Pages

Saturday, April 12, 2014

Nutella Bowl Cake

Dah lamaaaaaa simpan resipi Nutella Mug Cake tapi baru minggu lepas mencuba. Repinya sangat mudah tapi saya agak pesimis dengan tatacara membuat kek ni. Belum pernah sebelum ni buat kek guna microwave. Entah jadi entah tidak. Entah sedap entahkan tidak. Itu sahaja yang berlegar di kepala. Akhirnya, resipi tersimpan sampai 'berkulat'..hehe..

Minggu lepas tak tahu nak masak apa untuk minum petang. Bukanlah setiap hari saya buat juadah untuk kudapan petang tapi hari tu terasa nak buat sesuatu yang mudah. Korek balik resipi-resipi yang disimpan dalam folder komputer, ternampaklah Nutella Mug Cake. Bahan-bahan semua ada, maka bermulalah projeknya.


Walaupun rupanya tak menawan, rasanya sedap!
Resipi asal, namanya Nutella Mug Cake tapi disebabkan saya guna mangkuk, maka jadilah bowl cake. Memandai-mandai je tukar..hihi. Mug di rumah ni tak ada ditulis microwave safe, tak beranilah nak guna. Tu yang guna mangkuk.


Nutella Mug Cake
(tak ingat dari mana saya ambil resipi ni..huhu..)

Bahan-bahan:
4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar Nutella
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak masak (saya guna minyak jagung)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan ke dalam mug besar.
  2. Kacau rata sampai sebati.
  3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 - 3 minit (saya masak selama 2 1/2 minit)
  4. Hiaskan dengan whipped cream atau ganache mengikut kesukaan (ni saya tak rajin nak buat :p)



Senaaaaaang sangat, kan? Tak rugi mencuba. Mudah dibuat, sedap dimakan ;)

Selamat mencuba!

10 comments:

Cantiknyapurple said...

Thank you ;)

HD said...

salam. nampak menarik sgt kek tu dan caranya pun simple

cahayahidupku.blogspot.my said...

Akak pun dah lama teringin nak buat , ada simpan resepi.. tapi tak juga buat Nadiah.. tengok Nadiah buat macam nak cuba pulak :)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Akak pun dah lama teringin nak buat , ada simpan resepi.. tapi tak juga buat Nadiah.. tengok Nadiah buat macam nak cuba pulak :)

Nieyla Nadia said...

yumyum...
Singgah pagi...

Nida Mohd said...

senang je resepi tu..boleh try ni..

i'am mama said...

mesti guna mug ke?

Nadiah Sidek said...

nina: you're most welcome :)

nissa: senang sangat nak buat! cubalah :)

kak yati: mesti anak-anak akak suka :D

nieyl: terima kasih singgah ke sini :D

nida: memang senang. insyaAllah tak menyesal cuba :)

i'am mama: tak. saya guna mangkuk je. asalkan microwave safe :)

Aryan azra said...

macam senang resepi ni,kalau rajin boleh juga mencuba

Claire Beaudreault said...

Apppreciate this blog post