Alhamdulillah bulan Mac lepas sempena cuti pertengahan penggal pertama persekolahan, Allah beri ruang pada kami untuk pulang ke kampung. Pagi Sabtu 14 Mac 2020, kami mulakan perjalanan ke Kelantan. Sampai sana dalam pukul 2 petang kalau tak silap. Waktu tu yang ada di rumah hanyalah Wan (bapa mentua saya) dan seorang anak buah. Mok (mak mentua) keluar dengan adik ipar sekeluarga.
Anak-anak seperti biasalah gembira dapat jejakkan kaki di kampung. Lebar senyuman masing-masing. Kalau ada sepupu-sepapat, lagilah berganda keseronokan mereka. Ummi dengan papa pun macam tak wujud bila berada di kampung 😏. Tapi aman sikit sebenarnya. Anak-anak kurang sikit buat perangai. Kurang jugalah sakit kepala ummi..hehe.
Pagi Isnin dah siap-siap berkemas nak pulang ke Kuala Lumpur semula. Tak dapat nak berlama-lama sebab suami ada urusan yang perlu diselesaikan segera. Dapat balik sekejap pun dah satu rahmat dah. Sebelum bertolak balik, suami ke hospital. Dah dua hari pening kepalanya tak hilang. Nak bernafas pun agak kurang selesa. Bimbang dijangkiti COVID-19 je masa tu.
Suami balik dari hospital dalam pukul 2 petang. Alhamdulillah, doktor kata bukan disebabkan COVID-19. Tak lama lepas tu pula suami dapat panggilan yang memaklumkan urusan yang patut diselesaikan segera tu terpaksa ditunda akibat penularan COVID-19. Makanya suami buat keputusan untuk bermalam di kampung untuk beberapa hari lagi. Anak-anak dapat tahu je terus bersorak.
Tak disangka pula pada 16 Mac tu Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan tu suami rancang nak mohon permit di balai polis untuk pulang ke KL pada hari Khamis tapi tak jadi akhirnya sebab anak-anak belum nak balik rumah. Hmmm...kalau dah
balik kampung, tak ingat rumah dah ya, anak-anak? Akibat menangguh-nangguh, akhirnya terkandaslah kami di sana selepas pengumuman baru larangan rentas negeri dikuatkuasa.
Saya berlapang dada je masa tu. Lagipun, waktu tu hanya tinggal kami sekeluarga je di kampung bersama mentua. Ipar-duai yang lain dah selamat balik ke rumah masing-masing. Makna kata, tak perlulah saya tutup aurat sepanjang masa di sana. Rezeki juga tu. Hehe.
Itulah kisahnya bagaimana kami terkandas di kampung. Asalnya nak balik ke kampung 3 hari sahaja. Sudahnya, hampir 2 bulan kami berada di sana. Lebih tepat lagi, genap 55 malam di sana. Pecah satu rekod...hehe. Betullah, kita ni hanya mampu merancang, yang tentukan hanyalah Allah.
Alhamdulillah, awal Mei kerajaan umumkan kebenaran rentas negeri bagi yang terkandas di kampung. Giliran dari Kelantan adalah pada 8 Mei. Serba-salah masa tu untuk buat keputusan. Separuh hati rasa nak balik, separuh lagi kata jangan balik. Kalau balik, kesian pula mok dan wan. Hampir 2 bulan rumah tu riuh-rendah dengan suara anak-anak. Tiba-tiba jadi sunyi-sepi. Raya pun dah tak lama lagi. Tapi kalau tak balik, susah anak-anak nak buat kerja sekolah. Nak dapat kebenaran rentas negeri lagi entah bila pula. Berat hati, kami buat keputusan untuk balik juga.
Saya paling tak suka jadi yang terakhir tinggalkan kampung. Tak sanggup tengok wajah sedih mok. Air mata mok. Hari nak balik tu mujurlah keluarga kakak ipar ada di sana. Kurang sikitlah sedih mok tapi tetap juga air mata mok menitik 😭....
2 comments:
Akak Pula baru sabtu Lepas dpt pulang kekampung suami apabila PKP P boleh merentas negeri.. kesian juga mertua.. hampir 6 Bulan tidak menjenguk mereka.. last balik cuti sekolah Bulan disember 2019..
Ingat nak balik cuti sekolah Bulan Mac Tu.. tapi tak sempat apabila dimaklumkan PKP..
Hari sabtu punya suka abah mertua..
Peluk anak menantu cucu2..
Siap cakap rindunya dgn korang semua..😭😭
itulah, kawan-kawan nadiah pun ramai ambil peluang balik kampung waktu pkpp ni lepas berbulan-bulan tak dapat balik kampung
Post a Comment