Pages

Sunday, May 8, 2011

Spring BBQ 2011

Macam biasa la bila dah masuk Spring, ni la aktiviti 'wajib' kami di sini. BBQ! Masing-masing tak sabar nak buat aktiviti kat luar. Al-maklum le..Winter terperuk kat dalam rumah je..menternak lemak-lemak di badan..hihi. Lepas je habis final exam, terus buat BBQ ni. Tempat pun macam biasa la...di Holmes Lake Park.

Semalam punya la susah nak cari tempat. Ramai sangat yang buat BBQ kat situ semalam. Pastu ada 1 event pulak yang dibuat kat situ. Graduation party kalau tak silap. Sebahagian kawasan reserved untuk event tu. Mujur ada juga meja kosong

Outing pertama Shakir! Outing pertama saya jugak sejak dalam pantang *wink*


Sesi bakar-membakar


Makanan. Macam-macam ada! Ni yang best kalau buat pot luck. Ada nasi beriani, lasagna, muffin, roti jala, sandwich, apple strudel, air koktel


Ni yang saya buat untuk pot luck kali ni. Orange Chocolate Cheesecake yang overcooked..hee~
Suami saya pulak buat keropok lekor Lincoln ;)


Sebelah saya tu Qamar (tak tau ejaan sebetulnya macam mana), Pakistani


Orang sibuk membakar, Safiyyah pun nak membakar jugak..hihi. Yang putih tu marshmallow..suami saya terjumpa marshmallow halal di kedai Arab. Saya tak berapa gemar rasanya. Orang lain kata sedap





Nampak tak benda di jari dan lengan Safiyyah tu? Aluminium foil tu. Roz rajin melayan Safiyyah duk balut-balut aluminium foil. Kejap Safiyyah suruh pakaikan, pastu disuruh bukak, pastu mintak dipakaikan balik. Lebih 10 kali Roz ulang benda yang sama. Yang kelakarnya, lepas je Roz balutkan aluminium foil tu kat jari dan lengan Safiyyah...Safiyyah berdiri tegak je macam patung. Tak bergerak langsung..macam dalam gambar tu la..hihi..


Video aktiviti Safiyyah dengan Roz yang sempat dirakamkan. Ni pun Muaz yang tolong rekod (terima kasih!). Saya tengah menyusukan Shakir masa ni. Gambar Safiyyah atas tu pun Muaz yang tolong ambil. Dah dia yang paling dekat...dia la jadi mangsa..hihi..


1 lagi aktiviti Safiyyah kat sana semalam...kejar anjing! Adeh..sabar je la. Dia memang suka kejar haiwan. Kalau lepaskan Safiyyah kat belakang rumah...dikejarnya tupai. Kawasan rumah kami ni banyak tupai. Tupai tu takpe la...ni dikejarnya anjing pulak! Huhu. Mujur Alif Sophian tolong halang. Saya tengok dari jauh je la...tengah menjaga Shakir. Semalam memang adik-adik undergrad yang tolong jaga Safiyyah (terima kasih banyak-banyak ye!).

Thursday, May 5, 2011

Safiyyah dan si hijau

3-4 hari lepas suami saya keluarkan mainan-mainan Safiyyah yang tersimpan dalam kotak termasuklah dragon hijau (erk..dragon ke??). Bagi kat Safiyyah si hijau tu..dia takut pulak. Punya la lama terperap dalam kotak sampai dia pun dah tak ingat tu mainan dia masa kecik. Nak pegang pun takut :p


Duk tengok je, pegangnya tak nak. Suruh dia tekan perut (ada muzik) si hijau tu pun dia tak nak


Kadang-kadang sengih pulak tengok si hijau tu. Isy, tak faham ummi. Entah apa la yang difikirkan agaknya


Shakir pulak main sorang-sorang atas katil ^_^. Bagusnya Safiyyah ni dia tak kacau adik dia. Selalu je saya tinggalkan Shakir atas katil tapi Safiyyah tak kacau pun. Setakat tengok je. Memang tak risau la kalau tinggalkan Shakir macam tu. Tapi kalau ummi/papa ada sekali dengan Shakir, dia pun nak sibuk la jugak. Nak pegang la, nak cium la :)

Wednesday, May 4, 2011

Wordless Wednesday: Menu selepas pantang

Nasi lemak + ayam goreng berempah


Pineapple upside down cake


Tempe goreng berlada


Kuih cara manis


Alhamdulillah..
Nikmat! ^_^

Monday, May 2, 2011

Berpantang gaya perantau

Macam mewakili semua perantau pulak :p. Ni pantang cara saya je..orang lain mungkin berbeza ;)

Bertungku
Hari tu ada yang bertanya saya bertungku ke tak kat sini. Yup, saya bertungku cuma tungku yang saya gunakan kali ni tak sama dengan tungku yang saya guna masa pantang kali pertama dulu. Dulu saya guna tungku batu. Kali ni pakai tungku moden (tungku herba)..mak saya poskan dari Malaysia. Mana nak cari tungku batu kat sini. Kalau nak pos tak berbaloi la..berat sangat! Bagus juga ada tungku moden..dapat juga la bertungku masa pantang

Ni la tungku yang saya guna. Tungku Tangisan Burung namanya. Erk..jangan tanya kenapa nama tungku tu macam tu ek. Dalam set tungku tu diberi sekali tembikar kecil tu dan 2 lilin. Mula-mula guna je pakai lilin dan tembikar tu untuk panaskan tungku. Lepas tu panas atas dapur je! Lambat la panaskan guna lilin. Cepat sejuk pulak tu. Panas atas dapur sekejap je dan habanya lama juga bertahan..takde la kena panaskan tungku banyak-banyak kali




Berurut
Pantang kali ni saya tak berurut. Takde tukang urut. Saya tak suka diurut pun..sakit! Huhu..


Set bersalin
Saya masih menggunakan set bersalin HPA, sama macam pantangkan Safiyyah dulu. Tak rajin nak survey set bersalin mana yang paling bagus. Pada saya ok je set bersalin HPA ni. Serasi la dengan saya. Dalam set tu ada ubat periuk, kapsul wanita A, kapsul wanita B, minyak barut, minyak bayi, minuman herba, ubat basuh dan spirulina

Set bersalin HPA


Mandian herba
Oleh sebab kat sini takde akar-akar kayu dan daun-daun herba...saya gunakan garam mandian therapeutic. Ni pun kebetulan je terjumpa masa gi kedai. Betul-betul ada 1 botol je masa tu. Sedap baunya. Bau serai wangi ;)

Green Tea Body Soak
Campuran Green Tea Leaves, Lemongrass, Chamomile & Calendula flowers


Menu
Setiap hari menu hampir sama. Dah nama pun pantang, kan? Ikan singgang dapat makan sekali je sebab takde ikan yang sesuai untuk masak singgang. Takde stok agaknya. Sebelum saya bersalin banyak je ikan merah dan ikan selar. Saya dah bersalin takde dah ikan-ikan tu..huhu. Yang ada hanyalah ikan bawal. Hampir setiap hari la makan ikan bawal goreng. Sekali je masak kari sebab rasa kurang sedap pulak ikan bawal masak kari. Mungkin sebab ikannya tak fresh..isinya lembik bila dimasak kari. Sudahnya goreng je la. Kalau tak makan ikan bawal, saya makan ayam. Mak saya pesan rasa dulu sikit ayam..takut gatal. Saya makan ok je, takde gatal. So, boleh la makan ayam ;).

Oh, sini ada pegaga. Itu la satu-satunya ulam yang ada kat sini. Tapi pegaga yang dijual tu dah dibuang akarnya. Bagus jugak. Kalau tak...dengan akar-akarnya kena makan..uhuk!


Bengkung
Kalau dulu saya guna bengkung lilit, kali ni saya pakai bengkung 'instant'. Saya panggil instant sebab senang..main ikat je tali-talinya :D. Tapi saya rasa bengkung lilit lagi sedap pakai daripada bengkung ni. Rasa kemas dan elok ketat je. Malangnya saya pulak tak reti nak lilit-lilit sendiri. Bukan main lilit keliling badan (perut ke pinggul) je tau..ada tekniknya. Dulu mak saya yang lilitkan. Dah cuba banyak kali tetap tak reti jugak. Tak kemas langsung. Kejap je dah rasa longgar..huhu. Tu yang mak saya poskan bengkung tali kali ni

Bengkung tali Mia ni la yang saya guna kali ni


Air ibu kunyit
Kali ni tak perlu minum air ibu kunyit sebab takde ibu kunyit. Yay! :p
Seksa tau nak menelan air ibu kunyit. Walaupun kena minum suku cawan je selama 3 hari berturut-turut...sengsara tau! Korang pantang kena minum air ibu kunyit tak? Pantang kan ikut cara mak masing-masing..kalau cara mak saya kena minum air ibu kunyit..huhu..



p/s: saya dah habis pantang..yay! ^_^