Pages

Tuesday, January 29, 2013

Pakai kopiah tapi...

...peha terdedah! :p


Dia sendiri yang pakai kopiah tu. Kalau pakai kopiah mesti ke depan kopiahnya sampai nak tutup mata..hihi. Kasut pink tu kasut kak long dia dulu :D.



Pesan ummi:
Kawasan antara pusat dan lutut wajib ditutup bagi lelaki ye Shakir. Kopiah tu sunat je. Kecil ni tak apalah. Dah baligh nanti tak boleh pakai macam ni dah.


Monday, January 28, 2013

Resipi: Caramel praline cheesecake

Seminggu tak update blog. Kurang rajin pula nak buat entri baru. Hari ni layan resipi ye :). Caramel praline cheesecake ni saya buat sewaktu majlis hari lahir Safiyyah yang disekalikan dengan majlis meraikan Raihan dan Alif Roslan pada 11 Januari lepas. Pada peminat cheesecake, bolehlah cuba buat kek ni...insyaAllah tak mengecewakan ;).





Caramel praline cheesecake
by Mark Jones

7 whole graham crackers
1/2 cup chopped pecans, toasted
6 tablespoons butter, melted

Filling:
4 packages (8 ounces each) cream cheese, softened
1-1/2 cups sugar
1/4 cup all-purpose flour
5 eggs
2 cups (16 ounces) sour cream
1/4 cup milk
1 tablespoon vanilla extract

Topping:
1 cup sugar
1/4 cup water
1 cup heavy whipping cream
1 tablespoon butter
1 teaspoon vanilla extract
1/2 cup pecan halves, toasted


  1. Place a greased 10-in. springform pan on a double thickness heavy duty foil (about 18. in square). Securely wrap foil around pan.
  2. In a food processor or blender, combine graham crackers and pecans; cover and process until fine and crumbly. Stir in butter. Press onto the bottom of prepared pan. Chill for 30 minutes.
  3. In a bowl, beat cream cheese and sugar until smooth. Beat in flour. Add eggs, beating on low speed just until combined. Stir in sour cream, milk and vanilla. Pour into crust.
  4. Place springform pan in a large baking pan; add 1 in. of hot water to larger pan. Bake at 325'F for 75-80 minutes or until center appears dull. Remove springform pan from water bath. Cool on a wire rack for 10 minutes. Carefully run a knife around edge of pan to loosen; cool 1 hour longer. Chill.
  5. For caramel topping, gently stir sugar and water in a heavy saucepan over medium heat until melted, about 15 minutes. Without stirring, cook until golden brown.
  6. Reduce heat to low; gradually add cream (melted sugar will harden). Cook and stir until sugar is completely melted. Continue to cook and stir over medium heat until a candy thermometer reads 225'F. Remove from the heat; stir in butter and vanilla. Cool to room temperature.
  7. Spread topping evenly over cheesecake (do not scrape sides of pan). Garnish with pecan halves. Refrigerate overnight. Remove sides of pan.




Nota:

  1. Saya guna springform pan saiz 9 inci. Jadinya, karamelnya banyak sampai meliputi hampir keseluruhan keliling kek :).
  2. Suhu karamel tu saya main agak-agak je sebab tak ada candy thermometer (haruskah beli satu? :p).
  3. Resipi ni saya ambil dari buku ini:



Monday, January 21, 2013

Berkenalan dengan si ketam

Salah satu aktiviti si anak teruna bulan lepas. Berkenalan dengan ketam ^_^.


Mula-mula tengok dulu. 


 Lepas tu cuit-cuit sikit.


Dah berani angkat! Bravo! ^_^


Si ketam ni hidup lagi ni cuma dah terlalu lemah...dah tak mampu nak mengetip dah...tu yang berani bagi Shakir pegang. Sengaja nak bagi dia kenal ketam dan nak tengok reaksinya. Safiyyah masa ni baru bangun tidur...buat tak layan je dia apabila ditunjuk ketam padanya..tengah mamai lagi..hihi..


Muka puas hati dapat pegang ketam ^_^.



Selingan:
Ada produk tambahan di Wans Wanz Shop. Jemputlah ke sana :). InsyaAllah lepas ni akan dimasukkan juga beberapa jenis car seat dan breastpump :). Tempahan untuk shipping hujung bulan Februari ni masih diterima. Kalau lambat, kena tunggu shipping seterusnya dalam bulan Jun, insyaAllah.

Sunday, January 20, 2013

Safiyyah's 4th birthday bash

Majlis yang serba sederhana dan ringkas untuk anakanda yang sulung sempena 4 tahun usianya :). Betul-betul ringkas kali ni. Jemputan tak ramai, juadah juga yang ringkas sahaja. Jadilah, janji dapat juga Safiyyah diraikan seperti 3 tahun sebelum ni :). Hari lahir Safiyyah 2 Januari tapi majlisnya hanya dapat dibuat pada 11 Januari; semester baru dah bermula pun masa tu.




Menu yang ringkas. Saya hanya masak bihun goreng dan lasagna sahaja. Yang lain tu dibuat oleh orang lain. Makaroni bakar daripada Kismi, burek/borek (makanan Turki) daripada Husna dan roti jala daripada Elfha. Elfha macam tahu-tahu je saya teringin makan roti jala ^_^. Terfikir juga nak buat roti jala untuk majlis Safiyyah ni tapi difikir-fikir balik, tak jadi. Tak larat nak berdiri lama-lama 'menjala' di dapur. Dapat tahu Elfha nak buat roti jala, gembira rasa hati ^_^.


Birthday girl.


Dua jenis kek lagi yang dicuba kali ni. Caramel praline cheesecake (kanan) dan Coconut-filled nut torte (kiri). Suami saya sukakan kedua-dua kek ni! Dua-dua sedap katanya, alhamdulillah :). Resipi insyaAllah saya kongsikan dalam entri lain :)


Sesi potong kek.


Mereka yang juga diraikan. Raihan (tengah potong kek) dan Alif Roslan (berdiri di kiri) yang sudah pun menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Tahniah Raihan! Tahniah Alif! Di saat ni Raihan dah pun selamat berada di Malaysia. Alif pula insyaAllah akan pulang ke tanahair sebelum hujung bulan ni.