Pages

Thursday, April 16, 2009

Bersalin di Az-Zahrah juga!

Semalam saya menerima khabar gembira daripada seorang sahabat saya, Siti Fatimah Berdu (Imah). Dia baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki seberat 2.6 kg kelmarin (jam 12.40 am kalau tak silap saya). Tak disangka rupanya dia pun melahirkan anak di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah! Doktor yang menyambut bayinya juga sama dengan doktor yang menyambut Safiyyah dulu, Dr. Noraini.

Tapi Imah sekarang masih di Az-Zahrah lagi, doktor belum bagi keluar. Doktor risau kot sebab Imah melahirkan anaknya secara caesarean. Hari dia nak bersalin tu dia demam. Air ketubannya dah banyak keluar dan jantung baby lak tak cukup kuat untuk bertahan lebih lama lagi. Nak tak nak kena juga la caesar. Takpe la, janji kedua-duanya selamat.


Imah dan suaminya, Roszi




Seorang lagi sahabat saya, Zakiah Abdullah juga bersalin di Az-Zahrah. Yang menariknya, Zakiah admitted sehari selepas saya discharged. Saya discharged 3 Januari, Zakiah lak admitted 4 Januari. Sungguh tak disangka! Alhamdulillah Zakiah bersalin pada 5 Januari. Baby boy. Ahmad Mujahid namanya.


Zakiah pun terpaksa caesar. Air ketubannya dah pecah tapi masih tak sakit-sakit walaupun dah diinduced. Takut baby kelemasan, takde cara lain melainkan terpaksa melalui caesarean.



Inilah Ahmad Mujahid





Mendengar cerita kedua-dua sahabat saya tu saya rasa bersyukur yang amat sangat. Bersyukur Allah permudahkan saya sewaktu bersalin. Alhamdulillah!

1 comments:

Qider said...

assalamualaikum,
saya bakal bersalin di az zahra juga ;-),boleh saya tau sahabat2 yang bersalin caeser tu,brapa kosnye ye?sbb saya kemungkinan besar caesar jugak..