Pages

Wednesday, April 25, 2012

WW: Tulip pelbagai warna

Khas buat semua peminat bunga tulip. Enjoy! :)























Sunday, April 22, 2012

Pulut dwi warna dan rendang ayam

Ni adalah menu kami seminggu yang lepas :D

Pulut ni suami saya yang buat. Dah berminggu saya teringin nak makan pulut kuning tapi tak terbuat. Akhirnya suami saya yang buatkan ^_^. Tiba-tiba je angin rajin dia datang malam tu. Tengah mengukus pulut ni la siren amaran tornado berbunyi. Oh, saya memang dah tidur masa tu. Tidurkan Shakir, harus la saya terlena sekali :p. Sengaja suami saya buat 2 warna. Nak bagi nampak berseri agaknya. Suami saya nak buat warna kuning dan merah tapi yang warna merah tu jadi warna merah jambu pula


Suami saya bentukkan pulut macam ni supaya saya tak marah tengok dapur berkecah keesokan paginya -_-". Tak ramai lelaki pandai kemas dapur lepas guna, kan? Yang pandai kecahkan dapur ramai la :p


Keesokan harinya baru la saya masak rendang ayam. Dimakan dengan pulut dwi warna. Alhamdulillah, tertunai dah hasrat di hati nak makan pulut bersama rendang :)



Thursday, April 19, 2012

Dandelion










Al-kisahnya, saya baru je tahu bunga kuning ni bunga dandelion :p. Sebelum ni, saya hanya kenal dandelion seperti dalam 4 gambar di atas tu je. Hihi. Tu pun lepas google baru saya tahu. Punya la tertanya-tanya bunga kuning tu bunga apa. Merata-rata ada bunga ni. Rupa-rupanya dandelion! Banyak kali saya terjumpa bunga ni di tepi-tepi jalan besar. Segan betul nak ambil gambar di tepi jalan besar. Mujur terjumpa 2 kuntum dandelion yang 'tersesat' tu ^_^




Wednesday, April 18, 2012

WW: Tudung dan cara pemakaiannya




 <Klik gambar untuk lihat lebih jelas>


Jom sama-sama betulkan cara pemakaian tudung :)



Nota: Kedua-dua gambar tersebut saya ambil dari Facebook. Sekalung penghargaan buat mereka yang menghasilkannya

Monday, April 16, 2012

Demonstrasi teh tarik oleh Safiyyah

Anda tahu macam mana nak menghasilkan teh tarik? Jom saksikan demonstrasinya ;)


Penuh konsentrasi


Video ni dirakam sewaktu majlis Malaysian Night hujung bulan lepas. Oppss..saya memang belum tulis lagi entri Malaysian Night. Kalau rajin, ada la nanti entrinya. Kalau tak, takde la :p. Masa ni dah kemuncak majlis. Sebelum majlis berakhir, semua hadirin diberi teh tarik. Teh tariknya dah nampak macam teh biasa je..dah tak ada buih-buih tu. Makanya, Safiyyah atas inisiatif sendiri, tarik semula teh tu agar ia nampak seperti teh tarik yang sebenar ^_^


Itu antara aktiviti kesukaan Safiyyah di rumah. Tak ada siapa pun yang ajar dia. Mulanya dia belajar tuang air dalam cawan. Lepas tu, dipindahkan air dari satu cawan ke satu cawan yang lain. Dah mahir, baru dia belajar pegang kedua-dua cawan dan buat macam ala-ala nak buat teh tarik. Safiyyah cermat orangnya. Tak tumpah pun air tu tapi kalau Shakir nampak..habis la ditarik cawan atau tangan Kak Longnya. Daripada tak tumpah, jadi tumpah :p.

Isrimewanya di rumah, bukannya Safiyyah buat teh tarik tapi air kosong tarik ^_^


Sunday, April 15, 2012

Amaran tornado

Malam semalam kami dikejutkan dengan bunyi siren sebagai amaran berjaga-jaga kebarangkalian puting beliung (tornado) akan berlaku di sini. Saya dah tidur masa tu. Terdengar bunyi siren tapi dalam keadaan mamai, saya abaikan bunyi tu dan tidur semula. Mata memang tak larat nak dibuka. Hampir tengah malam dah pun sewaktu siren berbunyi. Suami kejutkan saya dan beritahu kena turun ke basement, baru la saya betul-betul tersedar.

Saya jenguk ke luar tingkap. Tiba-tiba rasa berdebar. Suasana di luar menyeramkan. Hujan. Angin agak kencang. Ya Allah, tornado akan ke sini ke? Macam-macam yang saya fikirkan ketika itu. Entah macam mana, saya terbayangkan yang tornado benar-benar berlaku dan tak semena-mena saya terfikir Hari Kiamat. Huhu. Takut sangat masa tu. Dalam pada takut dan berdebar tu, saya tak berganjak lagi dari atas katil. Aduh, entah apa kena la dengan saya ni. Suami suruh saya bersiap, baru la saya bingkas bangun dan terus salin baju berlengan panjang. Tudung, saya letak tempat yang mudah dicapai.

Lama juga la siren berbunyi. Kejap perlahan, kejap kuat pula bunyinya. Tiap kali siren berbunyi kuat terasa-rasa macam tornado dah dekat. Lepas beberapa minit berlalu, belum pun sempat kami turun ke basement, siren berhenti berbunyi. Alhamdulillah, tornado tak sampai ke sini. Walaupun siren dah berhenti berbunyi, dada saya masih terasa lagi debarannya. Lama juga baru hilang rasa debar tu. Mata pun susah nak lelap lepas tu. Pukul 1 lebih baru saya terlena.

Doakan keselamatan kami sepanjang kami di sini ye. Harap-harapnya sekali tu je la dengar bunyi siren amaran tu. Sungguh mendebarkan!

__________________________________________

Tornado Warning Policy [sumber]

IN THE EVENT OF A TORNADO WARNING:

  1. Lincoln/Lancaster County Emergency Management will activate emergency sirens upon confirmation of a tornado. The duration of sirens is 3 minutes. All University personnel are directed to seek shelter upon activation of the sirens. It is not safe to leave the shelter until local radio and television stations announce that the warning has expired.
  2. Where available, the University may provide supplemental notification of Lincoln/Lancaster County Emergency Management tornado warnings through one of the following methods:
    • Amplified voice announcements over the public address system.
    • Multicast to radio user groups
    • UNL Alert
    • A pager held by the Building Maintenance Reporter.
    • Other approved devices

SAFETY PROCEDURES

INDOORS
  1. Move quickly to the tornado shelters listed on posters in university buildings.
  2. Do not use elevators.
  3. Stay away from windows.
  4. If a tornado strikes, help avoid telephone overloads. Do not use telephones (including cell phones) except for emergency.
OUTDOORS
  1. Seek indoor shelter if possible.
  2. Parked motor vehicles are unsafe. Seek indoor shelter.
  3. If an indoor shelter is not available and there is not time for escape, lie flat in a ditch or low spot.
  4. If you are on flat ground and are caught in the path of a tornado, always move at right angles to its path.

DEFINITION OF TERMS:

Tornado Watch means that conditions are favorable for tornadoes to form. Be alert to weather conditions and announcements.
Tornado Warning means that a tornado has been sighted or radar indicates rotation in the clouds. TAKE SHELTER!



Tuesday, April 10, 2012

Easter Lily

Sebelum ni saya hanya tahu nama bunga ni sebagai lily sahaja. Baru je tahu lily jenis ni ada nama khusus. Easter Lily namanya


Bunga ni hadiah daripada suami saya sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4 pada 29 Mac lepas :). 3 bunga dah layu baru ingat nak ambil gambar. Cepat betul bunganya layu. Tadi saje la saya google pasal bunga ni. Rupa-rupanya...kena buang bahagian tengah yang berwarna kuning tu supaya bunga tu dapat bertahan lebih lama. Baru la tahu kenapa bunga tu cepat layu!


Yang kuning tu la yang perlu dibuang. Safiyyah cukup suka main benda tu...habis berterabur debunganya.


Satu lagi fakta yang saya jumpa...bunga ni (termasuk semua jenis lily) toksik pada kucing. Nasib baik la kami tak bela kucing!

Sunday, April 8, 2012

Shakir bermandikan yogurt

Tsk...anak siapa la ni..?
(buat-buat tak kenal pula anak sendiri :p)


Patut la petang tadi senyap je...ada projek rupanya si kenit ni. Baru tinggalkan sekejap je untuk solat...tengok-tengok Shakir dah 'mandi' yogurt -_-". Hasil kerjasama dengan Kak Long dia la ni. Kak Long tukang buka peti ais, si adik punggah barang-barang dalamnya. Hasil punggahan, terjumpa la yogurt. Pandai pula tu buka plastik penutup yogurt.

Nampak je ummi dia, terus sengih. Lepas tu tepuk tangan. Nak marah pun tak jadi :p.



Saturday, April 7, 2012

Hotpot potatoes

Resipi ni saya dapat dari blog Irma. Lama dah saya ambil resipinya dan dah beberapa kali saya buat (semalam pun saya buat sekali lagi ^_^) cuma baru kali ni teringat nak kongsikan di blog. Saya pernah buat sekali masa jamuan di rumah ni dan ramai yang kata sedap. Suami saya pun kata sedap. Kalau dah buntu tak tahu nak masak apa, boleh la cuba resipi ni...senang dibuat dan sedap dimakan :)


Bahan-bahan :
500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang.
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 mangkuk sayur campur ( kacang peas, carrot dan jagung )
1 tin tomato yang dicincang ~ saya guna sebiji tomato dan dipotong dadu
1 sudu teh mixed herb ~ saya guna Italian seasoning
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis
1 kiub ayam
2 biji cili dipotong nipis ~ saya tak letak
Garam


Topping :
5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper (saya guna black pepper). Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.
Keju Mozarella
Parsley. Takda pun tak pa ~ saya tak letak


Cara-Cara :
Bismillahirrahmanirrahim..

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.
  2. Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.
  3. Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.
  4. Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.
  5. Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.

Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.


Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan


Dari sisi tepi


Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh.
Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam (saya bakar selama 45 minit...lebih daripada tu memang boleh jadi rentung :p. Bergantung pada oven masing-masing).


Dah siap dibakar.
Pembantu saya tu tak habis-habis lagi buat kerja :p


 Sedia untuk dimakan! ^_^
Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang.


Nota: Kalau ada sesiapa yang berminat nak tempah kek atau pavlova, boleh juga tempah dengan Irma. Jenguk di blog dia untuk hubungi empunya diri :)


Thursday, April 5, 2012

BBQ perasmi

Di sini BBQ dah jadi aktiviti 'wajib' kami. Macam tak sah kalau tak buat BBQ. Masuk je musim bunga, secara automatiknya mesti terfikirkan BBQ. Mula la merancang hari yang sesuai untuk dibuat BBQ. Alhamdulillah, BBQ pertama bagi tahun ni dah pun dibuat pada Jumaat lepas; 30 Mac 2012 sempena meraikan kedatangan tetamu yang datang jauh dari Fort Collins, Colorado.

Kiranya itu adalah BBQ perasmi untuk tahun 2012. InsyaAllah, akan ada susulannya sehinggalah musim luruh nanti ;). Hanya di musim sejuk je BBQ tak dibuat. Tak ada siapa yang sanggup nak membeku di luar rumah semata-mata nak ber-BBQ. Kalau ada, boleh tabik spring la! Ehe..


Tukang bakar. Saya hanya jadi tukang perap ayam je


Seronok juga ber-BBQ di waktu malam. Kebiasaannya kami buat BBQ di siang hari


Abe Jie dan Kak Ria melayan Shakir sambil diperhatikan Yaya; anak ke-2 mereka


3 orang lagi anak Abe Jie dan Kak Ria. Dari kanan: Johan yang sulung, Widad yang bongsu dan Irfan anak ke-3. Mereka datang ke Lincoln semata-mata nak menghadiri majlis Malaysian Night gara-gara teruja dengan komen-komen yang positif dan memberangsangkan berkenaan Malaysian Night yang dibuat oleh NUMSA (Nebraska University Malaysian Students Association). Tak sangka pula Malaysian Night anjuran NUMSA mendapat pujian daripada VIP yang pernah menghadirinya


Nampak tak si kecil kami tu? :)


Seronok Shakir dapat main di luar waktu malam.
Safiyyah masa ni sedang diulit mimpi. Orang dah kenyang, baru dia bangun



Wednesday, April 4, 2012

WW: Gadis dan teruna Melayu terakhir ^_^

Si gadis berkebaya dan si teruna berbaju Melayu
sempena majlis Malaysian Night pada 31 Mac 2012 :)


Monday, April 2, 2012

Spring has sprung!

Sebahagian daripada gambar-gambar bunga yang sempat saya ambil sewaktu makan angin 2 minggu lepas :)












Nota: Musim bunga tahun ni pun sedikit pelik. Cepat sungguh panas. Dah macam musim panas pula sekarang ni padahal baru je masuk musim bunga