Pages

Monday, May 4, 2009

Jiran kami

Semalam jiran Palestin kami datang ke rumah. Saje nak sembang-sembang sambil ketemu dengan Safiyyah. Uniknya, Ismail menjadi translator antara kami suami isteri dengan isterinya kerana isterinya hanya pandai berbahasa Arab. Ismail boleh menguasai bahasa Arab, bahasa Inggeris dan sekarang sedang menguasai bahasa Melayu (bahasa Malaysia or bahasa Melayu..?). Kalau dia cakap ngan kami kadang-kadang dengan berbahasa Inggeris dan kadang-kadang bahasa Melayu.


Inilah jiran kami

Comel, kan?


Macam-macam la yang kami duk sembangkan. Dalam duk sembang-sembang tu, suami saya bagi mereka tengok album kahwin kami. Ismail pun bukak la cerita tradisi perkahwinan di tempat mereka..


Berbeza katanya dengan adat di sana. Kalau di Malaysia ni kan pihak lelaki yang akan datang dan menikah di tempat isteri dan terus duduk di situ, kalau tidak pun akan tinggalkan dulu isteri di rumah mak ayah sementara menunggu majlis di rumah suami. Tapi kat sana lepas akad nikah je terus isteri dibawa ke tempat suami.


"Why?" saya bertanya.

"I don't know. It's difficult to explain," jawab Ismail.


Dan mereka sebenarnya 'kagum' dengan cara pakaian pengantin di sini yang menutup aurat. Kata Ismail, masa kahwin, yang perempuan (isteri) pakai baju seksi, scarf (tudung) pun tak pakai! Bila bergambar lak, hanya si isteri je boleh simpan gambar-gambar tu sebagai koleksi peribadi. Tak boleh nak tunjuk pada sesiapa memandangkan gambar-gambar tu mendedahkan aurat si isteri.


Suami saya pun tanya la kenapa kat sana pengantin perempuan pakai pakaian pengantin yang seksi-seksi.


"Uh...I don't even know. I also feel shy to look at it," Ismail menjawab sambil mengerutkan muka dan mengeleng-gelengkan kepalanya.


Duk belek-belek gambar kami, isterinya teringin pula nak beli baju pengantin macam yang saya pakai tu! Siap tanya lagi boleh beli kat mana, range harganya berapa. Hehe..


Sunday, May 3, 2009

Adik Pondok-pondok

Pagi semalam saya menonton Nasi Lemak Kopi O di TV9 sementara menunggu Safiyyah bangun (Seronok betul Safiyyah tidur 2 hari ni...cuaca sejuk agaknya. Lena je tidur...kul 11 pagi baru bangun...selalunya dalam kul 8-9 pagi dah bangun dah). Owh...berbalik pada cerita saya tadi...yang saya nak ceritakan adalah berkenaan seorang kanak-kanak yang dijemput. Sebenarnya ada 2 orang tapi yang sorang ni mencuit hati saya. Mereka berdua antara yang terlibat dalam rancangan Pondok-pondok.


Adik yang sorang ni betul-betul menarik perhatian saya. 4 tahun umurnya. Cute je. Dah la tu, 'banyak mulut' sungguh! Sepatah ditanya, berjela-jela jawabnya. Hehe. Memang peramah adik tu. Setiap kali adik tu 'buka mulut', mesti orang ketawa. Bukan setakat pengacara je...habis semua yang ada kat studio tu gelak sama.


Adik tu rasa pelik kenapa orang duk ketawa bila dia bercakap, "Kenapa semua orang ketawa? Jangan la ketawa."


Makin geli hati dibuatnya bila adik tu cakap macam tu. Lagi buat orang tertawa adalah! :D


Saya ada seorang sepupu yang 'mulut riuh'. Fatin Hanani namanya. Anak Cu saya. 5 ke 6 tahun umurnya ntah. Lupa pula saya. Kalau dia mula bercerita susah nak berhenti! Buat semua orang ketawa dengan keletahnya. Tapi dia paling anti kalau orang ketawa masa dia sibuk bercerita. Kalau orang duk ketawa, mesti dia menangis. Dia ingat orang duk ketawakan dia. Padahal orang ketawa sebab terhibur dengan mulut becoknya tu. Hehe.


Agaknya adik tu pun ingat orang duk ketawakan dia. Dalam duk sembang-sembang tu la pengacara tanya namanya. Mohd Faiz Haikal ke apa ntah namanya. Yang saya ingat Haikal di hujungnya.


"Eh, awak ni boy ke girl?" tanya pengacara tu.

"Boy." adik tu jawab.


Hah?? Biar betul! Mati-mati saya ingat adik tu girl. Mana taknya, mukanya dah la sweet, rambutnya panjang diikat 'ekor kuda'. Rasanya panjang rambut adik tu ke paras pinggang. Betul-betul persis seorang kanak-kanak perempuan.


Pengacara tu pun tanya lagi, "Haikal suka rambut panjang ke?"

"Suka." jawab Haikal ringkas.


Hmm..saya hanya mampu menggelengkan kepala...



Saturday, May 2, 2009

Jantung berlubang

Saya teringatkan Syifa', anak kepada salah seorang sahabat saya, Nor Farhani Ismail. Dulu Nurussyifa' mengidap jantung berlubang. Simpati saya pada mereka sekeluarga. Nurussyifa' dilahirkan sebelum bulan puasa tahun lepas dengan berat 1.7 kg. Masa dilahirkan tu takde sebarang masalah atau penyakit yang dikesan.


Tapi...sebulan lepas tu masa nak buat injection, Doktor perasan degupan jantung Syifa' tak normal. Doktor tu suruh bawa Syifa' ke hospital untuk buat pemeriksaan lanjut. Hasilnya jantung Syifa' disahkan berlubang (tak ingat pula saya saiz lubangnya).


Kesian sangat. Kecik-kecik dah kena jantung berlubang tapi itulah ketentuanNya. Farhani dan suaminya, Syamsuhairi Ismail dipilih oleh Allah untuk menerima ujian dariNya...


Lepas beberapa perbincangan dan pemeriksaan lanjut, akhirnya Doktor mencadangkan agar Syifa' dibedah. Alhamdulilah, awal bulan Februari lepas Syifa' telah selamat menjalani pembedahan. Suami saya dan 2 orang lagi sahabat (Firdaus Bawadi dan Fahd) sempat menziarahi mereka di IJN. Saya tak dapat nak ikut sama memandangkan saya masih dalam tempoh berpantang masa tu.


Syifa' dan abahnya. Di belakang tu adalah umminya




Suami saya dan Syifa'



"Kecik je anak Su. Kesian abang tengok," beritahu suami saya sebaik pulang ke rumah.


"Ye ke?" saya bertanya.


"A'ah, Safiyyah pun lagi besar dari dia," jelas suami saya.



Lepas Syifa' sembuh, mereka pula telah menziarahi saya sekeluarga. First time saya jumpa Syifa'! Sebelum tu tak berkesempatan nak ketemu. Memang Syifa' kecik sangat! Masa mereka datang ke rumah saya tu Syifa' dah 6 bulan tapi beratnya baru 3 kg lebih! Safiyyah lak masa tu dua bulan lebih, beratnya dah lebih 4 kg.



Tapi alhamdulillah sekarang Syifa' makin sihat. Minum susu pun lebih banyak dan makan pun dah berselera berbanding sebelum ni. Mudah-mudahan Syifa' terus diberi nikmat kesihatan...ameen!




.: Alhamdulillah hari ni Safiyyah genap 4 bulan :.


Friday, May 1, 2009

Gelak

Video bawah ni antara rakaman yang saya suka. Senang rasa hati tengok anak ceria. Sebenarnya tiap kali tengok wajah Safiyyah hati rasa senang dan tenang. 'Bersih' je mukanya lantaran hati yang suci bersih tanpa secalit dosa...