Pages

Friday, April 24, 2009

Semut oh semut

Sejak saya balik semula ke rumah sewa hujung Mac lepas, banyak pula semut api tumpang 'menginap' kat rumah ni. Sebelum ni takde pun hatta seekor! Geram betul. Asyik kena 'gigit' je! Anehnya, di mana ada air, di situ pasti ada semut! Nampaknya semut kat rumah saya ni sangat sukakan air. Mungkin disebabkan cuaca yang agak panas sekarang ni.

Yang paling kesiannya Safiyyah la. Tak tahu la kenapa semut suka sangat kat Safiyyah. 'Manis' sangat agaknya (read: sweet Safiyyah. hehe). Dah beberapa kali semut 'berduyun-duyun' datang kat dia. Entah berapa kali agaknya Safiyyah kena gigit semut. Huhu...kesiannya anak ummi!

Hari tu suami buat perangkap semut. Cotton ball dicelup dengan air gula dan kapur racun yang dihancurkan pastu letak dalam bekas kecil. Tak berkesan langsung! Sekor semut pun tak datang kat bekas tu sampai air gula jadi kering dan kapas pun dah keras.




Beberapa hari lepas tu, suami buat perangkap lagi sekali. Kali ni guna different method. Guna kapur racun je! Simple je caranya. 'Lukis' garisan pada dinding dan almari. Kalau yang berseni tu, boleh la nak lukis macam-macam ala-ala mural kat dinding tu. Hehe...






Kesannya, alhamdulillah, semut semakin berkurangan. Ada tetap ada sebab suami tak buat untuk satu rumah pun, dibuat tempat-tempat yang selalu 'dikunjungi' semut je. Saya baru tahu wujudnya kapur racun tu. Kapur tu memang beracun pada semut dan lipas. Boleh dibeli di pasar malam dengan harga RM 1 sebatang. Bentuknya sebiji macam kapur tulis yang cikgu-cikgu guna kat sekolah tu. Mulanya saya ingatkan suami guna kapur tulis. Hehe. Untung juga suami saya ambil bidang entomologi!


3 comments:

husna said...

dulu husna pon ada guna kapur racun tu gak..romate bg..lukis 1 bilik

shila said...

thanks kak nadiah, akhirnya dpt satu idea cm mane nak berperang ngan lipas yg sgt byk kat rumah sy. InsyaAllah weekend ni akan ku kerjakan. doakan sy berjaya.. hehe =) *alahai.. siap kau lipas.

NaDiaH SiDeK said...

shila...slmt berperang! hehe