Pages

Sunday, September 18, 2011

Aidilfitri 2011: 5 Syawal umpama 1 Syawal

Kemeriahan Aidilfitri kami tahun ni hanya mula dirasakan pada 5 Syawal yang jatuh pada hari Sabtu. 5 Syawal terasa bagaikan 1 Syawal sebab masa tu baru semua orang bercuti dan baru rasa seronok nak beraya.

Pagi tu saya dan suami bertungkus-lumus buat persiapan untuk majlis rumah terbuka kami yang bakal bermula jam 5 petang. 2 hari sebelumnya lagi saya dah mula memasak untuk majlis rumah terbuka. Saya sorang-sorang je, mana nak terkejar buat semua dalam sehari. Waktu malam ada la suami saya membantu..siangnya dia ke ladang. Buat persiapan awal takde la kelam-kabut sangat di hari Sabtu tu.


Baju raya kami anak-beranak ditaja oleh mak ayah saya ^_^


Hampir jam 3 petang kami ke rumah Hafiz-Izza...rumah terbuka pertama di sini. Majlis diorang disekalikan dengan majlis harijadi Iman yang ke-2. Macam-macam juadah yang disajikan. Saya sekeluarga tak dapat nak berlama di rumah diorang sebab persiapan majlis rumah terbuka kami masih belum selesai.


Di rumah Hafiz-Izza


Sebelum kami balik sempat juga tengok sesi potong kek. Safiyyah pun sibuk sekali...dia yang paling tak sabar nak ambil kek yang dah dipotong..hihi..


Selesai makan, bersembang dan bergambar sekejap, kami terpaksa mengundur diri. Sampai di rumah terus selesaikan kerja-kerja terakhir yang masih belum selesai. Dah pukul 5 pun masih belum selesai sepenuhnya tapi mujur juga takde tetamu yang sampai tepat jam 5! :D


"Hensem tak saya berbaju Melayu?" :D


Sebahagian hidangan raya di rumah kami. Rendang ayam, sayur campur dan kerabu su'un. Ketiga-tiga juadah ni Sumardi yang masak. Kami pakat buat majlis rumah terbuka sekali dengan Sumardi dan Syafiq. Senang. Masing-masing tak perlu masak banyak-banyak :D


Ni pula bahagian yang saya dan suami sediakan. Satay ayam dan daging, nasi impit, kuah kacang dan soto. Satay tu sebelum tengahari lagi dah dibakar. Syafiq yang tolong bakarkan. Bimbang hujan di waktu petang. Kalau ikut ramalan cuaca untuk hari tu...dijangka hujan dan ribut petir. Tu yang bakar siap-siap tapi alhamdulillah tak hujan sampai ke malam. Cuma pagi tu je la hujan renyai sekejap





Pizza pun ada tau! Ni baru namanya beraya kat luar negara..ngee. Pizza ni ditaja oleh Muzammil yang dah pun pulang ke Malaysia. Dia nak menyumbang juga sesuatu sebagai tanda ingatannya yang pernah beraya di Lincoln :)


Sesi demonstrasi cara makan satay dan ketupat soto oleh suami saya (Oh, masa ni suami saya terlupa nak sarung baju Melayu :p. Lepas sesi demo baru pakai baju Melayu semula). Cik Safiyyah tu pun sibuk nak tolong papa dia :p


Safiyyah dan kawan-kawan


Tetamu-tetamu terawal


Nota: Nantikan sambungan cerita majlis rumah terbuka kami! ;)



Thursday, September 15, 2011

Hari Malaysia

Seronoknya orang kat Malaysia bercuti lagi hari ni. Dapat 3 hari cuti sekaligus. Jumaat, Sabtu, Ahad. Boleh sambung beraya :D. Dulu saya memang tertunggu-tunggu je cuti hari Isnin atau Jumaat. Awal tahun lagi dah tengok cuti sepanjang tahun jatuh hari apa :p.

Sekarang ni tak ambil peduli dah bila cuti terutama cuti umum di Malaysia. Cuti kat US ni tak payah cerita la. Nama je cuti...suami saya bukannya cuti pun. Kalau tak ke ladang, dia buat kerja di 'ofis'. 2-3 hari lepas terbaca status kawan yang katanya tak sabar nak tunggu cuti hari Jumaat.

Lepas baca status kawan tu la baru saya rujuk kalendar. Ditulis di situ 'Hari Malaysia'. Eh, sejak bila pulak ada cuti Hari Malaysia ni? Dulu tak pernah ada pun. Fikir-fikir balik baru saya teringat tahun lepas mak saya ada bagitau pasal cuti Hari Malaysia ni. Tahun lepas la secara rasminya pun seluruh negeri di Malaysia cuti pada 16 September sempena penubuhan persekutuan Malaysia.

Selamat Hari Malaysia! Selamat bercuti buat semua warga Malaysia di Malaysia! :)

[Gambar diambil dari Google]


Nota: Mood berblog masih belum datang sepenuhnya..nak sambung cerita raya pun rasa 'liat'..huhu..



Tuesday, September 13, 2011

Aidilfitri 2011: Cerita 1 Syawal

Orang lain dah habis cerita pasal raya...saya baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal raya pertama untuk tahun ni :p. Ni la akibatnya lama tak berblog. Terlalu banyak yang nak dikongsikan sampai tak tahu nak mula dari mana.

Raya pertama tahun ni pun lebih kurang sama je dengan raya pertama tahun lepas sebabnya tahun ni pun 1 Syawal jatuh bukan pada hujung minggu. Semuanya ada kelas! Memang tak rasa langsung kehadiran Syawal dan kemeriahan Aidilfitri. Lagi pun saya sendiri rasa macam Ramadhan belum cukup sebulan...tiba-tiba dah raya!


1 Syawal 1432 H

Tetamu pertama yang sampai. Azrina. Elok je saya tengah menghidang, Azrina pun sampai. Macam tahu-tahu je..ehe..


Juadah raya pada 1 Syawal. Rendang ayam, nasi impit dan mee kari. Rendang ayam saya masak hari sebelumnya, mee kari pulak masak di pagi raya. Masak sikit-sikit je pun...in case adik-adik undergrad datang beraya macam tahun lepas. Sekurang-kurangnya ada la juadah raya untuk dihidang


Tahun ni 2 jenis biskut raya je yang saya buat (3 jenis la termasuk sejenis lagi yang dibuat pada hari raya ke-3 ^_^). Sungguh tak rajin tahun ni. Nak 'tunjuk-tunjuk' bukannya ada kat sini. Buat la juga 3 jenis. Janji ada :p. Gambar kiri tu biskut cornflakes masin (terbeli salted butter...ingatkan tak terasa masinnya...rupanya tetap rasa juga masinnya tu...huhu...makan je la...nak buat adunan lain tak rajin pulak :p). Kanan tu pulak biskut sarang semut. Tiada dalam gambar: biskut cornflakes bercoklat


Selang beberapa minit Azrina balik...Fatin, Ain, Irfan dan Syafiq pun sampai. Fatin je yang pakai baju raya :p


Safiyyah jadi model biskut sarang semut :D


Tak lama lepas tu Raihan dan Elfha pulak menyusul


Tahun ni tahun pertama Shakir beraya! ^_^





Tetamu terakhir yang sampai...Alif Roslan. Terlupa nak ambil gambar :p. Oh, ada 2 orang lagi anak dara; Fizah dan Hasanah yang datang beraya keesokan harinya. Macam tu je la cerita raya kami pada 1 dan 2 Syawal. Raya pun tak rasa macam raya je. Apakan daya...adat perantau!


Nota: Alhamdulillah, tahun ni dapat puasa penuh lagi ^_^


Saturday, August 27, 2011

Salam Aidilfitri 1432 H

InsyaAllah hanya tinggal 2-3 hari sahaja sebelum Ramadhan berlalu pergi. Tak bersedia rasanya nak menyambut raya. Terlalu pantas Ramadhan berlalu tahun ni. Rasanya Ramadhan baru je tiba...rupanya dah di penghujung pun. Entah berpeluang lagi entahkan tidak untuk bertemu Ramadhan yang akan datang..

Aku lihat Ramadan dari kejauhan....lalu ku sapa ia, "Hendak ke mana?"
Dengan lembut ia berkata, "Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmin. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal ..ia sudah tiba.".
Ku lihat Ramadan pergi...jauh........ 'Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi dengannya ?'
[disalin dari FB kakak senior]

Suka juga saya memetik kata-kata Ustaz Hasrizal...

"Ramadan itu tinggi nilainya kerana ia hanya sebulan dalam setahun. Allah Maha Mengetahui betapa manusia mudah mensesiakan sesuatu yang banyak, mudah, sentiasa ada, seperti nikmat 'biasa-biasa' pada 11 bulan yang berbaki"

Sungguh benar bagai yang dikata. Kita banyak mensia-siakan baki 11 bulan yang lain. Aduhai...


Di kesempatan yang ada, saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog ini. Mohon maaf andai ada yang terguris dengan kata-kata saya sepanjang saya berblog. Maaf juga selama sebulan ini saya menyepikan diri dari dunia blog. InsyaAllah nanti saya kembali aktif semula :)





Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua muslimin dan muslimat!
Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan anda semua..
Mohon maaf zahir dan batin.