Pages

Tuesday, October 22, 2013

Aidiladha ke-5 di rantau orang

Juga buat yang terakhir kalinya.

InsyaAllah.

Diizin Allah panjang umur, Ramadhan, Aidilfitri dan Aidiladha tahun depan disambut di Malaysia :).

Aidiladha kami buat kali yang ke-5 di Lincoln ni serba sederhana. Sama seperti empat tahun sebelumnya. Tak terasa langsung kemeriahannya. Di Malaysia pun Aidiladha tak semeriah Aidilfitri (kecuali di Kelantan mungkin) tapi sekurang-kurangnya terasa juga auranya. Sini tak rasa apa pun. Tambahan pula raya jatuh bukan pada hujung minggu atau cuti umum. Hanya dibuat majlis ringkas bersama adik-adik undergrads pada petang raya.

Juadah yang disediakan juga turut ringkas :).

Ketupat soto.
Inilah hidangan pembuka selera, ini jugalah hidangan utama ^_^.


Alhamdulillah, sempat juga buat butter cake. Jemput adik-adik undergrads datang ke rumah pukul 5 petang, buat kek ni pukul 3 petang..hihi. Nak buat kek lain sebenarnya tapi tak cukup bahan. Lambat sangat buat keputusan kek apa yang nak dibuat...suami pun malas nak ke kedai lagi. Makanya, dibuat butter cake sahajalah. "Ni kek murah ni", selamba sang suami menuturkan. Lepas dirasa sepotong, "Eh, sedap juga kek ni". Hihi...kesimpulannya, jangan dipandang rendah kek murah :p. Pertama kali buat butter cake. Alhamdulillah menjadi. Suka! Lain kali boleh cuba resipi butter cake yang lain pula, insyaAllah.


Sebahagian tetamu awal. Paling awal sampai pun pukul 6 lebih. Kononnya ajak adik-adik ni semua datang waktu petang sebab fikir mereka tak ada kelas waktu petang. Rupa-rupanya ramai yang ada kelas petang, ada discussion, dan ada pula yang bekerja. Dan...saya tak perasan waktu tu mid term. Adik-adik ni semua sibuk dengan exam. Dahlah beraya dalam kelas, kena berperang dengan exam pula. Itulah namanya pengorbanan. Pengorbanan sebagai pelajar luar negara.


Kalau perasan, tak ada seorang pun berbaju raya kecuali anak-anak syurga. Tak rasa macam buat jamuan raya. Macam jamuan biasa je :p. Tak apalah, janji terasa kemeriahan dengan keriuhan adik-adik undergrads. Terubat hati dengan senda gurau bersama di petang raya. Terhibur juga hati dengan gelagat masing-masing yang saling usik-mengusik sesama sendiri ^_^.

Kegembiraan berganda apabila semua pinggan mangkuk semua dicuci anak dara bertiga; Ann, Fyon dan Nadzirah. Bukan setakat tu, meja turut dikemas, dapur juga dilap. Sesekali begini, seronok rasanya ^_^.


Akhir sekali, tatapan buat yang merindui anakanda bertiga. Susah nak ambil gambar mereka bertiga serentak. Ada sahaja yang tak mahu beri kerjasama. Ikat tiga-tiga baru tahu! :p



13 comments:

Acik Erna said...

sampai hati ke nak ikat anak2 comel tu he he.
tak rasa raya pun tak apa Nadiah..janji makananya rasa makan masa raya

cahayahidupku.blogspot.my said...

Dah besar Raihana ye.. comey gelagat dorang bertiga ;)
Meriah juadahnya nadiah...rajin masak ;)

Siti Asiah said...

tak puas tgok anak2 Nadiah...Asiah pun tak rase cam raya kat Jengka ni. Tak amik pic.pun...huhu

Najwa.H said...

Kakak tu....sangaaat mcm ummi dia :)

azy said...

salam kak

yg kecik tu lahir tahun ni kan?
nampak sedap la kek..share resipi nya ;)

transformed housewife said...

raya kat Selangor pun tak rasa mcm raya jugak. (utk Raya Aidil Adha la)

Nadiah Sidek said...

kak erna...ikat untuk ambil gambar je :p

kak yati: kalau rajin, macam-macam juadah nadiah masak kak..hihi..

asiah: saya suka ambil gambar :D

najwa: fotostat. hehe..

ya azy, yang kecil lahir tahun ni :)

kak nur tak balik kelate ke? kalau di kelate meriah, kan?

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah...ada juga teman2 utk dirai kan... kt mlaysia pun agak kurang sambutan aidiladha ni, meriah cuma aktiviti korban jer...

Alolo, dah besar anak anak syurga bertiga tu... comel!

NzA said...

Alhamdulillah terasa jugak merasai raya diperantauan...di kelate mmg meriah....

Unknown said...

ololo..comel betul 3 beradik ni:)

cantik baju kaklong :)

lizz said...

butter cake tu sedapnyer..murah tapi sedap...berbaloilakan...
cutenyer diaorang bertiga ni...

Cho Zila said...

ha.. ha.. baguih gak idea ikattu.. ha.. ha.. sebab akakpun der perasaan gitu sakit hati kita ni sakit anak tekak suruh diaorang buat bodohjer..
oklertu kan asalkan terasa rayanyer.. hidup dirantau orang gituler.. atau nanti kalau nak buat jamuan paksa diaorang pakai baju melayu atau kurung....

Ria said...

senang melihat ketiga anak kakak sehat semua.. Alhamdulillah...