Pages

Saturday, March 27, 2010

Beautiful Blogger Award

Dapat award lagi! Yay! Lama dah dapat award ni tapi disebabkan award ni disekalikan dengan 'tugasan', tu yang peram dulu tu sengihnampakgigi. Kalau dapat award semata-mata, cepat je publish jelir. Award ni tengah popular sekarang ni. Kebanyakan blogger ada je dapat award ni. Siapa la agaknya yang mula-mula pass award ni agaknya ye? fikir


1. Thank and link the person who gave you the award.
-> Terima kasih daun keladi buat Chik Na, Deena, Syigim, Yatie Chomeyl, kak Sari, Ummi Nor, Sarah dan Eeffah. Saaaaayang semua! cium


2. Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
-> Mamalieyna
-> Kak Love
-> Nonie
-> Mama Adli
-> Alynnz
-> Makcik Rehan
-> Catlina
-> kak Asna
-> h4ni3
-> kak Hamizah
-> Liyana
-> Layla
-> PadNani
-> Ummu Ammar
-> ibunafis


3. Contact said Blogs and let them know they've won the award.
-> Ok, insyaAllah


4. State 7 things about yourself.

-> Pembawa thalassemia (thalassemia minor), ikut genetik mak...mak pun pembawa thalassemia. Sebab tu saya nampak pucat dan cepat letih

-> Lebih suka makan roti berbanding nasi terutama Gardenia. Tak makan nasi berhari-hari takpe, janji ada roti. Oh, rindunya roti Gardenia yang lembut gebu tu! rindu

-> Mudah tersentuh hati dan murah dengan air mata

-> Selain masakan mak, suka makan makanan yang dimasak bekas pengasuh. Yummy! (oh ye, saya dan keluarga masih berhubung dengan bekas pengasuh saya sampai sekarang senyum)

-> Suka bergerak kerja/join organisasi dan jadi fasi sejak di alam kampus. Pertama kali jadi fasi masa join Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (KPRS) USM. Bila dah grad, terlibat dengan Kelab Remaja Lestari (KRL) Pulau Pinang. Rindu sangat nak bergerak kerja balik sebab banyak benda baru yang dipelajari secara langsung mahupun tidak langsung

-> Selalu rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri

-> Masih belum dapat kikis tabiat baca buku sekerat jalan bila jumpa buku lain yang lebih menarik adus

Wednesday, March 24, 2010

Winter pergi, Spring datang

Yay...sekarang ni dah masuk musim bunga (Spring)! Spring ni pun Spring pertama bagi kami sekeluarga kenyit. Spring secara rasminya bermula pada 20 Mac lepas. Cuaca masih lagi sejuk tapi tak la sesejuk Winter. Lega sangat-sangat sebab dah tak perlu pakai jaket yang tebal-tebal! penat

Masa saya upload gambar-gambar berlatar belakangkan salji sebelum ni, ramai yang bagi komen begini: "Wah...bestnya!", "Seronoknya dapat main salji!"

Hakikatnya, ramai yang tak suka Winter bila dah laluinya sendiri. Rata-rata yang saya dengar dari mulut kawan-kawan yang pernah merasai kesejukan Winter: "Ala...nak Winter dah...tak bestnya..", "Tak nak Winter dah...tak suka!"...sengihnampakgigi

Tapi...ada juga yang suka macam sorang kawan saya yang pernah belajar di US dulu. Dia memang tak sabar nak tunggu Winter. Itu la first time saya dengar orang suka Winter..senyum

Saya?? Saya takde la tak suka tapi tak bermakna saya suka sangat Winter. Kalau di Nebraska ni, rasanya orang tak suka Winter sebab kesejukan yang melampau. Suhu pernah mencecah hampir -20 darjah celcius! Memang sejuuuuukkkk sangat!

Nak tahu apa yang seronok dan tak menyeronokkan masa Winter? Haa...meh baca list bawah ni: kenyit


Yang seronoknya...
  1. Dapat main salji! menari Nak-nak yang jakun tak pernah jumpa salji macam saya sengihnampakgigi
  2. Boleh buat snowman, main sledding, skating. Err..tapi hari tu buat snowman je...yang lain tak main pun jelir
  3. Siang pendek, malam panjang. Puasa time ni memang best! Pukul 5 dah masuk Maghrib dah kenyit
  4. Boleh malaram pakai winter jacket, boot...ahaha..!
  5. Boleh bergambar dan posing sakan dengan berlatar belakangkan suasana musim sejuk yang sebenar. Terserlah kejakunan! Hihi..
  6. Sekolah dan kampus tutup bila ribut salji melanda. Time ni memang ditunggu-tunggu oleh student menari
  7. Mata terjaga/terpelihara. Saya rasa ni la hikmah terbesar musim sejuk dijadikan. Kalau tak tu...ramai je yang pakai baju macam tak pakai baju, nak-nak masa Summer..huhu..


Model-model pakaian Winter merangkap model kamera sengihnampakgigi. Gambar ni masa buat snowman dulu..
Dari kanan: Suhaizi yang dah pulang ke Malaysia, Muzammil, Sek Yee dan Syafiq



Yang tak seronoknya...
  1. Kena pakai baju berlapis-lapis dan tebal lengkap dengan gloves, earmuff, snowcap (untungnya yang bertudung takyah pakai earmuff dan snowcap peace). Leceh la! Mula-mula tu rasa macam best la sebab dapat merasa pakai pakaian Winter tapi lama-lama dah rasa tak best dah..huhu..
  2. Kulit dan bibir jadi kering merekah, adakala boleh sampai berdarah. Oh, suami saya pernah berdarah tangannya sebab kulit kering sangat sedih. Kalau tangan lelaki pun boleh berdarah, apatah lagi la kulit perempuan yang memang fitrahnya lebih lembut dan halus berbanding lelaki..
  3. Tak dapat nak keluar jalan lama-lama dan tak dapat nak ambil angin petang-petang kat taman/playground sebab terlampau sejuk
  4. Langsung takleh nak ke mana-mana kalau ribut salji melanda. Memang gerun la time ribut salji. Kuat sangat anginnya!
  5. Siang pendek, malam panjang. Oh, untuk yang ni ada juga tak best bila waktu siang lebih pendek sebab masa untuk berjalan-jalan terhad (isk..berjalan je yang diingat! adus). Jalan waktu malam tak syok...tak nampak pemandangan sekeliling, lagipun ni kawasan kampung...memang sangat tak meriah di waktu malam, sunyi sepi aje..
  6. Winter blues/gloominess (antara jenis depression) akibat daripada tak terdedah dengan cahaya matahari dalam tempoh yang agak lama. Alhamdulillah, ni takde la kami alami..kami happy je macam biasa. Lagipun dengan kehadiran si kecil, suasana muram pun jadi ceria gitu. Tengok keletahnya je pun dah cukup menggembirakan love
  7. Kebarangkalian nak gemuk agak tinggi hah. Faham-faham je la...waktu-waktu sejuk perut asyik lapar je...kejap-kejap nak makan. Buat masa ni saya dan suami masih maintain lagi kenyit, tak mengalami pertambahan berat badan (err..saya maintain underweight??)


Gambar kenangan Winter 2009/2010 love

Monday, March 22, 2010

Selamat dah jadi isteri orang..

Alhamdulillah, selamat sudah adik ipar saya (satu-satunya adik suami saya), Wan Rosni jadi isteri orang. Dengan sekali lafaz, sah la Hadi dan Rosni sebagai pasangan suami isteri. Macam abangnya (suami saya), jodohnya juga dengan orang Selangor kenyit. Majlis nikah diadakan pada 12 Mac 2010 (Jumaat) dan majlis resepsi belah perempuan diadakan hari esoknya di Kuala Krai. Yang belah lelaki, insyaAllah akan dibuat bulan 5 ni.

Nak dekat tarikh nikah Rosni, boleh dikatakan hampir setiap hari suami call kampung adacall...tanya perkembangan dan persiapan semua. Tu je la yang boleh buat. Nak tolong sama memang tak berpeluang la sebab kami tak dapat balik ke Malaysia. Dah la ni kenduri penutup adik-beradik suami...huhu..


Rosni & Hadi love
Semoga hubungan kalian diberkatiNya dan berkekalan hingga ke syurga...




Nak dijadikan cerita, masa hari nikah hari tu, mak andam dah la datang lambat...baju yang Rosni nak pulak takde! Padahal awal-awal lagi Rosni dah bagitau mak andam tu baju mana yang dia nak tapi bila tiba harinya...takde pulak baju tu. Nak menutup malu, mak andam tu bagi 3-4 baju persalinan kat Rosni. Free of charge! Pelamin pun mak andam tu kasi free of charge kenyit. Ala-ala ditaja gitu..eheh..

Masa hari kenduri pulak, Rosni ada exam (MTest KPLI) pagi tu. Hari yang betul-betul dalam sejarah la. Hari tu la kenduri, hari tu jugak la exam. Mesti kelam-kabut je hari tu. Mak ayah saya pergi kenduri Rosni tapi tak dapat jumpa pengantin sebab masa tu Rosni baru je sampai rumah, tengah bersiap-siap.

Apa pun, selamat dah semuanya. Lepas ni tunggu kenduri anak-anak buah suami la pulak senyumkenyit

Sunday, March 21, 2010

Strawberry Topping

Menjawab pertanyaan Aisyah pasal strawberry topping untuk cheesecake (untuk kek lain pun boleh juga) tempoh hari...


credit picture: strawberry


Strawberry topping

Bahan-bahan:
2 cawan strawberi
1/3 cawan gula
1 sudu kecil vanilla ekstrak

Cara-caranya:
1. Strawberi dibelah 4
2. Separuh daripada strawberi yang dibelah tadi dimasukkan dalam periuk kecil, separuh lagi dibiar tepi. Masukkan gula dan vanilla dalam periuk tadi
3. Masak atas dapur dengan api sederhana sehingga pekat sambil dikacau. Padamkan api dan masukkan dalam mangkuk kecil
4. Lenyekkan strawberi yang dah dimasak tadi dengan garpu dan masukkan baki strawberi yang diasingkan di awal tadi. Gaul sebati. Sejukkan dalam peti sejuk


* boleh dituang terus atas kek yang dah sejuk atau nak dekat masa menghidang tapi kalau untuk cheesecake, biar cheesecake tu sejuk semalaman dalam peti sejuk dulu, baru diletak topping tu