Pages

Thursday, March 18, 2010

Trip to Iowa (part 2)

.........sambungan entry Trip to Iowa.......


Dari Amana Villages, kami teruskan perjalanan ke Iowa City. Singgah solat di Iowa City Mosque..

Iowa City MosqueIowa City Mosque


Lepas solat, kami jalan-jalan di sekitar Iowa City...

Recreation Building, The University of Iowa


Stadium, The University of Iowa


Depan Old Capitol


Bukan main seronok lagi Safiyyah dapat berlari kat tempat luas. Masa ni cuaca elok sangat. Nyaman je rasa senyum


Belah belakang Old Capitol


Sekitar Iowa City


Pastu kami ke rumah kawan Syafiq. Ingatkan jumpa sekejap kat luar je, sekali budak-budak bujang tu ajak masuk rumah sekali. Lepak-lepak la kami kat situ sampai Maghrib. Dapat la merasa cucur bujang kenyit

Mula-mula masuk rumah tu Safiyyah menangis pastu buat macam rumah sendiri pulak jelir. Nak 'ngube' rumah orang pulak dia. Semua benda nak diusiknya adus


Usai solat Maghrib, kami terus ke Ames, lebih kurang 2 jam perjalanan dari Iowa City. Sampai di motel dalam pukul 10 malam, terus check in dan 'memengsankan' diri. Kat Ames, kami menginap di Super 8 Motel juga tapi di Ames murah la sikit berbanding di Williamsburg...beza dalam 10 dollar gitu la..

Super 8 Motel, AmesLuar motel ni lebih cantik berbanding Super 8 Motel di Williamsburg tapi bilik yang kat Williamsburg cantik lagi. Kami tak menginap kat tempat yang sama sebab nak ke satu tempat ke satu tempat yang lain agak jauh walaupun dalam negeri yang sama. Macam nomad la kami masa tu sengihnampakgigi


Pagi esoknya lepas check out, kami ke Iowa State University. Lebih kurang aje nama universitinya, kan? Mendung dan berangin aje pagi tu. Sejuuuuukkkk sangat! Tak boleh tahan rasa walaupun pakai sweater. Bergambar pun cepat-cepat aje..

Depan bangunan Memorial Union


lakeTasik ni seberang jalan Memorial Union tu je. Perasan tak ada bahagian yang dah cair dan ada yang masih beku di tasik tu?


Di kawasan sekitar Iowa State University


Di stadium Iowa State University. Safiyyah tidur dalam kereta, ummi dan papanya posing ala-ala honeymoon lagi love. Masa honeymoon dulu takde gambar ala-ala honeymoon sebab takde orang tolong ambilkan gambar lagipun honeymoon dulu saya moody aje...hormon tak stabil...pregnant 2 bulan masa tu. Orang lain honeymoon happy je, kami entah apa-apa je...suami pun sampai dah tak kuasa dah nak pujuk bininya jelir


Di The State Forest Nursery, Ames. Dalam perjalanan kami ternampak signboard The State Forest Nursery tu. Terus masuk bergambar tapi kami tak masuk sampai dalam pun, tak pasti sama ada tempat tu dibuka untuk public atau tidak. Masa ni pun Safiyyah masih tidur lagi dalam kereta kenyit


Dari situ, kami teruskan perjalanan ke Des Moines, lebih kurang 40 minit dari Ames. Cuaca kat Des Moines alhamdulillah elok. Cerah je dan tak sesejuk Ames

back-in angle parkingAda certain tempat parking, hanya boleh parking secara mengundur je (back-in angle parking), macam signboard atas tu


Des MoinesPemandangan sekitar Des Moines




Iowa State CapitolBahagian dalam Iowa State Capitol. Cantik. Memang nampak mewah la dalamnya. Ingat nak masuk parlimen yang terletak di tingkat atas tapi masa tu tak boleh masuk sebab persidangan sedang berlangsung


Macam biasa...bergambar kenangan...dalam bangunan Iowa State Capitol kenyit


Nak balik pun sempat lagi bergambar sengihnampakgigi. Ni di sebelah Iowa State Capitol tu je


Des Moines destinasi terakhir kami di Iowa. Lepas tu kami terus balik. Ok, yang sebetulnya tak terus balik...singgah jalan-jalan dan window shopping di Omaha, Nebraska senyumkenyit. Omaha ke Lincoln lebih kurang sejam perjalanan je. Kedai dah nak tutup, baru kami balik sengihnampakgigi. Alhamdulillah selamat sampai rumah jam 10.30 malam. Balik tu memang pengsan terus la. Letih sangat-sangat (mengalahkan driver pulak jelir).

Apa pun, memang enjoy sangat percutian ni. Lagipun, ni our first vacation (kecuali Muzammil)...tu yang rasa excited sangat tu. Sejak duduk di negara orang ni, asyik fikir bila nak berjalan aje. Ye la, dah alang-alang duduk di perantauan...ambil kesempatan la makan angin. Nak datang saje-saje bercuti ke luar negara entah bila la...mungkin dalam mimpi aje kot..

Nak bercuti macam ni memang guna banyak duit la tapi alhamdulillah percutian ni tak melebihi budget. Suami memang dah budget awal-awal lagi. Shopping pun tak melebihi limit...banyak lagi yang berbaki kalau nak diikut budget asal. Beli yang perlu aje senyum

Tuesday, March 16, 2010

Trip to Iowa

Kami (saya sekeluarga, Muzammil dan Syafiq) baru balik bercuti semalam menari. Bertolak hari Sabtu lebih kurang jam 11 pagi terus ke Williamsburg, Iowa. Plan nak bertolak pukul 10 pagi tapi lama sangat uruskan kereta sewa, tu yang jadi lewat sejam daripada perancangan awal tu. Mulanya nak sewa Chevy Impala (kereta full size) tapi takde pulak kereta tu. Kereta full size yang tinggal masa tu semuanya kereta mewah. Pastu pilih punya pilih, ambil kereta Buick LaCrosse - kereta mewah Amerika. Dapat la sewa dengan harga murah (lebih kurang 170 USD termasuk insurans untuk 3 hari) sebab Chevy Impala tu takde. Merasa la dapat naik kereta mewah. Tak mampu nak beli kereta mewah, dapat sewa pun jadi la peace.

Tapi canggih sangat kereta tu. Semuanya computerized. Nak cari hand brake pun makan masa setengah jam! Hand brake kereta tu pakai button je...tu yang jumpa-jumpa. Nak adjust air-cond pun terkial-kial. Duk 'belajar' pasal kereta tu dulu la yang buat jadi lambat bertolak. Pintu belakang pulak tak dapat bukak dari dalam. Sehari perjalanan baru jumpa cara nak buka pintu tu dari dalam gelakguling. Merasa la sekejap jadi datin...ada orang tolong bukakan pintu..eheh. Kat Williamsburg, Muzammil berusaha sungguh la godek-godek kereta tu nak cari jalan macam mana nak buka pintu dari dalam sebab dia tak nak saya dan suami perasan jadi diva, tiap kali nak keluar dari kereta ada orang tolong bukakan pintu sengihnampakgigi.


Buick LaCrosseNi la kereta yang berjasa pada kami selama 3 hari bercuti kenyit



Dalam kereta. Suami saya bergilir drive dengan Muzammil tapi Muzammil la yang banyak drive pun, suami tak berani sangat nak bawak kereta canggih tu sebab dia tak 'study' sangat pasal kereta tu sengihnampakgigi



Travel trailersDalam perjalanan, saya ternampak travel trailers ni. Banyak juga la nampak trailer ni sepanjang perjalanan. Selalu berangan nak naik trailer macam tu masa travel, rasa macam best je tapi mahal la kalau nak sewa pun


Sampai di Williamsburg lebih kurang pukul 4 petang. Terus check in di Super 8 Motel - termurah kat situ. Aisey, naik kereta mewah, tapi menginap kat tempat murah. Nampak sangat kereta pinjam/sewa ihikhik.


Super 8 MotelDalam gambar nampak macam berhantu pulak motel ni..hoho..



Tapi biliknya cantik! Masuk dalam bilik tak terasa pun macam duk kat motel murah kenyit. Motel murah pun...seterika setiap bilik ada 1, takyah nak sibuk-sibuk request kat room service. Internet connection pun free tapi tak sempat sangat la nak access internet, masa banyak kat luar je. Balik bilik, masing-masing 'pengsan' keletihan


Rehat sekejap, solat jama' Zuhur dan Asar, pastu keluar balik...pergi shopping! menari


Tanger Outlet CenterTanger Outlet Center ni seberang jalan motel yang kami duduk tu je. Shopping dari pukul 5 lebih sampai kedai tutup, pukul 9 malam tapi tak sempat masuk semua kedai (banyak sangat kedainya!), sambung balik shopping esok pagi sengihnampakgigi



Safiyyah pun pilih-pilih baju jugak senyumkenyit. Masa mula-mula dia ok je, pastu mengamuk-ngamuk nak keluar. Dia nak berjalan kat luar kedai pulak. Kat luar kan lebih luas dan lapang, tu yang dia suka sangat nak jalan kat luar tu. Sementara tunggu papanya shopping, saya teman la Safiyyah jalan kat luar sekejap. Masalahnya, takleh nak lama-lama kat luar kedai. Sejuuuukkkk! Safiyyah kan si puteri salju, sejuk macam tu pun dia boleh relaks je..huhu. Pastu masuk Carter's. Nasib baik kat Carter's ada disediakan tempat budak-budak main (lego), senyap la dia kat situ main sorang-sorang. Lega! penat



Hari ke-2 di Tanger Outlet Center lepas check out


Tengahari kami teruskan perjalanan ke Amana Villages, tak jauh dari situ pun tapi drive slow je, duk tengok-tengok pemandangan sekeliling, siap berhenti tepi jalan untuk bergambar lagi, jadi makan masa la sikit nak sampai ke Amana Villages tu senyumkenyit


Alhamdulillah cuaca hari Ahad tu ok, cantik je bila bergambar



Siap bergambar ala-ala honeymoon lagi love. Mentang-mentang la Safiyyah tidur..ehe..



Amana VillagesAmana Villages Cantik betul tempat ni!



Bergambar kenangan di sekitar perkampungan Amana yang mendamaikan



Aksi Safiyyah di perkampungan Amana senyumkenyit


p/s: DST dah bermula balik sejak Ahad lepas!