Saya suka video ni! Pertamanya, mesejnya yang bagus. Keduanya, ada bahagian dalam cerita ni membuatkan saya mengimbau beberapa kenangan manis saya bersama sahabat-sahabat saya di alam kampus dahulu.
Saya tak nak ulas jalan ceritanya. Kalian boleh tengok sendiri dan fahami sendiri mesej yang ingin disampaikan. Cukup saya katakan, perkara sebegitu kerap kali terjadi terutama dalam kalangan keluarga sendiri. Saya juga tidak terkecuali melakukan kesilapan yang sama. Kena lebih banyak muhasabah diri.
Saya tertarik dengan bab makan dalam talam/dulang dalam cerita tu. Benar-benar menggamit memori. Seingat saya, saya mula 'diperkenalkan' makan dalam talam ketika saya di alam sekolah menengah. Kurang ingat pula saya sama ada di tingkatan 3 atau tingkatan 4. Waktu itu saya mengikuti kursus motivasi. Lupa pula saya siapa penganjurnya.
Dalam program tu, setiap kali waktu makan, memang kami akan makan dalam talam. Satu talam berkongsi 5-6 orang. Mulanya terasa geli. Al-maklumlah, itulah kali pertama makan dalam talam beramai-ramai. Tapi lama-lama seronok pula ^_^. Talam licin. Tiada pembaziran.
Itulah kali pertama dan itu juga kali terakhir saya makan dalam talam sehinggalah saya menjejakkan kaki ke alam kampus. Seingat saya, kali pertama saya makan dalam talam di kampus adalah di masjid dalam bulan Ramadhan. Selepas tu dah tak terkira dah berapa kali saya makan dalam talam secara berjemaah ^_^. Anehnya, walaupun makanan dalam talam sikit, ia cukup untuk membuatkan semua orang kenyang. Mungkin ada keberkatan di situ.
Di penghujung cerita ada satu perkara yang membuatkan saya rindukan sesuatu. Rindu makan bersuap dengan sahabat-sahabat saya. Dah jadi lumrah bagi kami makan bersuap setiap kali makan dalam talam. Mula-mula belajar makan bersuap pun saya geli juga..hihi. Saya kira itu perasaan biasa yang semua orang alami ketika baru belajar makan bersuap sesama sahabat/kawan (sejantina ye!).
Rasanya makan bersuap hanya lumrah bagi sesama wanita tapi janggal bagi sesama lelaki macam video tu. Biasa la, wanita kan kaya dengan emosi dan perasaan ;). Lelaki sifatnya lain. Tu pun dalam video tu suap guna sudu je. Kalau disuap kawannya dengan tangan, saya cukup yakin 'pelakon' tu geli nak buat..hihi..
Nota 1: Saya menaruh harapan tinggi agar cerita sebegini diterbitkan dan ditayang di kaca TV suatu hari nanti
Nota 2: Sekalung tahniah buat semua yang menjayakan video ni. Semoga Allah memberkati usaha mereka
Nota 3: Video ni bukan sahaja berjaya mengganit memori tapi juga membuatkan air mata saya menitis :p