Hari ni berkesempatan tengok rancangan Wanita Hari Ini (WHI). Topik yang dibincangkan adalah mengenai anak. Ada pasangan yang dah berkahwin bertahun-tahun tapi masih tak dapat anak. Ada pula yang dah dapat sorang anak tapi lama menunggu untuk dapat zuriat kedua selepas merancang keluarga terutamanya yang menggunakan suntikan ataupun pil perancang keluarga.
Saya sebenarnya terkejut dengan pengakuan salah seorang tetamu WHI tadi. Kesnya lain sikit. Alhamdulillah tetamu tu seorang yang 'subur', mudah nak 'lekat'. Dia disahkan mengandung 2 bulan masa anak sulungnya menginjak ke usia setahun. Tapi disebabkan dia dan suaminya tak bersedia nak menerima seorang lagi cahaya mata dalam masa terdekat, tambahan pula kewangan tak memberangsangkan, akhirnya diambil keputusan untuk 'mencuci' rahim (gugurkan anak). Hanya selepas tu baru dia mula merancang keluarga dan sekarang dia mengandung 5 bulan (anak sulungnya berumur 4 tahun).
Kesian baby yang digugurkan tu! Macam mana la dia sanggup gugurkan anak tu? Tak dapat akal saya menerimanya. Alasan yang diberikan lagi saya tak dapat terima. Seharusnya dari awal lagi dia merancang keluarga. Paling tidak pun, masa dalam pantang dah berbincang dengan suami hal tersebut.
Alasan kewangan juga tak patut diguna pakai untuk menidakkan haknya lahir ke dunia ni. Anak tu kan rezeki daripada Allah. InsyaAllah akan ada la rezeki untuk anak tu nanti.
"Muraaaah rezeki," bukan ke ayat tu selalu dilontarkan bila sepasang suami isteri dapat anak?
Sekalipun dia betul-betul tak mampu nak bela anak tu saat dia lahir, berilah pada orang lain untuk dijadikan anak angkat. Beri pada pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata setelah bertahun-tahun menunggu. Itu lebih baik daripada digugurkan kandungan tu!
6 comments:
Ish..tergamak org tu nak mengambil hak anak tu utk hidup...
Setiap anak tu dijanjikan rezeki masing2, kan Nad?
Syeda baru lepas tgk video maids dera anak majikan....spontaneously air mata meleleh...
sejak jadi ibu ni..ape2 je berkaitan anak, rasa oblige lak...
Kiss for you little girl! from auntie syeda..:)
itu la..tak tau la knp org tu sggp buat kptsn cmtu
p/s: dh kiss safiyyah dh=)
saya pun nak bela kandungan saya yang telah saya gugurkan 3bulan lepas..saya menyesal dengan perbuatan saya..tetapi kalau bukan disebabkan tekanan kuarge,gerenti saya masih menjaga kandungan saya, darah daging saya..tetapi semuanya salah saya dan teman lelaki yang terlanjur perhubungan..mungkin kalau kitaorg tak bersetubuh masatu, tentu dah jadi rezeki org lain yang kepingin betul nak dapat anak..bukan saya tak hendakkan kandungan saya..saya nak sangat lahirkan dia..sepanjang mengandungkan dia, saya rasa happy sangat..!Saya makan makanan sehat2..rasa tak sabar nak tau apa jantina dia,macamana rupa dia..TAPI
tup..tup..
saya dihantar pi smbung kolej leh kuarge saya..nak tak nak,have to go..salah saya skale lagi sbab tak trus terang awal2 tntang kandungan saya..bila dah msuk college,papa dh byar smua kperluan kolej saya jdi takut sangat nak trus terang..tak lama lepas tu, boyfriend saya pnya mak jatuh sakit (msalah jntung),jdi kitorg pun tmbah tkut nak trus terang. Then, kitorg putuskn tuk gugurkn..
Unfortunately, I was not happy when I saw my baby coming out of my wombs..I was full with guilt!Masa tu la saya tringatkn Allah..betapa berdosanya saya mmbunuh insan yg tak berdosa yang msih dalam proses pembentukkan..
tujuan saya tulis semua ne bukan sebab nak kata saya okay je lepas gugurkan..tak~ saya nak share pengajaran kat korang semua diluar sana tu, evenso korg "accident", korg have to trus terang ngan family..malu ke tidak,u have to do it..sedar2 sikit eyk akn dosa kita yang dah brzina jgn nak membunuh plak..
Parents/family/kawan setentunya akan pandang serong pada kita kalau kawen accident ne. tapi solannya sini,,sanggupkah kamu2 nak tanggung dosa and merasa sengsara mengingatkn perbuatan dosa kamu tu?? kalau tanya saya, I am surely tak sanggup okay..its too much! i wish i could rewind the time and undo my sins or bring back my baby to life..
p.s. suppress sex for non-married one.
anonymous: terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dan sekaligus memberi pengajaran kepada kami semua. alhamdulillah, anda dh sedar dgn kesilapan dan dosa lalu tapi saya rasa tak perlu la dikenang sgt. byk2kn mohon ampun dr Allah..insyaAllah tak rugi sbb Allah Maha Mendengar dan Maha Pengampun. jgn diulang kesilapan lalu dan mulakan hari yg baru. takde siapa pun terlepas dpd berbuat dosa. mdh2an kita semua diampun Allah atas semua dosa yg kita lakukan...
Salam. Saya sekadar ingin berkongsi pengetahuan, andai salah, maafkan saya. Saya bukanlah seorang yang petah berbicara tentang agama, namun alhamdulillah ALLAH jodohkan saya dengan lelaki yang ber'title' ustaz (yang berkelulusan phD dan kini bertugas sebagai pensyarah bahagian pengajian Islam di USM). Isu yang Nadiah bangkitkan ini pernah saya bincangkan dengan suami. Saya juga mempunyai pandangan yang sama seperti Nadiah (100% sama.. n_n *wink2*). Namun, suami saya mempunyai pandangan yang agak berbeza daripada kita.
Pertama, menurut suami saya yang berdasarkan pandangan Yusuf Qardawi (seorang ilmuan Islam)(dan isu ini juga telah dibincangkan oleh para ilmuwan Islam seluruh dunia di peringkat antarabangsa) adalah seperti berikut: Berdasarkan hukum, jika kandungan itu masih belum terbentuk janin yang sempurna sifatnya(sekitar 2-3 bulan pertama yang masih berbentuk gumpalan daging), adalah tidak haram digugurkan sekiranya mempunyai sebab-sebab seperti wanita dalam WHI itu tadi. JIka janin sudah terbentuk, maka itu adalah haram. Oleh itu, perlu disegerakan gugurkan kandungan tersebut sebelum janin terbentuk atas alasan-alasan yang kukuh itu tadi.
Pandangan para ulama' peringkat antarabangsa ini adalah berteraskan kepada alasan-alasan wanita WHI itu yang dianggap kukuh dan munasabah. Hal ini disebabkan kerana, jika kehadiran bayi ketika krisis kewangan melanda keluarga, maka hal ini akan mengundang lebih banyak perkara-perkara negatif berbanding positif. Sebagai contoh, memberi tekanan kepada ibu bapa untuk mencari duit bagi menampung keperluan anak2 sehingga boleh mendorong mereka mendapatkan rezki atau duit dari cara yang haram. Selain itu, memberi tekanan kepada hubungan suami-istri berhubung soal duit. Hal ini lama kelamaan akan menyebabkan perselisihan dan pergaduhan antara suami istri dan tidak mustahil akan membawa kepada perceraian. Dan banyak lagi kesan-kesan negatif yang lain. Maka atas sebab itulah para ulama' bersepakat bahawa tindakan menggugurkan kandungan atas sebab-sebab munasabah adalah dibolehkan atau diharuskan, namun dengan syarat, mesti digugurkan sebelum janin terbentuk (iaitu ketika masih dalam bentuk gumpalan daging).
Berhubung dengan pandangan Nadiah dan saya sendiri mengenai anak itu adalah rezki dan menyerahkan nasib anak itu bulat-bulat kepada ALLAH, maka menurut suami saya, pandangan tersebut adalah berbentuk Jabbariyyah. Pandangan ini tidak diterima oleh ahli sunnah wal Jamaah kerana pandangan Jabbariyyah itu menafikan usaha manusia itu sama sekali. Selain itu pandangan Jabbariyah juga agak bertentangan dengan firman ALLAH iaitu "tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu sekiranya kaum itu mengubahnya sendiri". Firman ALLAH ini jelas menunjukkan bahawa manusialah yang menentukan nasibnya sendiri bukannya ALLAH. Maka sebab itulah, pandangan NAdiah dan saya sendiri yang meletakkan bahawa anak itu adalah rezki maka harus berserah sahaja pada ALLAH kerana nescaya rezki anak itu tetap ada dari ALLAH dan hanya berdoa dan mengharapkan rezki itu, maka pandangan kita ini tergolong dalam pandangan Jabbariyyah yang ditolak oleh para ulama' ahli sunnah wal jamaah.
sekian saja dari saya. n_n
sy ada seorg rakan yang kini idop bhgia brsama anak nya..anak yg xsah taraf,apa yg sy nk kongsikan katsini ttng kisah dia,prnh suatu ketika mak saudara dia mahu rebut ank dia krna dorng xda ank lelaki dgn alasan tkot bby akn malu sbb srt brank o tnpa mklumt bpa,dia dimaki hmun dicaci bgaikn musuh ketat diaorg,yg memaki hamun tu adalh drh dgig dia sndiri,sy tkot dia trtekan cz dia msh dlm pntg sy slalu bg dia smgt.alhmdulilh hingga ke harini dia bhgia brsama puterany.pnh 1ms dia menjwb bagi pihk diriny krna xthn dimaki sebegitu,kebetuln suami mk saudara dia pun seorg ank angkt.lalu dia pun mnjwb.kenapa pkngh tu ank yg halal emk ayh pkngh bagi pkgh dkt org sedangkan pkngh ank yg HALAL,sy sygkan ank sy dihati sy xprnh pn anggp dia ank yg xsah taraf,sy lhirkan dia kedunia ni bkan untuk diberikan pd org,tp dia adalah amanah allah pda sy,kenapa,mengapa kita semua perlu malu sesama manusia.sedangkan sy lebih malu pada allah..adakah kerana kita malu jd kita kena buang dia merata2.walaupun dia insan yg xsah taraf tapi dia layak hidup di dunia ini..itulah kata2 sahabat sy pda ahli keluarga dia.kita xberhak menghukum dia.malah kita patut bersyukur kerna saudara islam kita sedar dan bertaubat ats kesilapanya..semoga dia tabah mengharungi liku2 kehidupan ni,amin
Post a Comment