Pages

Wednesday, February 10, 2010

Maut selang sehari

sumber: myMetro

Maut selang sehari: Tajuk berita di laman depan Harian Metro bertarikh 10 Januari 2010 [klik sini untuk baca berita penuh di myMetro]. Saya dapat tahu berita ni lebih awal lagi di status Facebook abang Khairur (salah seorang staf USM) yang tulis setiap perkembangan yang berlaku pada kedua beradik tu...

February 5, 9.48 am: anak Nik Shamrul Zaimi (kawan SMACH saya) warded in ICU, Lam Wah Ee, Penang. mari kita doakan agar Nik Hazwani Hawa cepat sembuh

February 5, 8.09 pm: Nik Hazwani Hawa Binti Nik Shamrul Zaimi telah kembali ke rahmatullah awal pg td. Jenazah akan disimpan selepas Asar. Lokasi persemadian belum dikenal pasti

February 6, 12.36 am:
aku sdg bersama Pak Da (Nik Shamrul) di rumah bapa saudaranya Dato' Hj. Rahim di tkt sg. gelugor. Anakanda Nik Hazwani Hawa sedang dikafankan. Adiknya dimaklumkan stabil di hospital

February 6, 5.35 pm:
Pilu. Hari ni anak ke -3 Nik Shamrul Zaimi dibawa pergi. Semalam anak ke-2. Dalam tempoh tak sampai 24 jam dia mengkebumikan 2 anaknya. Doakan agar Nik Shamrul dan isteri selamat

February 6, 7.25 pm:
Kembali ke rahmatullah. Nik Hazwani, 4 tahun, kembali ke rahmatullah pada 6 Februari 2010. Adiknya Nik Zawiah, 3 tahun, kembali ke rahmatullah pada 7 februari 2010. Al-fatihah...


Nik Zawiah Zahida; beberapa jam sebelum menghembuskan nafas terakhir. Gambar diambil (dengan izin) dari Facebook abang Khairur

Memang saya ikuti perkembangan 2 beradik tu sejak abang Khairur maklumkan di Facebook yang mereka berdua ditahan di hospital. Arwah Nik Hazwani Hawa dan Nik Zawiah Zahida disahkan oleh Doktor meninggal akibat dengue shock syndrome. Sedih sangat walaupun saya tak kenal langsung kedua-dua arwah dan ahli keluarga mereka. Lebih memilukan, ibu mereka masih dalam pantang lagi...belum sebulan pun lagi umur anak (keempat) yang baru lahir tu...


Dengue shock syndrome (DSS), also mistakenly referred to as dengue hemorrhagic fever (DHF), is characterized by dengue fever's symptoms of abdominal pain, hemorrhage, with the addition of circulatory collapse. Dengue hemorrhagic fever starts unexpectedly with extreme fevers, headache, sore throat, cough, nausea and vomiting. Dengue shock syndrome is the most severe case of dengue fever. The shock occurs after two to six days of symptoms, followed by collapse, weak pulse, and blueness around the mouth. Symptoms also include: easy bruising, blood spots, bleeding gums and nosebleeds. Dengue shock syndrome can be fatal. The mortality rate ranges from 6 to 30 percent, most commonly in children. [click here to read more]


Siapa tak sedih bila dua orang permata hati pergi selamanya dalam tempoh tak sampai 24 jam. Tambahan lagi kedua-duanya perempuan. Yang sulung dan yang bongsu (yang baru lahir tu) kedua-duanya lelaki. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Moga keluarga arwah diberi kekuatan dan sabar serta tabah hadapi ujian. Al-Fatihah..

Monday, February 8, 2010

Kenapa saya berkacamata

Tag ni pun lama dah..baru sekarang rajin nak buat jelir. Tag ni diberi oleh Ummi Khayra dan Farhana. Sebenarnya, tag ni dari Dayah tapi masa tu saya terselamat la sebab Dayah tak tag saya, sekali kena tag jugak. Ni tengah rajin ni layan je la..ehe. Oh ye, sape-sape yang buat tag ni, secara tak langsung boleh masuk contest kak Pija. Klik sini kalau nak tahu syarat contest dan hadiah yang ditawarkan. Saya buat tag ni saje-saje je, tak join contest kak Pija pun kenyit


1. Sejak bila anda mula berkaca mata?
-> Erk...lupa lak...yang ingatnya masa tu saya masih di USM...dalam tahun 2004-2005 kot..

2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
-> Ada sekali tu terlewat masuk dewan kuliah...terpaksa la duduk belakang (saya memang biasa duduk depan dalam dewan kuliah..kalau duduk belakang, sibuk tengok ragam teman sekuliah sengihnampakgigi)...tengok slide kat depan kabur je...masa tu ingatkan sebab tulisan tu kecik sangat tapi bila tanya kawan sebelah, dia kata nampak sharp je tulisan tu. Alahai...rabun rupanya saya ni!

3. Berapa 'power' pada permulaan anda berkaca mata (anggaran)?
-> Seingatnya mata kanan 150 (eh..ke 100 ek? adeh...lupa la adus), kiri 75

4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama?
-> Ala-ala bujur, half frame

Ni la cermin mata saya. Gigih cari cermin mata ni semata-mata nak letak kat sini sengihnampakgigi

5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini?
-> Saya tak pernah bertukar cermin mata lagi setakat ni senyumkenyit

6. Berapa power terkini anda (anggaran)?
-> Tak tau la...tak pernah check pun sejak buat cermin mata dulu. Rasanya makin bertambah..huhu..tapi harapnya tak la. Sejak kahwin memang jarang sangat pakai cermin mata sampai tak ingat letak mana jelir

7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini (anggaran)?
-> Takde koleksi, ada 1 tu je la kenyit

8. Jika anda ada sentimen tidak suka berkaca mata, sila nyatakan sebab musababnya
-> Rimas
-> Pandangan rasa terhad (dalam ruang lingkup cermin mata) - kalau yang pakai cermin mata mesti faham apa yang saya maksudkan ni encem
-> Tak selesa. Masa mata elok normal dulu teringin sangat nak pakai cermin mata sebab tengok orang yang pakai cermin mata nampak cantik je, nampak educated gitu tapi bila saya betul-betul kena pakai cermin mata...huwaa...baru tahu pakai cermin mata sangat tak best!
-> Kalau pakai cermin mata lama-lama, mesti berbekas kat hidung (kena bahagian tengah cermin mata) dan kawasan keliling mata pulak agak cerah berbanding kawasan muka..huhu..tak best!

9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa?
-> Kaca mata. Leceh la pakai contact lens. Saya pernah tengok ex-roommate saya masa kat matrik (KMPP) dulu...rumit la! Setiap kali dia nak ke kelas, dia kena bersiap lebih awal sebab nak kena cuci contact lens tu dulu, dan saya gerun tengok dia masukkan contact lens tu dalam matagigitjari. Sorang kawan saya pulak, sebelah contact lens tercicir masa nak bersiap ke kelas! Cari-cari tak jumpa. Balik dari kelas cari semula, jumpa tapi contact lens tu dah terkoyak. Mungkin terpijak. Saya rasa memang sangat tak sesuai la contact lens dengan saya sebab saya selalu nak cepat je dan kalau dah letih dan mengantuk sangat, mesti terus tertidur...bahaya contact lens dibiar dalam mata masa tidur! Sah...memang tak sesuai dengan saya senyumkenyit

10. Optometrist pilihan anda?
-> Takde sebab baru sekali je buat cermin mata

11. Pasangan anda berkaca mata?
-> Yup...power dia jauh lebih tinggi daripada power mata saya tapi selalu perasan matanya normal...tak pakai pun cermin mata (kata dulang paku serpih...sengihnampakgigi). Sebab tu sejak kahwin saya jarang pakai cermin mata..dah suami pun tak pakai cermin mata, saya pun tak pakai la jugak (ada pulak main ikut-ikut orang adus). Oh, tapi sejak kami di US ni suami saya pakai dah cermin mata kecuali kat rumah tapi saya masih tak pakai-pakai jugak. Rasa seronok pulak bila dah lama tak bercermin mata walaupun pandangan kabur bila tengok jauh ihikhik

12. Apa pandangan anda pada kanak-kanak yang memakai kaca mata?
-> Kesian...kecik-kecik dah kena pakai cermin mata. Tak dapat bayangkan macam mana diorang besar nanti..entah berapa agaknya power mata diorang masa tu. Macam lecturer saya sorang tu..mata sebelah kirinya boleh dikatakan tak berfungsi sebab power mata kiri tu terlampau tinggi


Sape-sape yang bercermin mata tu...jom la buat tag ni pastu boleh join contest sekali...masih ada masa lagi ni...tarikh tutup 28 Februari ni kenyit

Sunday, February 7, 2010

Mujur tak tertelan!

Seminggu dah blog ni takde entry baru. Malas, takde idea, takde mood, semua bercampur! Tadi tiba-tiba teringat kisah masa di sekolah rendah dulu..

Masa tu saya duk makan keropok lekor. Antara favourite food kitorang la masa rehat. Tengah-tengah sedap kunyah, ada pulak part yang agak 'keras' sebab keropok lekor tu agak sejuk tapi pulun jugak nak hancurkan keropok tu. Kunyah punya kunyah tak nak hancur gak!

Waktu rehat pulak dah nak habis...nak tak tak, terpaksa la buang keropok yang 'degil' tu. Tengok-tengok...la...gigi rupanya! Patut le tak hancur-hancur! adus Memang tak perasan yang saya tengah kunyah gigi...ingatkan keropok lekor tu yang keras sangat jelir. Mujur saya tak tertelan gigi tu. penat

picture by Google

Kalau tak silap, sebelum tu lagi gigi susu tu goyang tapi penakut ya amat nak cabut! Pernah sekali tu 1 gigi susu dah goyang sangat-sangat...mak saya nak cabutkan tapi saya tak nak sampai menangis-nangis (haha...drama queen betul! sengihnampakgigi). Takut sakit bila cabut gigi padahal bukannya sakit pun cabut gigi susu. End up, saya duk main-main la gigi tu...goyang-goyangkan sampai tercabut. Nak terus tarik rasa gerun la pulak. Memang dasar penakut. ihikhik


p/s: nanti Safiyyah besar (insyaAllah) tengok macam mana gayanya nak dicabut gigi susu...kalau takut tu sah-sah la menurun perangai umminya! jelir

Monday, February 1, 2010

Hobi terbaru Safiyyah

Bukak laci dapur!


Sangat suka la dia buka laci dapur tu. Tiap kali saya tutup, tiap kali tu jugak la dia bukak balik. Memang tak senang hati dia kalau nampak laci tu tertutup. Sebelum ni asyik buka pintu kabinet dapur sebabnya kabinet tu memang takde kunci dan sangat senang dibuka (tak ketat..sesetengah kabinet kan ada magnet belah dalamnya, payah sikit nak buka, yang ni takde langsung). Tapi sekarang dia tak boleh buka dah pintu kabinet dapur sebab dah dipasang safety lock kenyit.

Pintu kabinet dapur yang dah dipasang safety lock


Dah tak boleh bukak pintu kabinet, laci pulak yang dia duk main. Laci yang belah atas je dia tak sampai lagi. Tiap kali bukak, mesti bukak ketiga-tiga laci. Kadang tu saya tutup balik, ada masa biarkan aje laci tu ternganga lagipun takde benda bahaya kat situ. Benda-benda tajam semuanya dalam laci belah atas sekali yang dia belum sampai tu.

Muka tak bersalah lepas bukak laci senyumkenyit


Hantuk kepala kat dinding
Ni dikira hobi jugak ke? jelir Tak tahu kenapa 3-4 hari ni Safiyyah suka hantukkan kepalanya kat dinding, kadang-kadang kat pintu oven. Memang perlahan aje tapi risau la jugak kalau-kalau dia terhantuk kuat. Dilarang, mengamuk-ngamuk dia. Kalau saya letak tangan saya kat dinding (bahagian dia nak hantukkan kepala tu) pun dia mengamuk, tak nak dia hantukkan kepalanya kat tangan saya, nak kat dinding jugak! Isk adus. Semalam saya baca entry kak Pija pasal Tabiat Menghantukkan Kepala pada Kanak-kanak...normal rupanya habit ni.

Antara sebabnya, untuk mengurangkan kesakitan. Saya rasa sebab ni la kot Safiyyah duk hantuk-hantuk kepalanya ke dinding. Saya perasan gusi atasnya nampak bengkak sikit, macam nak tumbuh gigi. Lagipun, sejak seminggu lepas dia asyik menggigit je waktu menyusu sampai umminya ni naik fobia nak menyusukan dia..huhu..


Usung kain batik
Kegemaran Safiyyah juga ni. Pantang nampak kain batik umminya, tak kita la yang dah basuh atau belum, ke hulu ke hilir dibawanya. Entah apa yang dia minat sangat pada kain batik. Kain lain dia tak nak pula. Hari tu dia keluarkan kain-kain yang baru dibasuh dari dalam bakul, dicarinya kain batik. Masa tu kain batik tertindan sikit dengan kain-kain lain. Jumpa kain batik, menyengih aje sengihnampakgigi

Dah letih pusing-pusing dalam rumah dengan kain batik, mesti terbaring dengan kain tu kenyit