Pages

Wednesday, December 12, 2012

Penangan nak dapat adik

Mencabar sungguh melayan anak teruna yang seorang ni. Ada sahaja perkara yang menguji tahap kesabaran. Boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada babak-babak drama yang membuatkan darah ummi mendidih. Memang boleh hilang sabar dibuatnya. Hebat betul penangannya nak dapat adik. Sangatlah berbeza sewaktu Safiyyah nak dapat adik dulu. Manja sangat agaknya :p.

Bab cemburu usah ceritalah. Bukan setakat dengan Kak longnya, dengan papanya pun cemburu. Tak boleh tengok papa duduk dekat-dekat dengan ummi. Terus datang menyelit dan tolak-tolak papa dia :p. Papanya pula kuat menyakat...sengaja tak berganjak. Apa lagi...melalaklah anak teruna tu. Sekarang kuranglah sikit cemburu dengan papanya. Dengan Kak longnya yang masih banyak cemburunya. Kesian juga Safiyyah sebab asyik disuruh mengalah dengan Shakir.

Awal-awal dulu memang selalu stress dengan ragam Shakir. Geram. Selalu jugalah dia kena marah tapi lepas tu lagilah bertambah protesnya. Lagilah saya bertambah stress. Ada sekali tu sampai dah tak larat dah nak melayan tantrum Shakir. Pujuk macam-macam cara tapi tak jalan. Sudahnya saya biar je dia melalak meraung. Tak lama lepas tu terus senyap dan behave macam biasa. Barulah saya tahu cara nak handle tantrum Shakir. Silent treatment is the best ^_^.

Lepas tu barulah rasa lega. Dah semakin tenang sewaktu Shakir 'buat perangai'. Dilayan dan dipujuk dengan baik tak jalan...satu sahaja caranya. Buat tak peduli je dengan tingkahnya. Lama-lama dia ok sendiri. Nak cari perhatian je yang sebenar-benarnya.



Salah satu 'drama' Shakir. Beria-ia ajak turun ke basement Dahlah pakai sandal papa dia ^_^. Kalau ada benda menarik di basement tu tak apa jugalah. Tak dilayan, melalak-lalak tapi menangis betulnya sekejap je (menangis betul sebelum mula rakam). Lepas tu buat-buat menangis dan 'menangisnya' bersambung-sambung (dah berhenti menangis boleh pula sambung menangis :p). 
'Drama' yang ni tak adalah rasa stress. Rasa kelakar adalah..hihi.



Nota:
Fikir-fikir balik...teringat pula yang Shakir hampir 2 tahun usianya. Mungkinkah dalam masa yang sama, dia sedang berada dalam fasa terrible twos?


Wednesday, December 5, 2012

Dapur dibanjiri susu

Kejadian malam semalam. 4 Disember 2012. Tak semena-mena dapur dibanjiri susu. Hasil kerja si anak teruna. Geram. Mahu sahaja dicubit-cubit. Mujurlah sempat tekan butang 'pause'. Nak marah pun tak guna. Benda dah jadi. Lagipun bukannya dia sengaja menumpahkan setengah gallon susu. Ye, setengah gallon. Bukan setengah gelas. >_<

Saya di bilik masa tu. Tiba-tiba Safiyyah datang, tunjuk aksinya yang biasa selepas meneguk susu dari botol. Dah banyak kali pesan minum dalam cawan, tetap juga minum dari botol. Setiap kali dia buka peti ais, itulah kerjanya. Kalau botol kecil tak apa jugalah. Ini botol besar; saiz 1 gallon. Shakir pula jadi pemerhati tetap gelagat Kak Longnya yang satu ni.

Mulanya saya buat tak kisah dengan aksi biasa Safiyyah tu tapi terdengar pula macam peti ais sedang 'dipunggah'. Cepat-cepat saya berlari ke dapur. Dalam pada tu terdengar bunyi air melimpah.

"Wan Shakir!" Kuat jugalah saya menjerit nama Shakir waktu tu.

Sampai di dapur, tengok susu dah melimpah. Nak marah tapi tak jadi terlihatkan Shakir yang berusaha tegakkan botol berisi susu tu. Saya agak, dia cuba 'togok' susu macam Kak Long dia tapi disebabkan botol tu berat, dia tak dapat nak kawal dan botol tu terbalik. Geram sangat masa tu tapi saya cuba tenangkan diri.

Shakir tahu saya tengah marah dalam diam. Berdiri tegak je dia di tepi dapur tu (gaya seorang pesalah :p). Nampak ummi bawa kamera, hilang terus muka bersalahnya tu. Dia ingat ummi tak marahlah dah tu. Dia tak tahu ummi tengah menahan geram.


Masa ni dah hilang rasa bersalah dah :p.


Sambil tunjuk susu yang melimpah tu, disebutnya "No!" (read: Oh, no!). Bunyi macam orang lain je yang tumpahkan susu tu -_-".



WW: Salah fesyen



Bagi tudung tak nak pakai, kopiah Shakir pula yang sibuk dipakainya :p.


Sunday, December 2, 2012

Bakal Iron Chef America







Macam itulah gayanya setiap kali ummi memasak. Anak teruna ni pun sibuklah keluarkan perkakas memasak juga. Dulu dia 'masak' guna peralatan mainan je. Lepas tu mula guna peralatan yang betul. Tambah-tambah sejak kabinet yang diletak perkakas memasak tu tercabut kuncinya, lagilah senang Shakir nak keluarkan barang-barang tu semua.

Selalunya dia hanya keluarkan 2-3 peralatan je. Yang terbaru(2 gambar terakhir), bukan main banyak lagi dia keluarkan. Entah apalah yang nak dimasak sampai keluarkan sebegitu banyak sekaligus.

Oleh sebab Shakir lahir di Amerika, makanya bolehlah jadi Iron Chef America, kan? ^_^

Sini lebih popular dengan rancangan Iron Chef America berbanding MasterChef walaupun rancangan MasterChef asalnya dari Amerika. Saya fikir, rancangan Iron Chef juga bermula di Amerika. Salah rupanya. Jepun yang jadi perintis untuk rancangan Iron Chef. Selepas itulah baru adanya Iron Chef America, UK, Thailand dan beberapa negara lain.

Iron Chef America antara rancangan kegemaran saya dalam channel Food Network tapi sekarang ni selalu lupa nak tengok >_<.

Sebahagian daripada Iron Chef America. Dari kanan: Bobby Flay, Cat Cora, Masaharu Morimoto, Michael Symon dan Mario Batali. Sebelum ni selalu tengok rancangan Iron Chef America sampai dah ingat nama masing-masing..hihi. Dalam 9 orang Iron Chef America, hanya seorang sahaja perempuan >_<.


Mungkinkah Shakir bakal berada sebaris dengan Iron Chef America tersebut? ^_^


Nota:
Safiyyah dan Shakir kedua-duanya menunjukkan minat dalam memasak. Nampak gayanya, lebih cepatlah ummi pencen daripada aktiviti memasak..hihi..