Dari Amana Villages, kami teruskan perjalanan ke Iowa City. Singgah solat di Iowa City Mosque..
Lepas solat, kami jalan-jalan di sekitar Iowa City...
Bukan main seronok lagi Safiyyah dapat berlari kat tempat luas. Masa ni cuaca elok sangat. Nyaman je rasa Pastu kami ke rumah kawan Syafiq. Ingatkan jumpa sekejap kat luar je, sekali budak-budak bujang tu ajak masuk rumah sekali. Lepak-lepak la kami kat situ sampai Maghrib. Dapat la merasa cucur bujang
Mula-mula masuk rumah tu Safiyyah menangis pastu buat macam rumah sendiri pulak Usai solat Maghrib, kami terus ke Ames, lebih kurang 2 jam perjalanan dari Iowa City. Sampai di motel dalam pukul 10 malam, terus check in dan 'memengsankan' diri. Kat Ames, kami menginap di Super 8 Motel juga tapi di Ames murah la sikit berbanding di Williamsburg...beza dalam 10 dollar gitu la..
Luar motel ni lebih cantik berbanding Super 8 Motel di Williamsburg tapi bilik yang kat Williamsburg cantik lagi. Kami tak menginap kat tempat yang sama sebab nak ke satu tempat ke satu tempat yang lain agak jauh walaupun dalam negeri yang sama. Macam nomad la kami masa tu Pagi esoknya lepas check out, kami ke Iowa State University. Lebih kurang aje nama universitinya, kan? Mendung dan berangin aje pagi tu. Sejuuuuukkkk sangat! Tak boleh tahan rasa walaupun pakai sweater. Bergambar pun cepat-cepat aje..
Tasik ni seberang jalan Memorial Union tu je. Perasan tak ada bahagian yang dah cair dan ada yang masih beku di tasik tu?
Di stadium Iowa State University. Safiyyah tidur dalam kereta, ummi dan papanya posing ala-ala honeymoon lagi
Di The State Forest Nursery, Ames. Dalam perjalanan kami ternampak signboard The State Forest Nursery tu. Terus masuk bergambar tapi kami tak masuk sampai dalam pun, tak pasti sama ada tempat tu dibuka untuk public atau tidak. Masa ni pun Safiyyah masih tidur lagi dalam kereta Dari situ, kami teruskan perjalanan ke Des Moines, lebih kurang 40 minit dari Ames. Cuaca kat Des Moines alhamdulillah elok. Cerah je dan tak sesejuk Ames
Ada certain tempat parking, hanya boleh parking secara mengundur je (back-in angle parking), macam signboard atas tu
Bahagian dalam Iowa State Capitol. Cantik. Memang nampak mewah la dalamnya. Ingat nak masuk parlimen yang terletak di tingkat atas tapi masa tu tak boleh masuk sebab persidangan sedang berlangsungDes Moines destinasi terakhir kami di Iowa. Lepas tu kami terus balik. Ok, yang sebetulnya tak terus balik...singgah jalan-jalan dan window shopping di Omaha, Nebraska
Apa pun, memang enjoy sangat percutian ni. Lagipun, ni our first vacation (kecuali Muzammil)...tu yang rasa excited sangat tu. Sejak duduk di negara orang ni, asyik fikir bila nak berjalan aje. Ye la, dah alang-alang duduk di perantauan...ambil kesempatan la makan angin. Nak datang saje-saje bercuti ke luar negara entah bila la...mungkin dalam mimpi aje kot..
Nak bercuti macam ni memang guna banyak duit la tapi alhamdulillah percutian ni tak melebihi budget. Suami memang dah budget awal-awal lagi. Shopping pun tak melebihi limit...banyak lagi yang berbaki kalau nak diikut budget asal. Beli yang perlu aje






























