Ini aktiviti kami penghujung Jun yang lalu. Bukan bantai orang ye. Bantai makan ^_^. Tak tahu la kenapa dinamakan begitu. Menurut kata Kak Ellie, ini adat orang Melaka sebelum Ramadhan menjelma. Tak pasti sama ada semua orang Melaka atau sebahagian sahaja yang buat aktiviti Petang Membantai ni. Ini adalah kali kedua kami terlibat dengan aktiviti ni. Kali pertama adalah pada tahun lepas dan itu juga merupakan kali pertama saya dengar istilah Petang Membantai.
Petang Membantai ni hanya alasan untuk berkumpul beramai-ramai dan menjamu selera je sebenarnya ^_^. Nak berkumpul tanpa sebab tu agak susah sikit. Tambah-tambah, aktiviti makan-makan begini, harus la kami tak menolaknya. Masa ni la dapat merasa masakan orang lain. Jemu dah makan masakan sendiri. Tahun ni pun aktiviti ni dibuat di Omaha, sama seperti tahun lepas. Kalau tahun lepas dibuat di rumah Kak Ellie, tahun ni pula dibuat di rumah Kak Arfah.
Aktiviti ni bermula jam 4 petang tapi dah pukul 6 petang baru kami sampai di rumah Kak Arfah..huhu. Dekat je Lincoln dengan Omaha. Sejam perjalanan menaiki kereta tapi pagi tu suami saya hantar kereta ke bengkel untuk dibaiki. Punya la lama baru selesai urusan baiki kereta. Tu yang sampai lambat tu.
Makanan! Pelbagai jenis dari tukang masak yang berbeza (potluck). Ini pun ada yang tak diambil gambarnya. Gambar-gambar ni semua dari kamera Kak Ellie. Saya tak sempat nak ambil gambar makanan sebab lewat sampai. Kali ni saya bawa pavlova.
Makan, bersembang, makan, bersembang, makan lagi... :p
Anak-anak