



"Staf tu banyak sangat mengelamun. Ralit tengok orang," tambah ayah.



"Mak belikan air coklat untuk Nadiah," kata mak sambil menghulurkan bungkusan plastik pada saya.



"Aik...tadi kata nak belikan float," ujar saya kehairanan.



"Staf tu la lambat sangat. Malas mak nak tunggu lama. Rasa nak pergi tolong je," mak mengulang ayat yang sama.

Itulah antara perbualan kami anak beranak. Mungkin nampak 'simple' tapi ada maksud yang tersirat. Customer is always right. Andai kata tiada penambahbaikan yang dibuat, kebarangkalian pelanggan 'lari' agak tinggi. Nak menghasilkan produk Islam bukan mudah tapi nak mengekalkannya lagi susah. Kalau berterusan dengan kerja cincai, tak mustahil akan 'hilang' pelanggan jika pelanggan sudah mencapai tahap bosan.



Tapi ayam RFC memang sedap. Nyum..nyum. Tak lama lagi cawangannya akan dibuka di Shah Alam dan Bangi. Nanti tak perlu lagi la ke Utara semata-mata nak makan ayam RFC. Jom makan ayam goreng RFC!



Monday, March 30, 2009

Kenduri kahwin: boleh pergi? tak boleh pergi?

Ramai sahabat, teman dan 'adik-adik' saya yang akan mendirikan masjid pada bulan Mei dan Jun ni. Entahkan dapat menghadirinya (kalau dijemput la) entahkan tidak. Kalau diikutkan hati, mahu saja memenuhi semua undangan tapi dengan kehadiran anak kecil agak payah untuk merealisasikannya.

21 Mac baru ni bawa si kecil, Safiyyah ke majlis perkahwinan anak sepupu ayah di Batu Kawan. Kebetulannya, memang saya nak ke Penang kerana suami akan menerima ijazah sarjana pada 25hb. Jadinya, saya ikut sekali ke kenduri tersebut sebelum dihantar ayah ke USM. Sepanjang perjalanan alhamdulillah Safiyyah ok. Tak meragam. Tapi bila sampai je di rumah pengantin, Safiyyah mula meragam. Menangis kuat sampai habis suara! Macam-macam cara dah dibuat untuk meredakan dan menenangkannya tapi semua tak berjaya. Takut tengok keadaannya masa tu. Lama juga dia berkeadaan begitu. Akhirnya Safiyyah tertidur keletihan.

Mak saya kata masa saya kecil-kecil dulu macam tu la. Masa tu umur saya 4 bulan. Saya menangis sekuat hati bila sampai di rumah pengantin. Sejak tu mak tak berani bawa saya berjalan-jalan sampai la umur saya setahun lebih. Kata mak, sesetengah tempat tak 'serasi' dengan budak kecil. Tambahan pula budak-budak boleh nampak apa yang kita tak nampak.

Sekarang ni kalau nak ke mana-mana kena fikir berkali-kali sebelum buat keputusan. Tak sama dah masa zaman bujang dulu. Banyak yang perlu dipertimbangkan...bukan hanya diri sendiri je. Hujung tahun lepas pun banyak kenduri yang tak dapat nak pergi lantaran kandungan yang semakin sarat. Huhu...sedih...dah la sahabat rapat walimah masa tu. Kalau bukan kerana mak yang melarang, semua majlis saya hadiri gamaknya. Tak boleh dah nak degil-degil sangat macam dulu...risau juga berlaku sesuatu yang tak diingini pada kandungan. Tapi alhamdulillah dapat menghadiri majlis yang dekat-dekat..






walimah kak Liza


walimah Wani

Sunday, March 29, 2009

15 calon


Nampaknya Malaysia mencatatkan 1 lagi sejarah apabila 15 orang calon bertanding dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau. Seorang calon dari BN, seorang calon dari PKR dan bakinya adalah calon bebas.

sumber




Tak pernah ramai sangat calon yang bertanding macam ni. Selalunya kalau ada pun calon bebas, hanyalah seorang dua je. Ini sampai 13 orang.



Andaian yang boleh dibuat:



  1. Calon bebas saje suka-suka masuk bertanding
  2. Calon bebas ditaja untuk memecah undi
  3. Saje nak peningkan pengundi
  4. Nak glamor barangkali...?



Apa-apa pun, selamat mengundi kepada pengundi Bukit Selambau! Jangan pening-pening ye! :)



Murtad 30 tahun

Tajuk utama Metro Ahad hari ni menarik perhatian saya. Murtad 30 tahun. Mulanya saya fikir yang murtad tu adalah seorang yang dilahirkan Islam...rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Akhbar itu merujuk kepada kisah seorang mualaf yang akhirnya kembali ke agama asal (murtad) disebabkan pandangan serong masayarakat Islam di sekeliling.

Kadang-kala saya pelik dengan sikap individu tertentu yang penuh dengan prasangka terhadap mualaf. Bukankah sepatutnya kita gembira dan sama-sama meraikan saudara baru? Ketepikanlah niat mereka memeluk Islam. Itu urusan mereka dengan Allah. Hidayah juga milik Allah.

Teringat saya kisah yang pernah dipaparkan di akhbar suatu ketika dulu. Seorang mualaf nyaris terbunuh gara-gara nak menghilangkan tatu di badan dengan menggunakan seterika. Semuanya disebabkan cacian daripada masyarakat Islam sendiri. Alhamdulillah umurnya masih panjang. Kalaulah dia meninggal masa tu...bagaimana la orang yang mencaci tu nak menjawab dengan Allah kelak...?

Saturday, March 28, 2009

Our 1st anniversary

Alhamdulillah hari ni genap setahun usia perkahwinan kami. Mudah-mudahan ikatan ini diberkati Allah dan berkekalan sehingga ke hembusan nafas kami yang terakhir...





hadiah dari suami...

Dah nak masuk 3 bulan...

Beberapa hari je lagi genap la umur Safiyyah 3 bulan. Beratnya sekarang rasanya dah 5 kg. Tak larat dah nak dukung lama-lama. Lenguh dibuatnya. Itu baru 5 kg...besar lagi nanti ntah macam mana la agaknya. Sekejap je rasa masa berlalu. Terasa macam baru je puteri kami ni dilahirkan...

video

Kembali ke blogspot

Akhirnya kembali jua ke blogspot dengan 'wajah' yang baru...