Pages

Sunday, April 26, 2009

Peniaga Melayu Islam

Kadang-kala saya terkilan dengan sikap segelintir peniaga Melayu Islam (saya khususkan bangsa Melayu kerana saya tidak pasti bagaimana sikap bangsa selain Melayu yang Muslim). Bukan sekali-dua, malah berkali-kali juga membuatkan saya kecewa dengan sikap mereka.

Ada sesetengahnya susah sangat memaniskan muka dengan pelanggan. Sentiasa dengan muka yang masam mencuka! Orang nak masuk kedainya pun kena fikir 2-3 kali. Fitrahnya, semua orang rasa senang hati kalau melihat wajah seseorang yang manis dengan senyuman. Kalau dah mencuka je muka tu macam mana la pelanggan nak datang...?

Ada yang lebih teruk dari tu, bukan setakat lokek dengan senyuman malah marah-marah pula pelanggan! Hai...kalau begini la...alamatnya lari la pelanggan. Pelanggan takkan datang dah ke kedai tu untuk kedua kalinya!

Ada pula tu yang buat endah tak endah dengan pelanggan. Bila pelanggan tanya perihal sesuatu barangan, jawab acuh tak acuh je. Macam nak tak nak je jawab. Sudah la tu, tak pandang langsung pada pelanggan! Mungkin insan berkenaan terlupa agaknya yang kuasa membeli ni ada pada pelanggan...hmm...






Teringat saya peristiwa yang berlaku 2 hari sebelum menjelang Aidilfitri tahun lepas. Saya dan suami ke KL nak shopping. Bukan la shopping sangat pun, saya nak membeli tudung bidang 60 je masa tu. Kedai pertama yang saya singgah saya jumpa warna tudung yang saya nak tapi saya ajak suami survey dulu ke kedai lain. Mana la tahu kalau-kalau boleh dapat dengan harga yang murah! 3-4 buah kedai juga la kami singgah tapi takde yang berkenan di hati. Akhirnya, kami berpatah balik ke kedai pertama yang kami singgah tu...


"Akak...tengok yang ni kak. Berapa ringgit ye?" tanya saya.

"RM 25," ringkas je jawapannya.

"Tak boleh kurang ke?" tanya saya lagi.

Tanpa memandang ke arah saya, dan tanpa secalit senyuman, kakak tu hanya menggeleng-gelengkan kepala.

"Abang, tolong minta tawar harga," bisik saya pada suami. Ini satu lagi kelemahan saya, saya tak reti nak tawar-menawar!

"Akak, kurangkan la sikit harganya," pinta suami saya.

"Tak boleh. Ini tudung Donatello," jawab kakak tu pula.

"Mahal sangat ni kak. Kurang la sikit," suami saya mencuba lagi.

"Tak boleh! Tudung Donatello memang mahal. Cuba tanya kat kedai lain, mana boleh dapat harga murah," kata kakak tu sambil tersenyum sinis.

"Selalu tu boleh je," suami saya sekali lagi 'mencucuk jarum'.

"Tak boleh, tak boleh," kakak tu nampaknya tegas dengan keputusannya.

Sambil memandang ke arah saya, suami saya bertanya, "Macam mana? Nak juga ke tudung ni?"


Saya hanya mengganggukkan kepala. Saya dah keletihan masa tu. Tak termampu lagi saya nak mencari di kedai yang lain dengan perut yang semakin memboyot. Akhirnya saya beli juga la tudung tu. Seandainya saya masih ada tenaga lagi waktu tu, pasti saya gagahkan juga diri saya untuk mencari di kedai yang lain. Memang mahal pun tudung tu. Bukannya saya tak pernah beli tudung cap Donatello. Saya pernah beli dengan harga belasan ringgit je! Bila sampai rumah, baru saya perasan...tudung tu bukannya tudung cap Donatello tapi NSC! Hmm...dah rezeki kakak tu.


Kita kalau nak berniaga ni kena pandai la merebut dan menambat hati pelanggan. Buang jauh-jauh la perasaan sombong tu kalau tak nak bisnes kena gulung tikar! Tunjukkan sikap seorang Muslim yang baik. Itukan juga suatu dakwah! Cuba-cuba juga la maniskan muka dengan senyuman kerana senyuman itu sedekah! InsyaAllah kalau kena gayanya dan kualiti barangan juga baik; pelanggan akan suka, bisnes pun akan maju!


4 comments:

~mIsS_p00h~ said...

hmm...
rsnye kakak tu kurang arif k0t yang melalui bniaga pun kita boleh berdakwah sebenarnya~ :)

hatta penyapu sampah pun, kalau istiqamah menyapu & bersihkan segala sampah, dah terpamer yang Islam mengamalkan kebersihan dlm kehidupan. Mn tau, kot2 ade yg tertarik dgn Islam kerana nilai kebersihan yg sentiasa tjaga...

bg link blog nadiah kt kakak tu! heee.. :D

pali said...

salams,

husnuzan saja kak nadiah, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Jangan kerana nila setitik direndam baju abang zaki kaler takkan jadi biru. eh>>? haha

NaDiaH SiDeK said...

@ ~miss pooh~...idea yg menarik tp kite tak tau la emel kakak tu. hehe


@ pali, isy...akk bknnya menyalahkn semua peniaga Melayu Islam. mesti tak bc ayat akk betul2 ni =P. kan akk kata segelintir je. nk meniaga ni bknnya senang. kena pandai ambil hati pelanggan

p/s: abg zaki mesti suka kalu baju dia jd warna biru sbb dia suka warna biru. tak dpt akk nk bayangkn reaksi abg zaki kalu akk rendam ngan kaler pink. haha

NaDiaH SiDeK said...

@ pali, btw akk bknnya nk menyalahkn mereka, cuma rs kecewa je. luahan rs dpd seorg pembeli. huhu