Pages

Friday, June 12, 2020

Selempang Tudung



Kata-kata ini membuatkan saya teringat kenangan sewaktu zaman remaja dahulu. Ayah saya cukup tak suka tengok satu-satunya anak perempuan dia ni selempangkan tudung ke bahu. Bab aurat memang tiada kompromi.

"Kenapa pakai tudung macam ni? Pakai elok-eloklah."

Itulah teguran ayah suatu ketika dahulu. Saya tahu apa yang ayah maksudkan. Ayah tak mahu saya selempang tudung ke bahu sekaligus mendedahkan bahagian yang sepatutnya ditutup. Hanya sekali teguran tapi tersimpan kemas dalam kotak memori.
 
Tapi itulah, zaman remaja...pengaruh kawan lebih kuat. Kawan-kawan ramai yang selempang tudung. Kita pun ikutlah. Depan ayah pandai pula turunkan tudung ke dada. Perangai sangat 😔.

Seingat saya, waktu di matrikulasi barulah saya berhenti sepenuhnya selempangkan tudung. Waktu tu saya suka tengok penampilan seorang kawan yang cukup menjaga auratnya. Bukan setakat bertudung labuh, berstoking juga. Bayangkan, nak ke kafe bawah sahaja pun dia pakai sarung kaki. MasyaAllah, kagum sungguh dengan dia masa tu.

Dari situlah saya mula perbaiki aurat saya. Perkara pertama yang saya betulkan adalah pemakaian tudung. Saya tidak lagi selempangkan tudung seperti kebiasaan. Tudung dilepaskan menutupi dada dan dipin di bahagian hujung tudung. Tak lama lepas tu barulah saya berjinak-jinak dengan pemakaian stoking. Mula-mula rasa kurang selesa. Lama-lama baru rasi. Bak kata, alah bisa tegal biasa.

Masuk universiti pula, saya berjinak-jinak mengenakan sarung lengan, dan diikuti dengan tudung labuh. Ada rezeki nanti insyaAllah saya buat entry baru untuk berkongsi pengalaman ni pula. Perasan tak betapa kuatnya pengaruh kawan? Dapat kawan yang sentiasa mendorong ke arah kebaikan, maka beruntunglah kita.

Buat adik-adik dan kakak-kakak yang sedang atau baru berniat untuk menutup aurat, bolehlah mula sikit-sikit. Sikit tapi konsisten. Kalau belum bertudung, belajarlah bertudung. Kalau masih pakai baju lengan pendek, biasakan pula berlengan panjang. Kalau dah terbiasa pakai pakaian ketat, biasa-biasakan pula dengan pakaian longgar. Kalau selalu bertudung singkat, labuhkan pula menutup dada. Tak mudah tapi tak mustahil untuk berubah. Semua ini untuk kebaikan dunia akhirat kita juga. 💖 


8 comments:

nur... said...

Assalamualaikum... mashaAllah rindunya pada catatan kak Nadiah... mungkin kak nadiah pun tak kenal/ingat saya... pernah terlibat dengan suatu program anjuran PPIP di sebuah sekolah rendah agama di Kulim Kedah... sejak zaman FB, mula jadi follower kak Nadiah... suka baca coretan kak Nadiah... kira silent follower gitu... semoga kak Nadiah sekeluarga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah...

Nadiah Sidek said...

waalaikumussalam wbt.

Hehe...akak pun tak sangka akan kembali berblog. Ingatkan dah pencen dah..hehe. Terima kasih banyak-banyak sudi baca blog akak. Awak ada dalam friendlist FB akak ke?

Anonymous said...

Kak Nadiah, welcome back. Teringin nak tengok anak-anak kak nadiah...

Nadiah Sidek said...

acuyuhan: selamat hari raya juga!

anonymous: hehe..terima kasih. Siapa ni ya? Tak ada nama

Nadiah said...

Alhamdulillah, tak percaya rasanya dapat kembali baca coretan Kak Nadiah. Ntah bagaimana dulu terjebak jadi follower blog akak. Penat study dulu, suka baca blog akak di perantauan dan saya pernah minta izin akak untuk simpan gambar2 shakir dan safiyyah, siap jadikan backgroud desktop lagi. (tapi laptop tu dah arwah sekarang)

Salam perkenalan kali kedua Kak Nadiah ;)

Nama kita sama hehe

Nadiah Sidek said...

hehe...lama rupanya dah follow blog akak. Anak-anak akak pun dah besar dah. Salam perkenalan juga, Nadiah :)

Hanizah Aziz said...

Salam perkenalan puan Nadiah. Saya pun baru nk comeback semula dgn blog. Cari idea semula ni.hihi

Nadiah Sidek said...

hanizah aziz: salam perkenalan juga. Welcome back to the blog..hehe..