Pages

Tuesday, March 31, 2009

Radix Fried Chicken (RFC)

sumber




22hb lepas saya sekeluarga sempat singgah di RFC Sg. Petani dalam perjalanan ke Tanjung Dawai. Tapi saya, suami dan anak hanya menunggu dalam kereta. Bimbang kalau-kalau Safiyyah meragam dalam restoran tu. Punya la lama kami tunggu baru la nampak kelibat mak dan ayah keluar dari restoran berkenaan.



"Lamanya," ayat pertama saya sebaik sahaja mak dan ayah masuk dalam kereta.



"Ramai sangat orang. Staf pulak tak ramai...diorang pergi lunch. Staf yang ada tu pulak slow sangat buat kerja. Mak rasa macam nak pergi tolong je. Sepatutnya dia tak boleh macam tu, dah la orang tengah ramai," ujar mak panjang lebar.



"Staf tu banyak sangat mengelamun. Ralit tengok orang," tambah ayah.



"Mak belikan air coklat untuk Nadiah," kata mak sambil menghulurkan bungkusan plastik pada saya.



"Aik...tadi kata nak belikan float," ujar saya kehairanan.



"Staf tu la lambat sangat. Malas mak nak tunggu lama. Rasa nak pergi tolong je," mak mengulang ayat yang sama.

Itulah antara perbualan kami anak beranak. Mungkin nampak 'simple' tapi ada maksud yang tersirat. Customer is always right. Andai kata tiada penambahbaikan yang dibuat, kebarangkalian pelanggan 'lari' agak tinggi. Nak menghasilkan produk Islam bukan mudah tapi nak mengekalkannya lagi susah. Kalau berterusan dengan kerja cincai, tak mustahil akan 'hilang' pelanggan jika pelanggan sudah mencapai tahap bosan.



Tapi ayam RFC memang sedap. Nyum..nyum. Tak lama lagi cawangannya akan dibuka di Shah Alam dan Bangi. Nanti tak perlu lagi la ke Utara semata-mata nak makan ayam RFC. Jom makan ayam goreng RFC!



8 comments:

NURUL IZZA said...

Kak nadiah.,,berbeza dengan sistem di US ni. semuanya cepat dan pekerja semuanya workoholic. and...customer is always rif=ght.. kalau g market nak tukar barang ke, nak pulangkan barang ke cepat je. xbanyak soal..kalau malaysia..punyala lama dan kena cek lagi..sini kita semuanya betol..bagus kan..xbanyak songeh...

Nadiah Sidek said...

pttnya kat Malaysia esp org Islam ni kena wat cmtu gk la. kena ubah skit sistem. baru boleh maju

Za's said...

wa,...
comey blog...
huhu..
blog sy tu dah lama tak berpenunggu...
huhu

Maryam Izza said...

salams akhirnya sy dapat jugak komeh yeyeh ;)
kak nadiah tu kan first pembukaan kan jadi sy rasa sbb tu lah banyak lagi yg perlu diperbaiki terutama dr sudut perkhidmatan hehe...za betul tu kita contohi mana yg baik utk kebaikan di masa hadapan

hidup produk Islam ;)

Nadiah Sidek said...

~maryam...

a'ah...itu la...perlu dibuat penambahbaikan spy pelanggan tak lari. ari tu mak akk nk bg cdgn & teguran tp takde peti cdgn. hehe

boundaries said...

semua yg dikatakan di atas adalah benar..saya sekadar menyokong kenyataan di atas..sebab kedang penat tengok depa ni wat keje (sebab slow), cuma kite jer yg tak de rasa penat utk terus menyokong..dan mudah-nudahan kita sentiasa dan terus menyokong..

layla_elyas said...

kak..betul eh nak di buka di shah alam n bangi..teringin nak singgah..hehe..

Nadiah Sidek said...

boundaries: yup..mari sama2 menyokong

layla: a'ah..insyaAllah akn dibuka di sana ;)