Pages

Wednesday, November 11, 2009

Terbongkarnya suatu penipuan

"masih dalam keadaan terkejut & pasti ramai lagi akan terkejut...amat memilukan & memalukan..."

"akan menyampaikan sesuatu pada semua walaupun pahit & memilukan...nantikanlah..."


Awal bulan baru ni saya terbaca 2 ayat tu di status salah seorang kawan di Facebook. Masa tu memang tertanya-tanya dan ternanti-nanti apa sebenarnya yang dia nak sampaikan. 5 hari lepas baru la dapat tahu...ada orang dah menipu rupanya! Bawah ni cerita lanjut yang saya copy paste (dengan izin) daripada Facebook Saiful...sebagai pengiktibaran buat kita semua...


Assalamualaikum & salam sejahtera

Kepada yg berkenaan.

Saya Md Saifullizan Bin Razali merangkap Exco Kelab Remaja Lestari Jabatan Mufti Pulau Pinang secara peribadi memohon maaf atas penyebaran memohon bantuan kewangan pembiayaan kepada Mohd Naim Bin Mohd Nasir bagi rawatan serta kos pembedahan jantung di IJN, saya lampirkan laporan polis & surat penafian yg di faks kan oleh pihak IJN...

MT & AJK Kelab Remaja Lestari Jabatan Mufti Pulau Pinang telah serta merta membuat keputusan mengugurkan keahlian saudara Mohd Naim serta merta.

Tujuan memaklumkan di dalam FB ini adalah rasa tanggungjawab saya utk memaklumkan kepada semua pihak untuk menghentikan penyaluran sumbangan kepada akaun Mohd Naim...

Erti persahabatan & ukhwahfillah adalah bermakna tetapi janganlah kita menyalahgunakannya.Semua di dalam FB ini mungkin boleh merasai perasaan kami semua sekiranya anda diperdayakan oleh seseorang yang bergelar KAWAN/Sahabat ..membantu di kala susah...


Sebelum ni memang saya maklum cerita si Naim tu yang sakit jantung. Saya tak sempat kenal pun dengan si Naim tu sebab saya dah tak aktif dalam KRL sejak kahwin tapi atas dasar kemanusiaan, saya turut menumpang simpati atas 'keuzuran' dia. Sekali dapat tahu rupa-rupanya dia menipu! Terkejut, geram, marah - semuanya bercampur aduk!marah

Bawah ni laporan polis yang telah dibuat:

Laporan polis


Then saya mesej salah seorang lagi AJK KRL, nak tahu cerita macam mana si Naim tu boleh terkantoi. Sebelum diorang dapat tahu yang sebenarnya si Naim tu menipu, AJK KRL dan NISA' dah bersusah payah dapatkan bantuan kewangan untuk si Naim tu, siap lancar tabung khas untuk dia lagi. Tak lama lepas tu ada orang bagi maklumat...katanya si Naim tu kaki tipu. Masa tu pulak diorang dah bagi RM 2,500 kat Naim tu...

Bila ada orang bagitau yang si Naim tu kaki tipu, diorang pun faks la surat yang diorang dapat daripada Naim (refer surat di bawah) ke IJN. Memang betul la rupanya dia menipu je! IJN dah sahkan yang dia takde dalam senarai pesakit.

Surat yang diberi Naim kepada AJK KRL yang konon-kononnya daripada IJN



Surat pengesahan pemalsuan dokumen IJN oleh pihak IJN


Lepas tu, diorang pun gi cari Naim dan dapat tangkap dia. Lepas duk bersoal jawab, diorang terus bawa si kaki tipu tu ke balai. Rupanya, semua yang dia cerita tu semuanya tipu! Sekarang ni tak tahu la apa kesudahannya. Masih di balai atau dah dilepaskan...wallahua'lam...

Insiden ni betul-betul jadi pengajaran buat kita semua. Sebelum buat keputusan atau ambil apa-apa tindakan, kena selidik dulu betul-betul. As for him (Naim atau sesiapa sahaja yang suka menipu)...dia dah meragut kepercayaan orang padanya. Andainya 1 hari nanti dia betul-betul perlukan bantuan...masa tu takde sape dah yang akan tolong dia. Bukan saya doakan, tapi itu fitrah kehidupan...hidup ni kan ibarat roda...ada kala kita di atas, ada masa kita di bawah...what goes up must come down...

Mudah-mudahan dia sedar akan kesilapan diri dan insaf atas perbuatannya tu...

Monday, November 9, 2009

Makan malam di Antelope Park

Jumaat lepas kami ke Antelope Park; makan-makan dan sembang-sembang senyumkenyit. Department suami saya (entomology) organized dinner untuk semua staf dan graduate student entomology. Kami pun turut serta juga. Bertolak dari rumah lepas solat Maghrib, dalam pukul 6 lebih. Luckily for us, waktu solat Maghrib sekarang ni semakin cepat, takde la kami kelam-kabut sangat encem.

Waktu solat terkini di Lincoln


Sampai-sampai je dewan, dah ramai dah orang. Terus kami letak dan susun makanan atas meja yang disediakan. Oh ye, untuk dinner tu setiap orang bawa makanan masing-masing; pot luck style. Saya hanya buat bihun sup dan bingka jagung je. Psstt...bingka dalam bahasa Inggeris apa ye soal. Dah tak tahu sangat, saya tulis je corn cake. Ehe...pandai-pandai je! jelir

Setiap orang diberi kepingan kertas kecil macam atas tu untuk tulis nama makanan


Sementara tunggu semua orang sampai, semuanya duk sembang-sembang. As usual, Safiyyah nangis bila ramai-ramai camtu lebih-lebih lagi bila orang duk tegur/agah dia. Dari awal kami sampai, suara dia je dengar...huhu. Tak pasal-pasal ummi dan papanya jadi glamour sengihnampakgigi. Masa duk melayan Safiyyah, ada sorang budak perempuan ni datang tegur saya...

Girl: Helo!

Me: Helo!

*sambil-sambil agah Safiyyah, dia sembang dengan saya*

Girl: Oh, I like this (refer to my brooch)...it's beautiful! (credit to Dr. Coswald @ Nasri for those brooch...hadiah sempena hari perpisahan saya dulu senyumkenyit)

Me: Thank you senyum

Girl: Why is she crying? I think she's hungry...

Me: Oh no, she's not hungry senyum

Girl: Or...maybe she wanna sit in there (refer to the car seat). Put her in there and I'll bounce her...

*rasa serba salah lak nak menghampakan permintaan budak tu, saya ikut je la* kenyit

Girl: See...I told you...she wanna sit in here...

Hehe...senyum je la saya masa tu. Safiyyah senyap hanya beberapa saat je pun, lepas tu sambung balik nangis.. nangih

Girl: What is your name?

Me: Nadiah senyum. What's yours?

Girl: *alamak, saya lupa la nama budak tu*...I'm Dr. Fred's granddaughter. There...he's stand over there...

Me: Ooo...how old are you?

Girl: I'm 10 years old...


Baru 10 tahun rupanya hah! Ramah sungguh! Cara dia cakap macam orang dewasa je. Tak macam budak umur 10 tahun pun star.

Tak lama lepas tu pulak dengar suara emcee. Ayatnya lebih kurang macam ni:

Emcee: ...It's 7 now and everyone's here. So, let's eat!

*Semua orang bertepuk tangan tepuktangan*.

Dalam hati saya masa tu: "Hah? Macam tu je?"

Saya duk bayangkan ucapan-ucapan yang berjela-jela panjangnya sama macam dalam program-program yang pernah saya attend sebelum ni. Serius! Tak kira la program tu namanya Jamuan Aidilfitri sekalipun, semuanya ada sesi berucap. Sekurang-kurangnya 3 orang mesti bagi ucapan; emcee, pengarah program dan presiden kelab/ketua jabatan. Ucapan masing-masing dah le berjela panjangnya, paling sekejap pun 5 minit tapi selalunya lebih daripada tu. Perut masa tu tengah berkeroncong, tak fokus pun apa yang diucapkan. Untuk 2-3 minit pertama, orang dengar la jugak ucapan-ucapan tu tapi lepas tu semuanya tak senang duduk dah.

Masing-masing duk berbisik, "Lapar la...bila boleh makan ni...?" Al-maklum le, dari awal lagi dah kosongkan perut...mana le tak lapar! lapar

Foods


Sesi mengambil makanan


Saya terpaksa makan bergilir-gilir dengan suami saya sebab Safiyyah tak nak diletak langsung. Saya hanya makan nasi beriani dan ayam percik Hafiz/Izza je. Yang lain-lain tu tak berani nak makan sebab tak tahu ingredients makanan-makanan tu semua. Mujur le Hafiz pun 1 department dengan suami saya. Kalau tak jawabnya...sendiri masak, sendiri bawak, sendiri makan! sengihnampakgigi

Giliran papa Safiyyah pulak makan. Safiyyah masa ni tengah makan baby carrot


Bingka jagung = Corn cake...? jelir


Bihun ada lagi tapi supnya (dalam periuk - Dah takde mangkuk besar, dengan periuk sekali kami bawa senyumkenyit) dah habis! Diorang ambil bihun sikit (sangat) je tapi supnya penuh 1 mangkuk sengihnampakgigi


Lepas makan, slot persembahan lak. Wakil setiap negara buat persembahan masing-masing. Suami saya mulakan dengan cerita serba ringkas tentang Malaysia dan lepas tu diikuti dengan nyanyian lagu Rasa Sayang beramai-ramai...



Dari kiri: Muzammil, Suhaizi, Hafiz, Syafiq, suami saya dan Sek Yee
Sek Yee, suami saya dan Hafiz je student entomology, 3 orang lagi diimport khas untuk nyanyi lagu Rasa Sayang
sengihnampakgigi


Diorang mula nyanyi je Safiyyah pun mula menangis padahal sebelum tu dia ok je. Nampak sangat diorang nyanyi tak sedap ihikhik. Meh tengok video bawah ni:




Tak dapat rekod sampai diorang habis nyanyi sebab Safiyyah menangis...semua orang duk tengok...Silvana pun duk tergelak-gelak...huhu...Safiyyah ni saje je buat ummi dia jadi tumpuan malu. Visual tak berapa elok sebab sebelah tangan dukung Safiyyah dan sebelah tangan lagi pegang kamera..

Wednesday, November 4, 2009

Jejak kasih

Minggu lepas dengan tak disangka-sangka saya 'bertemu' kembali dengan kawan-kawan sekolah rendah dulu di Facebook. Lepas sorang, jumpa pulak sorang lagi, dan lepas tu lebih ramai lagi. Serius saya tak sangka yang saya akan bertemu dengan mereka semua balik selepas 15 tahun walaupun hanya di alam maya. Seronok sangat rasanya dapat jumpa balik!

Masa sekolah rendah saya bersekolah di SK (2) Taman Keramat, KL. Habis je UPSR saya dan keluarga pindah ke Serdang, tu yang lost contact dengan diorang semua. Hanya 5-6 orang je yang saya masih keep in touch melalui surat (zaman saya sekolah rendah dulu mana la ada emel dan mana la ada yang pakai handset senyumkenyit...zaman sekarang ni rasanya budak sekolah rendah pun dah pakai handset, mungkin lebih canggih lagi dari handset kita angkatkening).

Masa sekolah menengah dulu rajin juga la duk berutus surat tapi makin lama, makin malas pulak. Tapi setiap tahun kami tak pernah missed bagi kad raya. Bila dah masuk KMPP (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang) dan USM, saya lost contact pula dengan kawan-kawan saya tu. Entah kat mana silapnya tak pasti pula saya. Hanya 2 orang je yang terus berhubung dengan saya; Kam Maria dan Zurina Azita.

Lepas tu saya 'jumpa' balik dengan Aina Fazlina dan Siti Zuhaini. Tak ingat lak saya macam mana saya boleh berjumpa dengan Aina. Zuhaini ni dulu antara yang saya duk contact guna surat tapi lepas tu tiba-tiba je dia 'hilang' tanpa khabar berita. Tup, tup, dia terjumpa blog saya! Tak sangka sungguh!

Ada pulak yang memang saya jumpa betul-betul depan mata. Kalau tak silap, masa tu saya 1st year student di USM dan tengah jaga kaunter persatuan...pastu tak semena-mena ada sorang student lelaki datang kat kaunter tu. Lebih kurang macam ni la dialog antara kami:

KA: Awak ni dulu masa sekolah rendah sekolah kat Taman Keramat, kan? SK (2) Taman Keramat...

NS: *hanya mengangguk kepala*

KA: Ni Nadiah, kan?

NS: *angguk-angguk lagi kepala*

KA: Ingat saya lagi tak?

NS: *geleng-geleng kepala*

KA: Ashraff...ingat tak? Ketua kelas dulu...

NS: Tak...

KA: Ingat tak lakonan cerita Snow White dulu? Yang jadi prince tu...?

NS: Ooo...baru ingat! jelir Eh, macam mana boleh cam saya pulak?

KA: Muka awak tak berubah...sama je macam masa sekolah rendah dulu..


Hehe...haru sungguh masa tu. Memang saya tak ingat langsung sape ketua kelas saya dulu. Bukan tu je...saya langsung tak ingat pun nama Khairul Ashraff tu! Rasa macam tak pernah wujud je dalam kelas saya dulu nama tu jelir. Teruk betul la saya ni! Tapi tu la...sebenarnya banyak memori masa saya sekolah rendah dulu yang saya tak ingat. Tak tau la kenapa. Lagipun saya ni jenis pendiam...bukan jenis rajin bersembang, apatah lagi dengan kawan-kawan lelaki! Mana le saya nak ingat. Nasib baik saya ingat lagi cerita Snow White tu sengihnampakgigi. Tak ingat la lakonan tu sempena apa tapi saya memang ingat sape yang pegang watak hero dan heroin masa tu. Saya tak terlibat pun dalam lakonan tu, jadi penonton je kenyit.

Tak sangka kami boleh jumpa di USM. Lepas kahwin, baru saya tahu yang KA (Ashraff tu lebih dikenali dengan nama KA kat USM) tu baik dengan suami saya...1 school lak tu! Yang lawaknya, masa dia datang ke kenduri di Serdang dulu (kawan-kawan suami saya ramai yang datang ke Serdang sebab Kelantan jauh), baru dia tahu nama Nadiah yang tercatat dalam kad kahwin tu saya orangnya!

KA: Le...Nadiah ke...?

Hehe...ingat lagi ayat KA masa tu. Dia tak sangka kot kawan dia (suami saya) kahwin dengan saya. Masa tu KA pun dah nak kahwin dah dan sekarang ni dia pun ada anak sorang senyum.


Oh...berbalik pada 'pertemuan' saya dengan kawan-kawan sekolah rendah saya di Facebook...macam-macam la yang kami duk sembang. Masing-masing duk imbau balik peristiwa masa sekolah rendah dulu dan baru saya dapat ingat sikit demi sikit kenangan di waktu sekolah rendah dulu. Ada yang mencadangkan buat gathering tapi nak kumpul lebih ramai lagi yang masih hilang jejak. Dalam kami duk sembang tu, baru dapat tahu salah seorang dari kami dah pergi mengadap Ilahi. Arwah Abu Zahar meninggal beberapa tahun lepas, accident langgar lari...inna lillah wa inna ilayhi rojiun...moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan-insan yang beriman...ameen...


Gambar-gambar bawah ni la yang dah 'mempertemukan' kami semula. Kredit buat Faezan sebab bersusah payah scan gambar-gambar ni dan upload di Facebook. Saya amat menghargai photo tagging di Facebook. Melalui photo tagging tu la kami 'bertemu' kembali...after 15 years!


Darjah 3
Saya berdiri di belakang sekali...yang ke-3 dari kiri




Darjah 4
Saya berdiri di belakang sekali...yang ke-6 dari kiri




Darjah 5
Saya duduk...yang ke-3 dari kiri



Harapnya saya dapat bertemu dua mata dengan diorang semua 1 hari nanti. Rindu pulak zaman sekolah rendah dulu...love

Sunday, November 1, 2009

Daylight Saving Time (DST)

Antara dialog suami isteri pagi tadi:

Suami: Hari ni Daylight Saving...jam kat komputer tu betul dah tu..

Isteri: soal. Apa bang? Day apa?

Suami: Daylight Saving...hari ni jadi lambat sejam...

Dengan muka blur, si isteri bertanya lagi: Hah?? Apa tu? Kenapa hari ni lambat sejam lak?

Suami: Kenapa?? La...dah peraturan dia camtu la...

Isteri: *bertambah-tambah blur* tapi sempat berkata dalam hati, "Eleh...entah-entah abang pun tak tahu...kalau tak tahu cakap je la tak tahu garupale." jelir

Dek kerana tak puas hati dengan jawapan yang diberikan suami ditambah dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, si isteri pun mencari maklumat di internet...

Akhirnya...

baru la si isteri dapat jawapan yang sebenar! peace


Saya pun baru je tahu pasal Daylight Saving Time (DST) pagi tadi macam si isteri di atas tu sengihnampakgigi. Masa on laptop ni tengok jam lewat sejam lak. Ingatkan laptop ni 'buat hal' lagi macam hari tu...rupanya jam tu memang betul dah! Mujur saya tak 'betulkan' masa kat laptop ni tadi.

Menurut En.Wikipedia:

Daylight saving time (DST; also summer time in British English) is the practice of advancing clocks so that afternoonshave more daylight and mornings have less. Typically clocks are adjusted forward one hour nesr the start of spring and are adjusted backward in autumn. Modern DST was first proposed in 1895 by George Vernon Hudson, a New Zealand entomologist. Many countries have used it since then, details vary by location and change occasionally......

...and bla..bla..bla...nak baca lanjut, klik link kat atas tu ye sengihnampakgigi.

Boleh juga baca di sini (kes malas nak cerita balik/copy paste le ni senyumkenyit).

Oh ye, DST di US ni bermula pada jam 2 pagi hari Ahad ke-2 bulan Mac dan berakhir pada jam 2 pagi hari Ahad pertama bulan November (di negara-negara Western Europe lak bermula pada jam 1 AM hari Ahad terakhir bulan Mac dan berakhir pada jam 1 AM hari terakhir Ahad bulan Oktober). Maksudnya hari ni la berakhirnya DST tu. Start hari ni masa dah kembali ke standard time. Isy, faham ke tak ayat saya ni ye...? Baca kat link yang saya bagi rasanya lebih mudah faham kot...

Bawah ni pula menunjukkan negara-negara yang masih menggunakan DST, yang dah tak lagi menggunakan DST, dan yang tak pernah ada DST: