Pages

Monday, August 23, 2010

Genap 18 tahun!!! Eh, 28 tahun la! ^^

Hari ni (23 Ogos 2010) genap la saya 18 28 tahun!!! Muda lagi, kan? Eheh. Ala, kira muda la tu...muda la daripada suami saya..^_^

Tahun ni saya dapat hadiah lagi daripada suami saya! Sebelum ni dia kata tak nak bagi hadiah sebab saya tak bagi hadiah kat dia masa birthday dia bulan 6 lepas :p. Tapi masa dia balik rumah tadi, tengok-tengok dia bawak balik hadiah untuk saya ^_^. Yay! Thank you abang!


Kad


Waffle maker! Yay...dah kurang dah 1 item dalam wish list saya!


p/s: komen-komen dalam entry sebelum ni insyaAllah nanti saya balas ye. Mood berblogging belum datang lagi. Dah la laptop ni asyik buat hal je beberapa hari ni...lagi bertambah tak rajin nak berblog..

Sunday, August 15, 2010

Berbuka puasa bersama tetamu dari Laramie

Ni aktiviti kami Jumaat lepas. Ku Ila sekeluarga dari Laramie, Wyoming saje datang ke sini menghabiskan cuti musim panas yang masih berbaki beberapa hari lagi. Ini la kali pertama saya kenal (bersua muka) dengan Ku Ila sekeluarga. Suami saya kenal diorang di Kedutaan Amerika masa nak ambil visa kat Malaysia dulu.

Gambar tak banyak. Tak ingat nak ambil gambar. Yang ada ni pun Muzammil yang tolong ambilkan.


Bertudung pink tu la Ku Ila. Yang berbaju biru di belakang suami saya tu Isa, suami Ku Ila dengan anak kecik diorang. Anak yang sulung takde pulak dalam gambar


Meriah sungguh makanan hari tu! Saya buat nasi beriani, daging beriani, acar timun (suami saya buat) dan karipap pusing (request daripada Ku Ila). Hafiz/Izza buat ayam BBQ, ikan bakar, jagung bakar dan daging bumbu. Muzammil pulak buat brownies. Mana la tak jadi banyak! Tapi takpe, sahur tak payah masak dah..hehe..



p/s: angin M saya datang lagi! Nak update blog sendiri jadi tak rajin, nak blogwalking pun sama tak rajin. Nak suruh berehat dari aktiviti blogging bulan Ramadhan ni agaknya. Terima kasih pada semua yang masih sudi jengah ke sini walaupun saya tak berbalas kunjungan. InsyaAllah nanti saya kembali aktif ye..tunggu nafsu berblogging datang dulu :p

Monday, August 9, 2010

Salam Ramadhan 1431 H

Salam Ramadhan buat semua! Maafkan segala salah silap saya sepanjang saya berblogging. Moga Ramadhan kali ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Selamat berpuasa!




Oppss...jangan lupa niat puasa ye ^_^


Sunday, August 8, 2010

Trip to East USA (last part!)

Dari Gainesville, kami teruskan perjalanan ke Atlanta dan jalan-jalan sekejap di downtown (gambar di Atlanta ada tapi hampir kesemuanya tak jadi sebab ambil gambar waktu malam...saya tak letak la di sini). Lepas tu kami terus ke Alabama dan bermalam di situ.


Kings Inn. Tempat kami bermalam di Alabama. Macam flat polis je :p. Gambar ni saya ambil keesokan paginya sebab sampai di sini dah pukul 3.15 pagi



Day 14 (June 8, 2010)
Kami check out dalam pukul 10 pagi dan berjalan-jalan sebentar di downtown Birmingham, Alabama..


Di Kelly Ingram Park. Kalau tengok gambar-gambar bawah ni, ada cerita di sebalik wujudnya Kelly Ingram Park ni. Sekitar tahun 1960an dulu demonstrasi besar-besaran pernah diadakan di kawasan ni bagi membantah diskriminasi terhadap African-Americans. Nak tahu kisah lebih lanjut, klik link yang saya bagi tu. Boleh juga baca pasal African-American Civil Right Movement


I ain't afraid of your jail


"This sculpture is dedicated to the foot soldiers of the Birmingham Civil Rights Movement.
With gallantry, courage and great bravery they faced the violence of attack dogs, high powered water hoses, and bombings. They were the fodder in the advance against injustice, warriors of a cause; the represent humanity unshaken in their firm belief in their nation's commitment to the liberty and justice for all.
We salute these men and women who were the soldiers of this great cause".
Richard Arrington, Jr
Mayor of Birmingham
May 1995






Safiyyah lagi pandai berlakon daripada papanya :p




Dari Birmingham, Alabama, kami ke Mississippi pulak. On the way tu kami masuk ke kawasan kampung, terjumpa pulak orang jual buah tepi jalan, sebelah stesen minyak. Betul-betul macam kat Malaysia! Susah nak jumpa kat US ni...tu yang bergambar tu (macam jakun pulak..eheh..)


Kat sini beli tembikai, keledek dan cantelope


Dah sampai di Mississippi!


Ni Visitor Center. Macam rumah orang je. Cantik!


Ni bahagian dalam. Dalam banyak-banyak Visitor Center yang pernah kami singgah, ni la yang paling cantik sekali


Jumpa bunga!


Kami teruskan perjalanan ke Tennessee..


Kereta-kereta sekalian, sila beratur ye :p
Kami ke sini semata-mata nak tukar kereta! Muzammil dah bosan dengan Camry. Suka-suka hati je kan tukar bila dah bosan :p. Tapi kat sini memang takde masalah hal-hal macam ni. Apa pun, customer is always right! Diorang macam takut je dengan customer. Customer komplen apa-apa pun, diorang takde nak marah-marah. Lagipun, kereta yang kami naik sebelum tu dah sampai had untuk diservis. Nak suruh diorang servis lagi la lama, tu yang tukar jugak tu


Hertz. Nama company


Apa la yang dibincangkan tu. Yang hitam tu (Camry) kereta lama kami, yang silver tu (Honda Accord) kereta baru kami. Wah, macam kereta sendiri pulak padahal kereta sewa je..eheh. Ingatnya nak tukar ke Impala tapi takde yang available, kami ambil Honda je la


Selesai urusan pertukaran kereta, kami jalan-jalan di Memphis, Tennessee


Di Confederate Park


Ada pulak kereta kuda kat sini! Cantik pulak tu. Terus saya teringat cerita Cinderella ^_^


Pemandangan sekitar Confederate Park


Jumpa satu lagi ejaan building ditulis sebagai bVilding! Yang pertama jumpa di Chicago. Boleh tengok di entry ni


Plat kereta yang fancy! Kat US boleh buat macam ni. Cantik, kan?


Yay...habis dah cerita trip kami! Alhamdulillah sempat jugak siapkan sebelum Ramadhan. Malam tu kami jalan-jalan juga tapi macam biasa la saya tak letak gambarnya sebab tak berapa nak menjadi. Kan saya ada kata trip kami 15 hari, kan? Hari terakhir tu kami jalan-jalan di Nebraska City tapi saya tak ambil gambar pun. Masa tu terasa nak balik sangat-sangat. Saya dah tak terlarat dah nak teruskan perjalanan dan takde hati nak ambil gambar dah. Dah la masa hari ke-14 tu berjalan tak henti-henti sampai le ke Nebraska keesokan paginya. Rasa nak patah pinggang!

Tengahari juga la kami sampai di rumah. Lega sangat-sangat nampak rumah depan mata. Konon-konon bila sampai rumah nak terus tidur TAPI...cik Safiyyah ni macam ada tenaga baru pulak bila sampai rumah. Dia tak nak tidur..sibuk nak 'mengemas' rumah. Tak kesampaian la umminya nak lelapkan mata...uhuk! Yang bagusnya, malam tu dia tidur awal. Pukul 7 dah tidur dah, bangun pukul 10 pagi keesokan paginya. 15 jam dia tidur! Dia qada' tidur yang tak cukup sepanjang trip la tu ^_^

Saturday, August 7, 2010

Tag dari Eeffah

Saya terima tag dari Eeffah pula. Terima kasih ye Eeffah :)

1. Go to your photo file, select the 8th folder
2. Select the 8th photo in that album
3. Then challenge 8 blogger friends to do the same


Ok, ni gambarnya:

Ni salah seorang anak buah suami saya. Harith Affif Firdaus namanya. Masa ni dia kecik lagi. Sekarang dah 5 tahun dah umurnya


Saya nak tag:
  • Shira
  • Kak Yati
  • Farhana
  • Husna
  • Mamalieyna

2 Award dari Kak Sara & Ibu Nafis serta Kak Sal

Terima kasih kak Sara dan ibunafis atas pemberian award ni :)





Award ke-2 ni pula saya dapat dari kak Sal @ sweetsal. Terima kasih banyak-banyak kak ingat kat Nadiah :)


Thursday, August 5, 2010

Trip to...Gainesville

Dari Disney World, kami terus ke Gainesville, semata-mata nak jumpa Fadhli Atari a.k.a. Pali, junior suami saya di USM (junior saya la juga, junior sekampus). Perancangannya, kami nak jumpa sekejap je. Sembang-sembang pastu teruskan perjalanan kami tapi perancangan Allah tak begitu untuk kami. Kami sampai di Gainesville pun dah tengah malam, lebih kurang jam 12.15.

Bila dah sampai, kami tak jumpa pulak tang mana rumah Pali! Pusing tempat yang sama berkali-kali, tak jumpa juga alamat yang Pali bagi. Satu lagi yang menjadi masalahnya, takde sorang pun daripada kami ada nombor telefon Pali! Nombor telefon yang suami saya save dalam handphone rupa-rupanya nombor Skype. Mati-mati suami saya ingat tu nombor telefon bimbit Pali. Suami saya tak perasan nombor yang Pali bagi tak sama dengan nombor yang dia save tu.

Dah tak jumpa juga, kami ambil inisiatif lain. Kami ke McD berdekatan, nak guna wireless McD untuk check balik nombor telefon Pali di Skype tapi nasib sekali lagi tak menyebelahi kami. McD dah tutup. Cuba juga access internet dari luar McD tapi tak dapat. Sudahnya kami buat keputusan bermalam di situ dan jumpa Pali keesokan paginya..


Day 13 (June 7, 2010)


Berdekatan dengan ofis Pali. Safiyyah menangis masa jumpa uncle Pali, tu yang suami saya bawak Safiyyah jauh sikit tu


Di Kabab House. Masa untuk menjamu selera. "Ni mesti kak Nadiah nak letak gambar ni kat blog," kata Pali. Macam tak biasa pulak :p


Sembang-sembang sebelum makanan siap


Nasi beriani ayam! Yum!


Safiyyah buat sepah kat kedai orang -_-"


Ramas-ramas nasi, pastu taburkan atas lantai. Dah la lantai tu berkarpet! Huhu...apa la Safiyyah ni. Malu ummi dengan papa tau. Sebelum keluar kedai, suami saya tinggalkan tips sebagai upah bersihkan lantai yang berterabur dengan nasi


Singgah solat di sini. Oh ye, Pali ni satu-satunya Melayu yang ada di Gainesville tapi dia memang pandai jaga diri. Dia salah seorang pemegang kunci Islamic Center ni (eh, ke memang dia sorang je yang pegang kunci tu? tak ingat nak tanya). Masa kami solat di sini, Pali mengimamkan kami. Moga istiqamah begini sampai bila-bila. Oh, tak payah la tanya dia dah berpunya ke belum. Tengah menghitung hari nak 'mendirikan masjid' tu. InsyaAllah sebelum hujung tahun ni :)


Gambar-gambar di sekitar University of Florida


Safiyyah yang gembira


Kami


Sesi membuli anak :p


Buaya dan model buaya. Eh, silap. Buaya dan modelnya yang tak bertauliah. Hehe..


Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. InsyaAllah panjang umur jumpa lagi. Selamat pulang ke Malaysia dan semoga dipermudahkan segala urusan..


Pesanan penaja: Pali, sponsor la tiket kat kami sekeluarga untuk gi kenduri Pali. Lama dah tak makan nasi kenduri. Safiyyah pun belum pernah makan nasi kenduri. Sob-sob, tak kesian ke kat kami ni? :p

Wednesday, August 4, 2010

Kad dari ibu untuk ibu..

Kad ni saya terima dari Ummu Mishkah. Terima kasih Ummu Mishkah!


Saya nak kongsi juga kad ni buat semua ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu badan. Ambillah ye...tak terlarat nak list semua sekali...ramai sangat..


p/s: masih belum terlambat lagi saya ucapkan 'Happy World Breastfeeding Week to all breastfeeding mom'! Moga azam kita semua nak menyusukan anak sampai 2 tahun tercapai..ameen..

Sunday, August 1, 2010

Trip to....Disney World!!!

Ni sebenarnya sambungan entry trip yang tak habis-habis lagi tu :p. Part 9 la ni. Saje je tukar tajuk sikit...rasa bosan pulak dengan tajuk yang sama..eheh..


Day 12 (June 6, 2010)
Pagi tu kami ke outlet (lagi!) sekejap. Malam sebelum tu banyak kedai yang dah nak tutup, tu yang sambung balik tu. Lagipun ada yang nak beli barang-barang yang orang kirim. Kami yang takde apa-apa yang nak dibeli, hanya keluar-masuk-kedai cuci mata je la. Lepas tu kami terus ke Walt Disney World, Orlando, Florida...


Pintu gerbang Walt Disney World. Kami sampai dalam pukul 2 petang


Lepas parking kereta (14 dollar, flat rate), kami naik tram ni nak ke Magic Kingdom. Ada 2 jenis park di Disney World ni: Theme Park dan Water Park. Theme Park pulak ada 4 jenis: Magic Kingdom, Epcot, Disney's Hollywood Studios dan Disney's Animal Kingdom. Water Park ada 2 jenis: Disney's Typhoon Lagoon dan Disney's Blizzard Beach. Kami hanya ke Magic Kingdom je sebab tak cukup masa


Atas tram


Turun dari tram, tak terus sampai! Kena naik monorail atau bot pulak. Memang jauh. Rasanya sengaja dibuat macam tu sebab tak nak orang nampak dari luar. Masa nak masuk ke Magic Kingdom, kami naik monorail..nak balik naik bot pulak


Ni kiranya entrance Magic Kingdom. Kena melepasi 2 kaunter untuk masuk ke dalam. Di kaunter pertama, semua beg yang dibawa akan diperiksa. Saya pun kurang pasti barang-barang apa yang tak dibenar dibawa masuk. Mungkin nak tengok ada senjata ke tak agaknya. Makanan dari luar takde masalah, boleh je bawa masuk. Kaunter ke-2 pulak, kad (tiket) akan di 'swipe'




Ni kawasan mula-mula masuk. Bangunan-bangunan kiri kanan jalan tu semua kedai je tu. Ada jual souvenir, ada jual roti, ada jual aiskrim, cafe pun ada..macam-macam la! Kat sini lagi kami dah 'terpisah' dengan si bujang berdua. Ramai sangat orang! Duk cari-cari tak jumpa pun


Belakang tu Cinderella Castle, ikon Magic Kingdom


Masuk ke dalam sikit baru jumpa bangunan-bangunan yang berkaitan dengan kartun Walt Disney


Aladdin. Ni perarakan ni. Dalam sehari, banyak kali perarakan berlangsung. Masa ni pukul 3 petang


Cinderella


Beauty and the Beast


Belakang saya tu rumah Minnie


Ni bahagian dalam rumah Minnie. Kami masuk sekejap je pun, ramai orang nak bergambar


Dah letih berjalan, kami naik train pulak, nak ke bahagian lain Magic Kingdom


Eh, eh...ni siapa ni? (buat-buat tak kenal anak sendiri pulak :p) Sekejap je Safiyyah pakai cekak Minnie tu...dia bukannya suka diletak apa-apa atas kepalanya tu. Tu dia tengah nak 'buang' cekak tu la tu


Safiyyah tak nak pakai, biar ummi pakai la! ngee~


Atas train


Jumpa balik!


Bot ni dari mana nak ke mana pun saya tak pasti. Tak sempat nak explore satu per satu


Haunted Mansion. Kami tak masuk pun. Muzammil dan Syafiq masuk la. Banyak tempat la kami tak masuk. Main jenguk dari luar je. Nak cepat 1 hal, bawak anak yang baru setahun lebih umurnya pun 1 hal jugak


Ada tempat-tempat tertentu, stroller tak boleh bawak masuk untuk mengelakkan kesesakan, kena la parking kat luar macam gambar ni. Kalau tak bawak stroller jangan risau, kat sana ada disediakan stroller. Kena sewa rasanya




Belah kiri tu Starlight Cafe (food court)


Safiyyah dah lena!


Another parade begin! Masa ni pukul 5 petang


Mickey and Donald. Safiyyah masih lena walaupun masa ni bingit sangat-sangat. Mengantuk sangat la tu


Minnie and Goofy




Toy Story. Tak ingat nama karekter utama


Chip n Dale


Genie!


Lepas daripada ni terpisah balik dengan si bujang berdua :p. Mana la nak jumpa di tengah-tengah lautan manusia tu. Sungguh, memang ramai sangat orang. Dalam gambar tak nampak sangat. Rasa rimas pun ada bila dah bersesak-sesak macam tu





Konon-konon nak balik le dah masa ni. Dah pukul 6 lebih pun. Perancangannya, hanya 3-4 jam je di sini. Suami call Muzammil dan Syafiq berkali-kali tak berjawab pulak. Kami memang duk kalut la sebab takut diorang dah tunggu kat luar. Cepat-cepat la kami naik bot ni. Bila dah sampai ke seberang, baru Syafiq return call dan bagitau nak stay sampai malam. Adeh, sabar je la. Mujur kami boleh masuk dalam balik. Sebelum tu ingatkan kad tu boleh guna sekali je...once dah keluar, tak boleh swipe untuk kali ke-2. Rupa-rupanya kad tu dikira untuk sehari. Maksudnya, nak keluar masuk banyak kali pun takpe, janji hari yang sama


Kami bertiga stay je la kat luar sekejap. Ada tempat rehat kat situ. Restrooms pun ada. Duduk kat situ rasa lega sangat-sangat. Dapat la sejukkan badan sikit. Baru beberapa jam di Magic Kingdom, kulit masing-masing dah gelap. Rasanya paling teruk kena sun burn masa kat Disney World ni la. Lepas solat jama' Zohor-Asar, kami masuk ke Magic Kingdom semula. Gambar-gambar bawah ni semuanya dari kamera Muzammil. Kamera kami langsung tak boleh guna dah..bateri habis..huhu..


Tengok apa yang Safiyyah buat tu ^_^


Cinderella Castle bertukar-tukar warna. Lewat petang dah mula tukar dah. Cantik pulak tengok


Kalau tak silap, ini parade terakhir. Dah pukul 8 lebih masa ni. Kami tengok sekejap, pastu balik. Fireworks pun tak sempat nak tengok


p/s: mungkin ada 1-2 entry lagi kot baru habis cerita trip kami ni. Huhu..lambat betul nak habis. Punca utamanya: tak rajin nak pilih-pilih gambar dan edit (letak watermark)..