Day 12 (June 6, 2010)
Pagi tu kami ke outlet (lagi!) sekejap. Malam sebelum tu banyak kedai yang dah nak tutup, tu yang sambung balik tu. Lagipun ada yang nak beli barang-barang yang orang kirim. Kami yang takde apa-apa yang nak dibeli, hanya keluar-masuk-kedai cuci mata je la. Lepas tu kami terus ke Walt Disney World, Orlando, Florida...
Lepas parking kereta (14 dollar, flat rate), kami naik tram ni nak ke Magic Kingdom. Ada 2 jenis park di Disney World ni: Theme Park dan Water Park. Theme Park pulak ada 4 jenis: Magic Kingdom, Epcot, Disney's Hollywood Studios dan Disney's Animal Kingdom. Water Park ada 2 jenis: Disney's Typhoon Lagoon dan Disney's Blizzard Beach. Kami hanya ke Magic Kingdom je sebab tak cukup masa
Turun dari tram, tak terus sampai! Kena naik monorail atau bot pulak. Memang jauh. Rasanya sengaja dibuat macam tu sebab tak nak orang nampak dari luar. Masa nak masuk ke Magic Kingdom, kami naik monorail..nak balik naik bot pulak
Ni kiranya entrance Magic Kingdom. Kena melepasi 2 kaunter untuk masuk ke dalam. Di kaunter pertama, semua beg yang dibawa akan diperiksa. Saya pun kurang pasti barang-barang apa yang tak dibenar dibawa masuk. Mungkin nak tengok ada senjata ke tak agaknya. Makanan dari luar takde masalah, boleh je bawa masuk. Kaunter ke-2 pulak, kad (tiket) akan di 'swipe'
Ni kawasan mula-mula masuk. Bangunan-bangunan kiri kanan jalan tu semua kedai je tu. Ada jual souvenir, ada jual roti, ada jual aiskrim, cafe pun ada..macam-macam la! Kat sini lagi kami dah 'terpisah' dengan si bujang berdua. Ramai sangat orang! Duk cari-cari tak jumpa pun
Eh, eh...ni siapa ni? (buat-buat tak kenal anak sendiri pulak :p) Sekejap je Safiyyah pakai cekak Minnie tu...dia bukannya suka diletak apa-apa atas kepalanya tu. Tu dia tengah nak 'buang' cekak tu la tu
Haunted Mansion. Kami tak masuk pun. Muzammil dan Syafiq masuk la. Banyak tempat la kami tak masuk. Main jenguk dari luar je. Nak cepat 1 hal, bawak anak yang baru setahun lebih umurnya pun 1 hal jugak
Ada tempat-tempat tertentu, stroller tak boleh bawak masuk untuk mengelakkan kesesakan, kena la parking kat luar macam gambar ni. Kalau tak bawak stroller jangan risau, kat sana ada disediakan stroller. Kena sewa rasanya
Mickey and Donald. Safiyyah masih lena walaupun masa ni bingit sangat-sangat. Mengantuk sangat la tu
Lepas daripada ni terpisah balik dengan si bujang berdua :p. Mana la nak jumpa di tengah-tengah lautan manusia tu. Sungguh, memang ramai sangat orang. Dalam gambar tak nampak sangat. Rasa rimas pun ada bila dah bersesak-sesak macam tu
Konon-konon nak balik le dah masa ni. Dah pukul 6 lebih pun. Perancangannya, hanya 3-4 jam je di sini. Suami call Muzammil dan Syafiq berkali-kali tak berjawab pulak. Kami memang duk kalut la sebab takut diorang dah tunggu kat luar. Cepat-cepat la kami naik bot ni. Bila dah sampai ke seberang, baru Syafiq return call dan bagitau nak stay sampai malam. Adeh, sabar je la. Mujur kami boleh masuk dalam balik. Sebelum tu ingatkan kad tu boleh guna sekali je...once dah keluar, tak boleh swipe untuk kali ke-2. Rupa-rupanya kad tu dikira untuk sehari. Maksudnya, nak keluar masuk banyak kali pun takpe, janji hari yang sama
Kami bertiga stay je la kat luar sekejap. Ada tempat rehat kat situ. Restrooms pun ada. Duduk kat situ rasa lega sangat-sangat. Dapat la sejukkan badan sikit. Baru beberapa jam di Magic Kingdom, kulit masing-masing dah gelap. Rasanya paling teruk kena sun burn masa kat Disney World ni la. Lepas solat jama' Zohor-Asar, kami masuk ke Magic Kingdom semula. Gambar-gambar bawah ni semuanya dari kamera Muzammil. Kamera kami langsung tak boleh guna dah..bateri habis..huhu..
Kalau tak silap, ini parade terakhir. Dah pukul 8 lebih masa ni. Kami tengok sekejap, pastu balik. Fireworks pun tak sempat nak tengok
p/s: mungkin ada 1-2 entry lagi kot baru habis cerita trip kami ni. Huhu..lambat betul nak habis. Punca utamanya: tak rajin nak pilih-pilih gambar dan edit (letak watermark)..
31 comments:
aik..cam mak ngan ayah je terlebih excited..hehehe
heeeee...bestnyer...boleh tgok karakter2 dalam kartoon...
Besnya..nak itot jugak safiyyah!!
besnyer gi disney world.. jadi macam kanak2 riang sekejap kan.. :)
Suka gambar yg Safiyyah pgg Mickey Mouse tu..sempat lg..:D
salam ziarah..
seronok dapat tgk gambar2 trip kak nadiah..lebih2 lagi safiyah..comel betul..
nanti upload gambar banyak2 lagi tau..bicara hati dah jadi blog favorite saya dah..hehe
ur dotter sgt cute la..
specially picture wearing cekak minnie tu..cuteness!!
bilalah agaknye nak smp sini..;)
wahh, jelesnya tgok..mesti sehari pun xcukup nk terjah smua kan..doa2 la akak pun dpt ke sana 1 hari nnti yerkk..nnti upload lagi gmbar tau..
bestnye!!! suka sgt nk gi disneyland! lama dah dulu pegi masa hantar kakak ke purdue tu, singgah ke california gi disneyland. disneyworld ni lagi besa gile kan?
harap2 one day dpt bwk 3K gi euro disney, tu yg plg dekat ngan dubai skang! hihi....
salam nadiah..best..best..kami yg disney world kat sini pun blom pegi lagi..myb,nextyear kot..tggu diorg lagi mmbesar..tapi,mmg cantik ye tmpat die..bwk ank2 mesti diorg excited..:D
bestnya.. cantiknya kastle cinderella...
bestnye kt disney world..bangunan pelik2 ye..blh tgk perarakan lg tu, untungnye dpt tgk semua ni..bertuah sungguh..
bestnye!!! nk pg jugaaaakkk...!!!
best nyer...tengok gambar jer la kami kat sini...:) tp seronok kan.
hamizah: hihi..mmg pun!
kak yati: best!
ummi aisyah: meh la sini ;)
kak mas: sekali-sekala jd kanak2 riang! :D
ummu ammar: tu la kak..sempat lg tu dia :D
anon: sape ye ni? akk kenal ke? takde nama pulak :)
mommy nadia: kumpul2 duit nnt blh la gi sini ;)
sari: mmg tak cukup sehari nak explore semua kak..
syigim: yup, disneyworld lg besar ;)
kamalia: nak best mmg kena tunggu anak besar sikit. mcm safiyyah ni dia bknnya reti apa lg. ummi & papanya je yg beria2 :p
kakyong: mmg cantik :)
sweetsal: kat jepun pun ada lebih krg kak. nnt anak akk pun blh gi tp kena kumpul duit sikit la :)
annie: meh dtg sini ;)
lina: kalau kami tak duduk di US pun, tgk gmbr2 org je la. nak gi disneyworld semata2 tak berbaloi..mahal!
kak nadiah! lama tak drop by kat blog akak. memacam dah akak tulis. syok betul akak ni. asik berjalan je. nice nice! (^^,)
nice.. (dah xterkata nk tulis komen pe) :P best sgt tgk bjlan2..
salam nadiah,
1. suka baca entri trip nadiah sebab detail siap ngan nama tempat semua. i like.
2. suka baca entri nadiah sebab byk pic besar2.. hehe
3. bestkan jalan2 kat disney world ni. semua tempat cantikkan. teringat masa akak pg disneyland hong kong. (jun jugak! 2009)
4. sayang nadiah x sempat explose semua bahagiankan. takpe.. may be next time...
take care...
semua pics sgt cantik + best esp yg ada cinderella castle :) :)
akak pun baru balik disney juga...
sehari mmg x cukup nak explore semua.
cantik la castle tu bertukar warna
best cantiknye..tak pernah sampai ke mana2 disney pon...wish to bring my kiddo there one day..
teringat masa pergi Disneyland Paris dgn kawan-kawan TM ..one of suami kawan akak kena masuk mini hospital kat Disneyland sebab pengsan after turun dari one of roller coaster yg tunggang terbalik tuh..
nak pi jugak... heee
sarah: mana ada asyik berjalan..hari tu je..tak habis lagi ceritanya..eheh..
deena: jln2 mmg la best deena ;)
idasm: yup, ada rezeki blh gi lg :)
mama zharfan: ;)
fa10: oh, akk gi jgk ye? nnt nadiah baca cerita akk pulak
dbalkis: budak2 mesti suka ;)
chik na: nadiah tak perasan pulak ada roller coaster ke tak kat disneyworld. kat disneyland ada
ashanas: meh la..blh jln2 rmh akk sekali ;)
bestnyaaaaaaaa..~tambah lg 6 harakat~
kalau nak puas hati mahu kena stay 3H2M kan.
wahh..cantik sunggoh...
sampai abis bateri kamera eh..wehehe..yela bkn selalu ade pelunang camni kan? tgkla fee nak masuk.mak aih..mahal.
:-)
ni brapa hari gamaknya nak kena amik tuk khatam disney world ni...
tu baru 1 jenis theme park.
tu kak nadiah tak terjah semua.
husna tengok gambaq ja pon, terasa sangat penat dan letih.
waaa...best nye disney world.
nih la trip akak yg paling meen teruja tgk..
dah lame teringin nak pi sn..
hehehehe.. ^_^
*bl la eh nak ade peluang??ermm..
safiyyah muke semangat nak cabut cekak hihihi..
ni sebenarnya yang seronok sangat nak pi disneyland tu umi dan papanyer..bukan safiyyah hihihihi
Ee bestnyer! nasib si yaya dan syaik takde kat sblh menyebok ammi bc blog aunty nadiah ni, if tak..duk bising nanti hari-hari suh bw gi disneyland..huhuhu..
Post a Comment