Pages

Sunday, June 19, 2011

Summer Trip 2011 (part 2): Madison, WI

Summer Trip 2011 (part 1): Madison, WI


...sambungan..

Part 2 ni masih berkisar cerita-cerita di Madison, Wisconsin. Di Madison yang paling lama kami duduk pun. 4 hari 3 malam juga la kami di sana.


Hari ke-3 (28 Mei 2011)
Lebih kurang jam 9.30 pagi kami ke tempat perasmian Midwest Games (MWGi). Ingatkan kami lambat dah. Rupanya masih ramai lagi yang belum datang. 1 perlawanan bola sepak pun baru je habis. Pasukan Iowa menang lawan pasukan mana entah...tak pasti pulak saya sebab suami saya yang bersembang dengan Luqman (undergrad student Iowa).

Tak ramai pun yang hadir di majlis perasmian tu terutama mereka yang berkeluarga yang ada anak-anak kecil. Saya sempat la kenal dengan kak Izzah dari Iowa. Tu pun dapat sembang sekejap je lepas majlis perasmian berakhir.


Cuba cari di mana Safiyyah :D


Bucky Badger. Mascot University of Wisconsin-Madison. Safiyyah takut dengan mascot ni :D




Masa ni pertandingan perbarisan (kalau tak silap la :p)


Safiyyah kalau dah mengantuk...ikut suka dia je nak baring kat mana :p


Habis majlis perasmian, suami saya ada lunch dengan wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan staf Education Malaysia. Di padang tu juga. Kalau perasan, ada nampak khemah putih dalam salah satu gambar di atas tu. Kat situ la majlis makan tengahari dibuat. Bukan suami saya seorang la. Ni pertemuan di antara KPT dengan post-grad students. Saya dengan anak-anak duduk dalam kereta je. Sob..sob..

Tapi lepas suami saya makan, dibawanya saya sepinggan nasi :D. Ramai yang tak tahu pasal majlis tu...jadinya ada la makanan lebih. Alhamdulillah, ada rezeki saya dan Safiyyah di situ. Selesai semua (lama juga saya tunggu dalam kereta...suami saya duk bersembang tak ingat dunia...isk..), kami solat jamak Zohor-Asar di rumah dan keluar semula. Ke Outlet ^_^. Johnson Creek Premium Outlets. Setengah jam je dari Madison. Kami beli barang-barang yang orang kirim je.

Balik semula ke rumah Raja Farhana...ramai sangat orang. Raja Farhana buat makan-makan untuk kawan-kawan dia. Ada dalam 30 orang rasanya yang datang tu. Awal-awal lagi dia bagitau kami pasal jamuan tu. Entah bila dia masak pun kami tak tahu. Kami ke outlet tu pun dah hampir jam 4 petang. Masa tu dia tak balik rumah lagi. Kami balik je semua makanan dah terhidang. Cekap betul. Dah la masak nasi kerabu yang renyah nak disiapkan.

Kak Suzana sekeluarga pun ada juga masa tu. Lepas kak Suzana balik, saya tidurkan anak-anak. Dengan saya sekali tertidur..ngee. Tak tahu siapa lagi yang datang lepas tu :p.


Suami saya dengan abang Atfan. Saya dengan kak Suzana



Hari ke-4 (29 Mei 2011)
Dalam pukul 7.30 pagi suami saya keluar. Lawan ping pong. Game pertama suami saya menang. Game kedua kalah. Kalah dengan abang Mat yang baru kami kenal 2 hari sebelumnya. Hihi. Tapi kata suami saya, dia kalah pun..kalah bermaruah. Menang juga la 1 set :D. Raja Farhana pun ada bagitau abang Mat terer main ping pong.

Saya tak tengok pun suami saya main ping pong. Anak-anak tak bangun lagi. Ada hikmahnya juga la saya tak pergi. Tak lama lepas tu hujan. Makin lama makin lebat. Tengahari pun masih hujan lagi. Perut dah berkeroncong. Kalau tak fikir anak-anak, redah je hujan. Alhamdulillah dalam pukul 1 petang hujan reda. Lepas solat baru kami keluar makan.


Tempat kami makan. Palis Cafe


Suami saya makan cheese burger dan chicken wings. Saya pulak order chicken shawarma with rice. Cheese burger tu sedap kata suami saya. Bukan senang nak jumpa burger kat sini. Eh, ada berlambak tapi tak halal la :p. Chicken shawarma tu pada saya biasa je. Ok la tapi rasanya takkan beli dah untuk kali kedua


Suka tengok mimik muka Safiyyah dalam gambar ni. Muka teruja nampak makanan ^_^


Lepas makan, kami jalan-jalan ke Macy's. Ada university bookstore kat situ. Beli souvenir sikit. Petang tu dalam pukul 6.30 ada majlis makan malam di South Union. Suami saya pergi sorang je. Masa suami saya daftar hari Jumaat tu, dia tak dapat daftarkan saya sekali untuk dinner sebab dah penuh. Uhuk!

Suami saya balik semula ke rumah ambil saya dan anak-anak ke majlis penutup MWGi. Saya tanya dia makan apa dinner tu. Dia jawab, "Ada la". Tak puas hati dengan jawapan dia...saya tanya lagi, "Sedap ke?". Pastu suami saya jawab, "Uih...sedap! Rugi ayang tak dapat join dinner". -_-"

Saje la tu nak buat saya sakit hati. Tapi saya rasa suami saya tipu je tu. Kalau betul-betul sedap, jumpa-jumpa saya je mesti terus dia bagitau sedap. Tak payah tunggu saya tanya. Tapi saya tetap tak puas hati sebab tak tahu menu yang dihidangkan (sibuk je nak tahu :p). Banyak kali saya tanya, dia tetap tak nak jawab. Dia suruh tanya orang lain pulak. Sah, mesti tak sedap! :p

Masa kami sampai di South Union tu belum ramai orang lagi. Saya tak masuk dalam dewan langsung. Malas nak masuk dengan anak kecik. Buatnya dia melalak ke apa..leceh nak keluar masuk. Saya duduk di luar je la. Ramai je pun yang duduk di luar dewan. Rasanya tempat duduk dalam dewan tu pun tak cukup nak menampung semua sekali.


Saya, Syeda dan Raja Farhana dengan bodyguard cilik :D
Di belakang kami tu la dewannya


Macam biasa la Safiyyah...pantang jumpa tangga!
Masa ni bawa Safiyyah keluar sekejap. Dia mengamuk tak nak duduk dalam bangunan. Kasi peluang la dia main tangga. Dah nak Maghrib baru masuk semula


Si kenit ni kalau perutnya kenyang, gembira aje. Perut kenyang, hati senang ^_^


Safiyyah dan Faris (anak teruna Syeda) sibuk dengan aktiviti mewarna. Tak peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling. Dunia anak kecil memang indah!


Dah saya tak duduk dalam dewan, saya tak tahu la siapa yang buat persembahan, persembahan apa yang ada, siapa yang menang dalam semua acara sukan...eh, semua la tak tahu :p. Yang saya tahu, Raja Farhana buat persembahan dan saya juga tahu dia jadi juara dalam MWGi Idol. Raja Farhana ni memang berbakat. Bersukan boleh (lebih daripada 1 acara dia masuk dalam MWGi kali ni termasuk ping pong dan tarik tali), menyanyi boleh, memasak pun pandai. Dia memang popular di Madison :). Suami saya gelar dia 'kak Raja serbaguna'. Hihi.

Majlis penutup berakhir baru kami masuk dalam dewan..ehe..


Saya dengan kak Chah. Suami saya dengan Reese (atas) dan abang Apai (bawah)


Masa ni saya dengar ramai yang mengadu lapar. Eh, pelik pulak saya. Bukan ke sebelum majlis penutup tadi ada dinner? Tanya kak Chah...baru la saya tahu cerita. Makanan masa dinner memang tak sedap! Saya tersengih-sengih je masa ni. Kata kak Chah, dah la tak sedap. Makanan yang dihidangkan pun entah apa-apa. Tak mengenyangkan langsung. Saya tanya apa menunya. Kak Chah kata dia pun tak reti nak describe. Yang ada..kentang lenyek, salad, chips dan entah apa-apa la lagi. Menu ala omputih rupanya :p. Patut la suami saya tak nak bagitau. Haha. Ada rupanya hikmah saya tak dapat didaftarkan sekali untuk dinner ;).


Atas: Saya sekeluarga bersama Puan Rozita (staf Education Malaysia)
Bawah: Bersama Ku Ila Sekeluarga


Puas bergambar, masing-masing sibuk nak cari tempat makan. Hihi. Kesian. Mulanya kami pakat-pakat nak makan di Palis Cafe tu je tapi dah tutup pulak. Bincang dengan Ku Ila dan Isa, kami sepakat makan di Subway. Sampai-sampai Subway...ramai geng-geng Melayu kat sana! Kaya la Subway malam tu :p. Kami tak dapat makan sekali. Subway dah nak tutup. Kami la pelanggan terakhir. Masa ni sekali lagi dengar diorang merungut pasal makanan masa dinner tu :p.


Melayu je semuanya kat Subway masa ni :D


Dah lukis atas kertas, lukis atas tangan dan muka pulak. Seni tanpa batasan namanya :p


...bersambung lagi..

19 comments:

Irfan said...

nice trip.. >.<

yatie chomeyl said...

haha lawak la safiyyah tdo menonggeng atas rumput.skill tidur terhebat ;)

Kamalia said...

Bestnye..jauh jugak ek nadiah brjln..senyuman syakir tu mmg menawan sungguh.:)

Unknown said...

adoi safiyyah. Atas rumput pun boleh nyenyak tido dia ya...

trip yang pastinya meninggalkan seribu kenangan buat nadiah dan keluarga kan...:)

Mek Rose said...

if rafiq pon sure takut tgk maskot tu..huhu

sonot eh..terokai tempat org..if de peluang..nak jugak merasa cam nadiah..:-)

Fazlinil Irma said...

dalam banyak2 gambar. gambar safiyyah tido atas rumput tu jugak yg terserlah. kalau masuk pertandingan gaya tidur. mesti menang. :)

psstt.. masa tgok entry ni, mak sy ada kat sebelah. dia tanya sapa tu(merujuk pd gambar safiyyah tido)? hehe.

syawalsimpsons said...

comey saffiyah tido kat rumput 2.ehehhehe

Syigim said...

gamba kak yong tido atas rumput tu lawak! so cute! gamba baby boy senyum tu pun comel gile! :)

kita pun mcm nadiah jgk..kalau hubby pegi makan2/dinner xbwk kitorang, bila dia blk sure tanya tanya psl makan ape, menu ape, sedap ke, makan byk ke bla bla bla... mmg everytime! ;)

Acik Erna said...

nadiah..banyak acara rupanya masa trip ni ye..
yang tak tahan tengok tu safiyyah boleh lelap atas rumput aje..sian kat dia..
adik safiyyah bukan main comel dengan gelak dia..suka betul dia..

Ibu Yusuf Maryam said...

Byk2 picas.. tang safiyah tido kat rumput plg mencuit hati.. kihkih.. comel sgt2..

Ummi Salsabila said...

Ramainya Malaysian Akak jumpa.mcm2 aktiviti ye.safiyyah tido je kat mana2 eh..;)

Anonymous said...

cute la safiyyah tido... syakir pun tersenyum comel jer, jom la join contest

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Hebat betol gaya anak dara ni tido..atas rumput pun jadik yek :P

Affieza said...

Bestnya percutian ni byk aktiviti..hehe

ummi_ziz said...

hihihi safiyyah, safiyyah..wpon conteng muka awk ttp comel ok..wah best jmp rmi msian tu..dh mcm kt msia plak, kn? hihi.

Chik Na said...

Kiutnya gambar safiyyah tertido di rumput tu... n suka gambar Syakir yang kekenyangan tuh

eB said...

suker3 :)

Nadiah Sidek said...

irfan: yup!

yatie: skill tidur safiyyah mmg mcm2 :D

k.kamalia: a'ah, jauh kak

k.yus: belum tidur lagi tu kak..baru menonggeng je..hihi..

rose: safiyyah dpd dulu mmg takut mascot

irma: jgn mak irma ingat kite yg menonggeng atas rumput tu sudah la..hihi..

syawalsimpsons: hihi..

syigim: yay..ada geng! mmg suka tanya dia mkn apa kalau kite tak ikut sekali :p

k.erna: acara rasminya tu je kak..yg lain2 tu acara sendiri2 :D

Nadiah Sidek said...

k.zefa: boleh jadi picture of the month la kot..hihi..

ummi salsabila: safiyyah flexible bab tidur..hihi..

k.fa10: ala..angin rajin join contest belum dtg la kak..huhu..

ummi aisyah: dah ngantuk kat mana2 pun tak kisah :p

affieza: yup ;)

ishamizu: tu la..rasa mcm kat malaysia jumpa malaysian ramai2 :D

chik na: :D

eb: tq! :)