Pages

Monday, August 3, 2009

Safiyyah dan muncungnya

Semalam Safiyyah genap 7 bulan..alhamdulillah. Safiyyah dapat 1 lagi skill...memuncungkan mulutnya! Kejap-kejap dia muncungkan mulutnya tu. Papanya kata macam muncung itik sengihnampakgigi








Makan lagi

Petang semalam buat makan-makan lagi. Menu utama: nasi ayam, dessert: brownies dan jelly berperisa cherry. Tetamunya takde la orang lain - Hafiz dan Izza serta Suhaizi si bujang. Takde apa-apa keraian pun, saje je nak menjamu diorang. Tapi boleh la anggap sempena meraikan Safiyyah yang dah mencecah 7 bulan dan meraikan Izza yang tengah menunggu hari (ke..menunggu jam?) untuk 'meletup'. Oh...Izza due esok tapi dari 2 minggu lepas asyik tanya bila la babynya nak keluar jelir. Hari sebelumnya pulak Izza dan Hafiz ajak kami (sape lagi kalau bukan saya sekeluarga serta Suhaizi) ke rumah mereka...dijamu nasi kerabu. Special tu...nasi kerabu Lincoln! kenyit

Ini je la acara kami hujung minggu. Makan..makan..dan makan lagi sengihnampakgigi! Takde orang lain pun kat sini. Kalau tengok gambar...memang la takde muka lain...balik-balik muka sama je la. Dah ini aje pun yang ada kat sini. Kalau di UK tu (setahu saya la) memang ramai dari Malaysia. Kat sini (especially Lincoln ni la) hanya kami je la. Ada juga la dari Malaysia gak tapi diorang duduk jauh sikit. Saya memang tak pernah jumpa lagi. Kata Izza, satu hari nanti saya akan jumpa juga bila ada event nanti..dalam bulan puasa/raya kot.


Juadah semalam






From left: suami saya, Suhaizi, Hafiz (saya dan Izza selalu takde dalam gambar. Diorang kalau bergambar selalu tak ingat orang dapur. Haih..sabo je le)





Orang lain semua makan...Safiyyah tukang tengok je. ehe..


Saturday, August 1, 2009

Contest Catatan Ibu (Jom Main Air Bersama..!!!)

Jom join Contest Catatan Ibu (Jom Main Air Bersama...!!!)! Bermula 3 Ogos hingga 23 Ogos 2009, 12 tengahari waktu Malaysia. Hehe...saya tolong kak yong promote 1st contest yang kak yong buat ni je...tak jadi peserta pun...lagipun tak layak...memandangkan saya takde anak yang berusia 1-4 tahun. Pssttt...untuk makluman, saya la salah seorang juri untuk contest ni (lihat di sidebar kanan...bawah daripada shoutbox). Rasuah-rasuah tak main ye...tak baik tau..! takbole


Untuk maklumat tambahan atau nak tahu syarat-syarat penyertaan...sila la ke blog kak yong. Mana la tahu kot-kot ada rezeki boleh menang. Kalau nak tahu hadiah apa yang bakal dimenangi...jengah juga la di blog kak yong. Saya malas la nak copy paste.. jelir


p/s: suka la saya tarikh 23 Ogos tu tercatat di banner contest kak yong tu - birthdate saya tu! celebrate ehe...saje je nak bagitau...kot-kot la ada yang baik hati nak bagi birthday gift kat saya sengihnampakgigi

Friday, July 31, 2009

Online Best Friend Award

Dapat award dan tag dari Ummi Hanie. Thank you Ummi Hanie!



Write 5 interesting facts about the person who gave you this award
  1. Ada 3 orang anak...seorang puteri dan 2 orang putera
  2. Umurnya baru 25 tahun (muda 2 tahun dari saya)
  3. Seawal 18 tahun dah bersuami (zaman sekarang ni jarang jumpa anak gadis yang kahwin seawal Ummi Hanie, kan?)
  4. Tahun ini adalah tahun ke-7 ulangtahun perkahwinannya! - tahniah Ummi Hanie..semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat..
  5. Sedang menunggu hari untuk dapat zuriat ke-4! - mudah-mudahan dipermudahkan masa bersalin nanti

Note down 10 interesting facts about yourself or your hobbies

.: aci ye skip yang ni..dulu dah pernah buat, malas nak buat lagi dan takde apa yang menarik untuk diceritakan jelir



Pick your 10 most deserving receipients and describe them

.: yang bab describe tu pun aci ye skip jugak. Kalau nak tahu pasal mereka...terjah je blog mereka .
  1. ummuabdullahsyaakir
  2. ashanas
  3. kak mirah
  4. mummy Faridah
  5. yatie chomeyl (walaupun Ummi Hanie dah bagi...nak bagi jugak...combine je sekali dengan Ummi Hanie tu. ehe..)
  6. ibu Alia
  7. kak yong (sama jugak macam yatie...combine sekali la ek kak yong kenyit)
  8. ummi Khayra
  9. ummi Salsabila (sama jugak macam Ummi Hanie dan kak yong sengihnampakgigi)
  10. kak Dora