Pages

Monday, April 27, 2009

Jom tidur atas lantai!

Entah bila la Safiyyah 'bergolek' ke lantai. Sebelum tu dalam kul 5 lebih baru je breastfeed Safiyyah. Papanya la tak perasan sebabnya masa ni Safiyyah tidur dengan papa dia. Bila papa terjaga nak bangun Subuh tengok Safiyyah tidur atas lantai. Siannya la...macam anak terbiar je. Hehe..




Sebenarnya, ini bukan kali pertama jadi camni. Dari umurnya sebulan lebih lagi. Safiyyah kuat menggeliat dan kuat 'bersenam'. Tengah tidur pun kuat menggeliat. Masa duk menggeliat tu la badan mengesot ke bawah. Lagi duk menggeliat, lagi ke bawah jadinya.


Sampai opahnya kata, "Isy...dia ni tak boleh dibiar tidur atas katil sorang-sorang. Kang bedebuk jatuh katil. Anak orang lain elok je tidur diam-diam sampai umur 3-4 bulan. Dia tidak...tidur pun tak reti duk diam."


Tapi ini la first time Safiyyah betul-betul duk atas lantai. Selalunya kaki je yang terjulur ke lantai, badan masih 'selamat' atas tilam. Agaknya masa ni kuat sangat menggeliat, tu yang ke lantai tu...


9 comments:

Maryam said...

hehe cumel lah safiyyah ni...
itu tandanya safiyyah seorang yg aktif dan kuat bersenam wink ;)

pali said...

kecik2 dah diajar dirinya di "perhatikan". besar sikit tunjuk kat dia, mcm ni la kat masyar nanti Allah mainkan kisah kita, lagi hebat details!

menangis safiyah kerna terlalu kecil (6 tahun) dikabarkan begitu oleh umminya (OH). lalu berlari mendapatkan papanya yang ada bersembang di hadapan bersama pali.

Tersenyum pali melihat lalu berkata,

"Mari ke uncle" sambil menghulurkan tangan.

Papa zaki tersenyum lalu membenarkan Saifyah ke sana. Dengan suara yang masih tersedu2 safiyah dengan kakinya yang comel melangkah ke pali sambil menyebut

"uncle pali, uncle pali!"

- ni nekad la kot nak ke nebraska melihat babies kekeke.

ps: apakah ini yang dikatakan entry dalam entry>? hahaha.

Nadiah Sidek said...

kuat berangan juga uncle pali ni. hehe

Maryam said...

bagi can lah kat dia akak... dah lulus sangat muahahahaha

pali said...

bukan angan2 kak, cita-cita.

maryam, apakah maksudmu itu?? kakaka.

Maryam said...

owh pernah dgr tak pepatah ini?
sudah gaharu cendana pula
sudah tahu bertanya pula hoho ;)

pali said...

loo, apa ke nak dibuat dengan kayu2 itu? sambil pura2 blur..

"kerana cita2 itu terlalu tinggi?" apakah?

Nadiah Sidek said...

selain dpd berangan...pali juga pandai berlakon rupanya...hehe

boundaries said...

hihihihi...lawak la korang ni...merujuk pada gambar nmpk sedikit terbiar la...hihihihi..tp kami dah tahu sebabnye... aktifnyer..ikut sape ni...?ummi ek??