Pages

Thursday, April 2, 2009

Masa untuk tidur...?

Malam tadi hampir jam 4.30 pagi baru dapat melelapkan mata. Entah kenapa 3,4 hari ni habit tidur Safiyyah kembali seperti dulu. Padahal seminggu sebelum ke Penang waktu tidurnya kembali normal seperti bayi yang lain. Safiyyah akan tidur pada jam 12 tengah malam dan hanya akan bangun sekali sahaja sebelum Subuh minta diisi perutnya. Tapi dalam beberapa hari ni berubah semula masa tidurnya.


Safiyyah merengek sahaja malam tadi. Sukar dia mahu melelapkan mata walaupun dah menguap banyak kali.



Entah apa la yang tak kena. Nak kata lapar, dah disusukan.




Nak kata diaper kotor, dah dibersihkan.




Nak kata kembung perut, tak pula!




Aduhai...susahnya nak faham maksud rengekan bayi!






"Safiyyah...tidur la...ummi tak larat sangat dah ni," pinta saya sambil menghenjut Safiyyah atas bouncer.





Mata saya terasa berat sekali. Jenuh menghenjutnya tapi tak tidur-tidur juga. Pernah sekali dulu saya hampir pitam gara-gara tak cukup tidur. Sejak daripada tu saya terpaksa mengubah masa tidur saya mengikut rentak Safiyyah.


Kalau Safiyyah tidur, saya juga akan tidur.



Rupanya jadi ummi ni tak semudah yang disangka. Masih banyak lagi yang perlu dipelajari.



"...Ya Allah ya tuhanku, kurniakanlah aku kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menghadapi karenah dan ragam anakku..."



Itu antara doa yang selalu saya titipkan saban hari. Bimbang berlaku sesuatu yang tak diingini seandainya kewarasan diri saya terbang entah ke mana. Anak adalah amanah Allah. Perlu saya jaga sebaik mungkin walau bagaimana susah sekalipun!


7 comments:

FaDhLi aTaRi said...

safiyah, jangan kasi susah sama ummi dan papa, okay? budak baik kan? jadikan uncle bangga, ok? :D

NaDiaH SiDeK said...

baik uncle! ~safiyyah =P

boundaries said...

salam ziarah k.nadiah...^_^penatnye dengar citer akak, semoga Allah limpahkan kekuatan dan kesabaran menghadapi serikandiummah tersayang^_^

safiyyah, kalau rajin tido cepat besar tau, dengar cakap ummi, jadi anak solehah nanti semua orang bertambah sayang...sayang dia^_^

NaDiaH SiDeK said...

ameen. tq huda=)

Maryam Izza said...

hoho bukan senang ye kak nak menjaga anak... padanlah ada keluar dlm paper sampai anak kene buang dalam tong sampah dek kerana ibu bapanya tidak tahan melayan kerenah anak... beul kata akak anak itu adalah amanah Allah yg perlu dijaga dgn baik... semoga kita menjadi seorang ibu yg sangat tabah dlm membesarkan anak anak ;)

husna said...

sian kak nadiah..semoga kak nadiah diberikan kesabaran yang tinggi..amin..caiyok!!

NaDiaH SiDeK said...

*maryam*
insyaAllah...

*husna*
ameen...