Pages

Thursday, April 5, 2012

BBQ perasmi

Di sini BBQ dah jadi aktiviti 'wajib' kami. Macam tak sah kalau tak buat BBQ. Masuk je musim bunga, secara automatiknya mesti terfikirkan BBQ. Mula la merancang hari yang sesuai untuk dibuat BBQ. Alhamdulillah, BBQ pertama bagi tahun ni dah pun dibuat pada Jumaat lepas; 30 Mac 2012 sempena meraikan kedatangan tetamu yang datang jauh dari Fort Collins, Colorado.

Kiranya itu adalah BBQ perasmi untuk tahun 2012. InsyaAllah, akan ada susulannya sehinggalah musim luruh nanti ;). Hanya di musim sejuk je BBQ tak dibuat. Tak ada siapa yang sanggup nak membeku di luar rumah semata-mata nak ber-BBQ. Kalau ada, boleh tabik spring la! Ehe..


Tukang bakar. Saya hanya jadi tukang perap ayam je


Seronok juga ber-BBQ di waktu malam. Kebiasaannya kami buat BBQ di siang hari


Abe Jie dan Kak Ria melayan Shakir sambil diperhatikan Yaya; anak ke-2 mereka


3 orang lagi anak Abe Jie dan Kak Ria. Dari kanan: Johan yang sulung, Widad yang bongsu dan Irfan anak ke-3. Mereka datang ke Lincoln semata-mata nak menghadiri majlis Malaysian Night gara-gara teruja dengan komen-komen yang positif dan memberangsangkan berkenaan Malaysian Night yang dibuat oleh NUMSA (Nebraska University Malaysian Students Association). Tak sangka pula Malaysian Night anjuran NUMSA mendapat pujian daripada VIP yang pernah menghadirinya


Nampak tak si kecil kami tu? :)


Seronok Shakir dapat main di luar waktu malam.
Safiyyah masa ni sedang diulit mimpi. Orang dah kenyang, baru dia bangun



10 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Macam cari benda tersembunyi lak.... dimana shakir ^__^

Memang seronok bila buat BBQ ni.. dapat berkumpul dengan kawan-kawan.. boleh sembang2.. gosip2 gitu ehe...

yatie chomeyl said...

rugi safiyah tidur masa org makan2..ada lagi x simpan ayam utk dia? kang kempunan pulak bgn tdo nk mkn ayam hehe

sweet life said...

laparnye..
dah 1218 tgh hari sy tak makan apa-apa lagi kat sini...
...T_T...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

wah dh lama x BBQ ni
uiks pakai tshirt selapis jer
x sejuk ker????

hasnisyakila said...

mesti sedap kan...hihi^^


wah, besar dah Johan, dulu kalau sensei bawak g sekolah, dia lah yang paling aktif, berlari sini sana....


ruginya safiyyah....T__T

transformed housewife said...

dulu kami selalu rancak buat BBQ masa Summer. Masa spring tak ramai yg suka buat lg. Tak pernah buat mlm2. Ermm...mcm menarik jugak.

dear anies said...

tetiba rs nk wat BBQ...bleh x?

Aleyn said...

Sedapnyer..dah lama x berbbq

Unknown said...

cari jugak mana safiyah..hee...upenya da tdo ye sis:)

sedapnya bbq^-^

Nadiah Sidek said...

nur hayati: memang seronok! ;)

yatie: mesti la ada..hehe..

sweet life: la..kenapa tak makan?

ayu: dah macam summer je sekarang ni walaupun baru je masuk spring

kak nur: kami kat sini habis je winter terus nak buat BBQ. tak boleh sabar dah :p

khairin anies: buat la :D

aleyn: hujung-hujung minggu nanti buat la :)

nana: hehe..a'ah, safiyyah tengah tidur masa tu :D