Alkisahnya, tahun lepas (tak ingat la bulan berapa) saya menerima 1 panggilan. Wakil daripada Anmum katanya. Dia ucap tahniah dan terima kasih sebab dah jadi ahli Anmum.
"Hah?" terpinga-pinga saya dibuatnya.
"Ada tak Puan Nadiah isi borang keahlian Anmum sebelum ni?" wakil tu bertanya. Terkejut dengan respon awal saya barangkali.
Dengan yakinnya saya jawab, "Takde."
"Mungkin suami puan yang daftarkan puan agaknya," kata wakil tersebut.
"Ye ke abang yang daftarkan? Dia tak bagitau apa-apa pun. Ke...saje nak buat surprise...?" hati saya berkata-kata.
"Puan...saya nak ambil masa puan sikit boleh tak? Ada beberapa soalan yang saya nak tanya. Nak buat survey berkaitan Anmum," wakil tu meneruskan bicaranya.
"Ok," jawab saya ringkas.
Macam-macam la soalan yang ditanya pada saya masa tu. Sejak bila minum susu Anmum la, berapa gelas sehari la, diberi juga nasihat tentang kepentingan susu bagi ibu mengandung dan pastinya tak lupa promote kelebihan Anmum!
Bila suami saya sampai di rumah, saya pun tanya la sama ada dia yang daftarkan saya.
"Mana ada," jawab suami saya bersahaja.
Mulanya saya ingatkan dia main-main. Berulang kali saya tanya benda yang sama, "Betul ke bukan abang yang daftarkan?"
"Eh, takde kerja la abang nak buat benda-benda camtu," itu jawapan suami saya.
"Kalau bukan abang, siapa pulak yang daftarkan ni?" saya 'pening' memikirkan jawapannya.
Lama-lama persoalan siapa yang mendaftarkan saya dilupakan begitu saja. Sehinggalah kejadian yang berlaku baru-baru ni...
Saya menerima sepucuk surat daripada Hong Leong Bank. Awal bulan ni kalau tak silap saya. Surat tu mengatakan saya boleh dapat insurans dari bank berkenaan atas sebab jadi ahli Anmum.
Tapi...saya buat tak endah je dengan surat tu. Entah di mana saya 'campak' surat tu pun entahlah.
Petang tadi sekali lagi saya menerima panggilan daripada wakil Anmum...
"Saya wakil daripada Anmum. Sebelum tu, saya ucapkan tahniah sebab dengarnya puan dah melahirkan anak. Berapa bulan dah anak puan?"
"Nak masuk 4 bulan dah," kata saya.
"Oh...nak masuk 4 bulan dah. Puan beri anak puan minum susu Anmum atau susu formula jenis lain?" tanya wakil tu lagi.
"Saya bagi susu badan. Fully breastfeed," saya menjelaskan.
"Ooohh...," macam kecewa je bunyinya.
"Puan ada terima tak surat daripada Hong Leong Bank pasal insurans tu?" tanya wakil tersebut.
"Ada," jawab saya pula.
"Puan boleh terima insurans tu secara percuma selama setahun...bla...bla..bla..." panjang lebar wakil tu menerangkan tapi hanya beberapa ayat je yang masuk ke kepala saya.
"Sekarang ni pulak kami ada buat program baru. Khas untuk anak-anak. Kalau anak puan menghidapi mana-mana 12 jenis penyakit yang disenaraikan dalam program ni, atau anak puan kemalangan ke, kalau berlaku kematian pada anak puan ke...na'uzubillah ye puan, harap-harap tak berlaku la, puan boleh claim insurans untuk anak puan melalui program ni," ujarnya lagi.
"Tapi untuk program ni kami kenakan bayaran. Sehari RM 2 (berapa sen ntah yang disebut tadi), kalau sebulan baru RM 64 (dan sen-sen). Cara bayaran kami akan potong daripada Visa atau Master card. Puan guna yang mana satu?" wakil tu bertanya lagi.
"Saya tak pakai kad kredit," jawab saya.
"Oh...suami puan pakai kad kredit tak?" caranya bertanya seolah-olah ingin memaksa saya menyertai juga program tersebut.
"Ha..? A'ah...pakai," jawab saya lambat-lambat. Ingatnya nak jawab 'takde' tapi entah kenapa tak jadi pula. Serba salah pula nak menipu.
"Boleh puan bagi no.phone suami puan? Nanti lepas tu saya call puan semula," minta wakil berkenaan.
Saya pun bagi je la no.phone suami saya. Dengan harapan suami saya menjadi penyelamat saya. Inilah salah satu kelemahan saya. Susah nak bertegas dengan orang dalam hal-hal macam ni!
Bila suami saya balik tadi, saya pun ceritalah pada suami dari A-Z.
Bengang je suami saya dengar cerita saya. Dalam bab-bab macam ni, suami saya bukan jenis mudah nak berkompromi.
"Nanti abang nak fire diorang. Ntah dari mana la diorang dapat maklumat ni. Entah-entah klinik kot yang daftarkan dan bagi maklumat tu," suami saya cuba mengagak.
Entahlah. Saya juga tak punya jawapannya. Saya juga masih tertanya-tanya. Siapa la agaknya yang daftarkan saya jadi ahli Anmum??? Pastu tiba-tiba dapat surat mengatakan saya layak menerima insurans. Sekarang ni pula saya diminta (atau lebih tepatnya dipaksa??) menyertai program khas tu. Lepas ni ntah apa la pula agaknya...?
Nasib baik la dia tak tanya berapa tin susu Anmum saya habiskan masa mengandung dulu. Kalau la diorang tahu yang 1 tin pun tak habis (walaupun telah dipaksa oleh suami)...agak-agaknya diorang kecewa tak? Hehe...
Tapi saya tetap nak tahu...SIAPA yang pandai-pandai daftarkan saya ni???