Sibuk? Oh, tidak...saya tak sibuk pun. Cumanya momentum untuk berblog yang tiada. Aduhai. Tak tahulah kenapa. Nak menjenguk blog kawan-kawan pun terasa liat. Maaf ya semua. Sejak entri saya yang terakhir, memang saya tak buka langsung blog ni. Blogwalking pun tidak >_<.
Ringkasan aktiviti/perkembangan kami anak-beranak:
- Raya kami tahun ni tak semeriah tahun lepas. Ramai yang dah tak ada (dah balik for good), ada yang balik bercuti di Malaysia dan tahun ni tak ada tetamu dari Malaysia yang datang bertandang seperti tahun lepas...sob sob.
- Aidilfitri hanya duduk di rumah sahaja. Tak terasa nak beraya langsung tahun ni. Nak masak juadah raya pun tak ada mood. Biskut raya sejenis pun tak buat tahun ni tapi alhamdulillah dapat juga makan kuih raya yang dipos oleh kakak ipar. Malam raya baru terhegeh-hegeh masak nasi impit dan rendang ayam. Mulanya tak rajin juga nak buat tapi memikirkan adik-adik undergrads yang ada di sini, masak jugalah juadah raya. Kesian pula adik-adik tu...bukan ada tempat lain nak beraya.
- Akibat masak hampir tengah malam, rendang saya hampir hangit gara-gara terlena! Suami saya pun terlena sama. Heh...eloklah tu suami isteri ni. Jam 4 pagi baru tersedar. Tengok-tengok, rendang dah kering dan ayam di bahagian bawah melekat di kuali. Bila dikacau-kacau...ayam hancur! Huwaaa. Dahlah belum letak garam lagi masa tu. Cepat-cepat telefon mak, mengadu :p. Mak beritahu apa yang boleh dibuat dan alhamdulillah, rendang berjaya diselamatkan walaupun banyak hancur :p. Rasa jugalah rendang walaupun tak sesedap mana. Macamlah selama ni masak rendang sedap sangat setaraf chef ternama :p.
- Petang Aidilfitri, adik-adik undergrads datang sekali lagi tolong potong ayam untuk dibuat satay. Nak dibawa ke Omaha 2 hari berikutnya. Malam tu baru saya perap ayam yang dah dipotong tu.
- Pagi 3 Syawal, sesi mencucuk satay pula. Bab mencucuk satay, saya tak masuk campur. Tak rajin. Jadi tukang ambil gambar je :p. Tengahari, kami semua ke Omaha, beraya di sana. Macam-macam juadah kak Ellie masak! Nasi impit, nasi beriani, rendang daging, ayam masak merah, soto, kuah kacang, rojak, air bandung. Heaven! Tu belum masuk lagi juadah yang dibawa tetamu. Barulah rasa raya! ^_^
- 2 hari tu sahaja kami beraya. Selepas tu, kembali ke rutin biasa. Macam inilah gayanya beraya di perantauan :). Nak berziarah kawan-kawan lain, tak ada harapanlah. Jauh beribu batu. Nak melepasi Nebraska ni sahaja pun makan masa beberapa jam. Inikan pula nak merentasi states.
- Raihannah dah 5 bulan usianya, alhamdulillah. InsyaAllah lebih kurang seminggu lagi genaplah dia 6 bulan. Dah pandai meniarap dan bergolek-golek sampai jatuh katil >_<. Selalu terhibur dengan gelagat abe ngahnya. Kadang-kadang Shakir tak buat apa pun, sekadar duduk sebelah Raihannah...itu pun Raihannah gelak! Hihi...entah apa yang melucukan hatinya tu.
- Shakir dah kurang sikit 'membuli' kak longnya sebab nanti dia 'dibuli' balik :p. Safiyyah dah pandai melawan. Sebelum ni bersabar je dia. Dah hari-hari kena, mana nak tahan. Selalulah Shakir menangis kena dengan kak long dia. Malas ummi nak masuk campur :p.
- 23 Ogos lepas, genaplah 31 tahun usia saya. Alhamdulillah. Muda lagi, kan? :p
Itu sahajalah yang teringat. Gambar-gambar nanti ya. InsyaAllah dalam entri seterusnya :).
5 comments:
Sempat lagi nak ucapakan selamat hari raya buat Nadiah... akak ingat nadiah dah balik malaysia, sebab dah dekat 2 bulan blog sepi ajer ...
p/s akak tunggu entry bergambar seterusnya :D
Tak sabar nk tengok gambar latest Syafiyyah ,Syakir & Raihanah...;)
alhamdulillah. terupdate pun jugak. lame kot senyap blog akak nih.. hee
tunggu entry bergambar pula sis,heeee:)
ingat sis da balik malaysia~
yeayyy....akhirnya ada updates jgk
kikiki~
Selamat Hari Raya akk ^_^
Post a Comment