Pages

Thursday, October 29, 2009

Tepuk tangan

Mari tepuk tangan dengan Safiyyah! tepuktangan


Video tu saya rakam minggu lepas. Masa tu Safiyyah baru pandai tepuk tangannya. Sebelum tu dia duk tepuk dengan sebelah tangan je sampai papanya kata:

"Safiyyah, tepuk sebelah tangan takkan berbunyi". sengihnampakgigi

2-3 hari lepas tu baru la dia reti tepuk tangan. Bila dah pandai tu asyik tepuk tangan je kerjanya. Lepas habis makan tepuk tangan, tengah duk main-main pun tepuk tangan, dan yang tak tahan nak gelaknya, ada sekali tu masa dia baru sedar dari tidur, terus tepuk tangan! ihikhik

Seronok la tu dapat buat benda baru. Kadang-kadang dia 'ajak' kita tepuk tangan sekali dengan dia. Mula-mula ingatkan apa la yang dia nak, duk 'marah-marah', rupanya nak suruh kita tepuk tangan dengan dia! Bila kita tepuk tangan sekali baru la dia tergelak-gelak balik sengihnampakgigi.


Bawah ni pula sesi Safiyyah menayang giginya yang tak berapa nak ada sengihnampakgigi. Setakat ni alhamdulillah la dia takde nak gigit ummi dan papanya ni lagi. Harap-harapnya tak berlaku la sampai giginya tumbuh semua tapi mak saya kata biasanya budak memang akan duk menggigit je bila dah ada gigi. Betul ye? Sekarang ni pulak sebatang lagi gigi bawahnya nak naik. Baru perasan tadi masa dia duk meragam. Entah apa la anginnya hari ni, meragam aje. Asyik nak berdukung je. Kita duduk sambil letak dia kat riba pun dia mengamuk, bila dukung berdiri baru dia diam penat

~Safiyyah dan sebatang giginya~
Kat rumah bukan main galak lagi. Kalau kat luar senyap je dia. Time ramai orang lagi la...menangis je dia...tak nak langsung dengan orang lain
senyumkenyit

Monday, October 26, 2009

Ke klinik lagi

Psstt...entry kali ni entry basi juga tau...layan aje la ye peace


October 9, 2009
Sejak duk sini ke klinik aje kerja kami jelir. Bezanya kali ni pergi klinik bukan untuk check up Safiyyah, tapi ummi Safiyyah senyum. Oh...saya tak sakit apa pun, tapi memang kena buat check up (awal-awal lagi dah diberi tarikh appointment untuk jumpa Dr) supaya nanti kalau perlu ke klinik, nama saya dah ada dalam list di klinik tu. Lagipun kan saya pernah cerita dulu, punya la lama nak daftar Safiyyah di klinik. Bila nama dah ada dalam list kat klinik tu, senang la sikit...tak perlu la terhegeh-hegeh nak daftar.

Fuh, mujur juga proses pendaftaran saya tak makan masa lama sangat sebab diorang banyak duk refer rekod pendaftaran Safiyyah sebelum ni penat. Check up pun yang biasa-biasa aje. Duk timbang berat badan, ukur ketinggian, check blood pressure, check pernafasan, pastu duk bersoal jawab dengan Dr. Brooke tentang previous pregnancy. Dalam duk bersoal jawab tu Dr. Brooke tanya saya pernah buat ujian pap smear tak, then saya jawab la tak. Dia kata kalau kat sini, wanita yang baru bersalin, kena buat pap smear, kira macam wajib la. Kalau kat Malaysia, setahu saya takde la diwajibkan, cuma digalakkan aje ujian pap smear dibuat.

Lepas bersalin dulu, memang Dr. Noraini (Dr. yang sambut Safiyyah) ada tanya saya nak buat ujian pap smear atau tidak. Masa tu saya angguk je la pastu Dr. Noraini suruh saya call balik ke klinik untuk buat appointment bagi ujian pap smear tapi sampai ke sudah saya tak contact balik klinik tu adus. Bukan apa, saya takut la gigitjari. Orang kata buat ujian pap smear tu menyakitkan. Tadi sempat la google jap pasal pap smear...jumpa site ni: pap smears...huhu...menakutkan je (saya ni memang penakut benda-benda camtu dan memang tak suka ke klinik dan makan ubat sejak dari kecik jelir). Ada sape-sape yang pernah buat tak ujian tu?


October 12, 2009
Kami ke Children's Hospital & Medical Center di Omaha. Appointment pukul 11 pagi, kami bertolak dari rumah pukul 9 lebih. Perjalanan dari sini ke Omaha makan masa lebih kurang sejam. Kami pergi berempat termasuk Suhaizi sebab tak tahu jalan nak ke Omaha lagipun suami saya kan pemandu amatur sengihnampakgigi, jadinya terpaksa la minta Suhaizi jadi drebar pagi tu tapi dari Omaha ke Lincoln suami saya yang drive kenyit.

Sementara tunggu nama dipanggil, kita main dulu! sengihnampakgigi


Sampai sana, kami terus ke Helmet Clinic. Ingat lagi tak entry yang saya cerita pasal cranial band dulu? Itu la tujuan kami ke Omaha senyum. Kat sana, lepas jumpa beberapa staf dan melepasi beberapa prosedur, baru kami jumpa Doktor. Orang pertama yang berurusan dengan kami ialah staf yang uruskan bahagian financial. Lepas habis bersoal jawab tentang kewangan, jumpa pula dengan physical therapist. Physical therapist tu buat beberapa ujian/aktiviti fizikal pada Safiyyah, nak tengok tahap perkembangan Safiyyah mencapai tahap pencapaian bayi yang berusia 9 bulan ++ atau tidak. Lepas tu kami berurusan dengan sorang lagi staf yang duk ukur ketinggian Safiyyah dan berat badannya. Oh, sini sistemnya memang berbeza. Yang duk timbang berat orang lain, yang duk suntik orang lain, yang duk uruskan financial orang lain...pendek kata, semuanya spesifik pada bidang masing-masing dan sebab tu juga la medical fees kat sini agak mahal...semua staf tu perlu dibayar duit.

Muka ceria sebelum jumpa staff nurse dan doktor. Staff nurse/doktor masuk je terus nangis macam kena cubit jelir

Only then baru kami jumpa Dr. penat! Alhamdulillah, Dr (lupa lak nama Dr tu) kata kepala Safiyyah takde apa-apa masalah, hanya kesan daripada banyak baring/tidur terlentang dulu. Saya dan suami decide tak nak proceed pemakaian helmet (cranial band) tu pada Safiyyah atas beberapa sebab:

  1. Bentuk kepala Safiyyah tak mempengaruhi tumbesaran otaknya, lagipun bentuk kepalanya dah tak seleper dulu
  2. Agak mahal, dalam lingkungan USD 3,200
  3. Permohonan medicaid kami tak diluluskan
  4. Kebanyakan syarikat insurans lak tak cover the cost of the cranial molding helmet sebab ia dianggap sebagai kosmetik (hanya untuk mencantikkan bentuk kepala), instead of medically necessary
  5. Dah agak lambat. Sepatutnya paling lewat pakai helmet tu masa umur 8 bulan. Safiyyah dah 9 bulan lebih, kalau dia mula pakai pun umurnya 10 bulan lebih, jadinya kurang praktikal sikit kalau pakai sebab masa tu tengkorak baby mula nak keras

Takpe la, janji Safiyyah sihat dan aktif macam biasa, itu dah cukup menggembirakan hati kami. Lagipun nanti bila rambut Safiyyah dah panjang, takde le nampak kepalanya yang flat tu kenyit

Thursday, October 22, 2009

Perginya anak kecil buat selamanya...

6 Oktober lepas saya dikejutkan dengan berita pemergian anak sulung teman sepraktikum saya di KMPP dahulu, Emi Norzehan bt Mahbob. Beritanya saya terima melalui status Facebook Mastura bt Mokhtar, ex-roommate Emi di KMPP. Lebih mengejutkan bagi saya kerana saya tak tahu akan kelahiran anak Emi. Rupanya anak Emi lahir premature, air ketuban Emi pecah secara tiba-tiba. Kata Mas, awalnya anak Emi menunjukkan perkembangan yang baik lepas lahir tapi saya tak pasti apa puncanya arwah meninggal. Arwah hanya sempat menghirup udara dan berada dalam dakapan mak ayahnya untuk 9 hari je. Sedih bila dapat khabar tersebut tambahan lagi Emi masih berpantang. Sempat juga saya membaca status Emi di Friendster yang yang ditulis begini:

"Pulangnya bidadari kecilku kepada Pencipta Yang Maha Kuasa...Ya Allah terima kasih kerana meminjamkan kepadaku Nurul Damia Izazi binti Mohamed Azwan (9 Syawal - 17 Syawal 1430H) walau hanya 9 hari cuma...Al-Fatihah..."

Emi dan suami di hari kenduri mereka tahun lepas



Semalam pula saya terima satu lagi berita pemergian seorang anak kecil. Anak kepada Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias. Saya tidaklah kenal secara dekat dengan Ustaz Ramadhan Fitri. Ayahnya, Ustaz Elias merupakan bekas pengarah Pusat Islam USM dan salah seorang adiknya, Nurun Najah Elias sekampus dengan saya, juga satu school dengan suami saya di USM. Secara tak langsung, saya dan suami kenal dengan Ustaz Ramadhan Fitri.

Saya dapat perkhabaran tersebut di status Facebook Ustaz Hasrizal. Memang terkejut baca status Ustaz Hasrizal waktu tu. Mulanya saya sangkakan Ustaz Ramadhan Fitri yang disebutkan tu bukan anak Ustaz Elias, cuma punya nama yang sama. Rupanya bila saya baca di blog Ustaz Hasrizal, memang betul anak Ustaz Elias yang dimaksudkan! Bergenang air mata baca entry Ustaz Hasrizal tu. Pemergian anak Ustaz Ramadhan tak dapat diketahui apa puncanya tapi berkemungkinan berpunca daripada Shaken Baby Syndrome...

Ustaz Ramadhan Fitri bersama isteri dan arwah Nur Fatimah


Mudah-mudahan Emi sekeluarga serta Ustaz Ramadhan Fitri sekeluarga redha dengan pemergian buah hati sulung mereka dan tabah serta sabar menghadapi ujian. Al-Fatihah...

Monday, October 19, 2009

BBQ di Holmes Lake

Petang semalam kami makan ayam barbecue lagi! Sejak datang ke sini entah berapa kali entah makan ayam BBQ cuma yang bezanya kali ni BBQ dibuat di tepi tasik peace. Sebelum ni hanya buat di tepi rumah Hafiz/Izza. Sekali-sekala ubah angin memang seronok menari.

Masa tengah nak bersiap-siap nak keluar semalam, tiba-tiba kami terdengar ada orang menjerit-jerit. Ingatkan ada orang bergaduh. Then, kami buat tak kisah je la lagipun tak jelas sangat apa yang dijerit tu. Couple of minutes later, terdengar bunyi siren lak. Tengok kat luar nampak kereta polis, bomba dan ambulans. Rupa-rupanya ada budak sesak nafas! Mak budak tu la yang menjerit tu. Diorang (chinese) duk di blok sebelah, atas daripada rumah Hafiz/Izza. Tak tahu macam mana budak tu boleh sesak nafas. Husband saya sempat la ke luar sekejap tengok...katanya budak tu nampak macam kaku je masa paramedic bawa dia ke van ambulans. Kesian sangat. Budak tu dalam lingkungan umur 2 tahun kot. La ni tak tahu la macam mana keadaan budak tu sekarang. Hopefully takde apa-apa la yang berlaku, dah la itu satu-satunya anak diorang...



Masa kami keluar, hanya polis dan bomba je ada lagi. Macam tengah soal-siasat la. Tapi yang bagusnya kat sini, bantuan cepat sampai. Kalau call talian kecemasan, 3-3 tu (polis, bomba, paramedik) akan datang. Lepas polis dan bomba pergi, baru kami bertolak ke Holmes Lake...masa tu dalam 2.30 petang. Masa baru keluar rumah, cuaca panas tapi sampai-sampai je kat tasik, angin kuat sangat! Sejuk sungguh masa tu. Di The Weather Channel memang ditulis hari tu windy (angin kuat) tapi tak expect la windy waktu tu sebab masa nak keluar tu takde angin pun. Mujur pakai juga wind breaker...kalau tak menggigil dah agaknya.


Macam tepi pantai, kan? senyum


Angin kuat sangat sampai terbentuk ombak. Betul-betul macam tepi pantai!
Credit to Syafiq for this picture



Kain alas tempat duduk terpaksa ditindih dengan barang-barang berat...kalau tak, terbang le jawabnya! Tapi end up tak duduk bawah pun, duduk atas kerusi tu je...selesa sikit nak makan kenyit


Mereka sedang berpura-pura macam ada taklimat penting sengihnampakgigi


Makan time!
Menu: ayam BBQ, spaghetti orang bujang, bihun goreng Izza, puding roti orang bujang, makanan Pakistan (kacang kuda-tak tahu-masak-apa), and carrot cake with cream cheese topping baked by me!



Safiyyah disorok papanya di sebalik selimut sebab sejuk sangat & angin pun kuat sampai tudung periuk yang belah kanan sekali tu pun terbang jugak! Aduh, sakit tau! Mujur la kena bahu saya je penat...kalau kena muka...tak tau le camne...


Cantik view kat sekitar Holmes Lake tu tambah-tambah masa musim autumn ni


Jejaka-jejaka perasan termasuk 2 orang yang dah kahwin mengaku bujang adus


Kami yang dah berkeluarga love


All of us kenyit
Belakang dari kanan: Syafiq, Suhaizi, Irfan, Muzammil dan Waseem
Depan dari kanan: Izza dan Iman, Hafiz, suami saya dan Safiyyah, dan saya!

Tuesday, October 13, 2009

Kereta dan Salji di Musim Luruh

30 September 2009
Alhamdulillah kami dah ada kereta sendiri. Macam biasa, bukan kereta baru tapi kereta terpakai kenyit. Senang je nak cari kereta terpakai kat sini. Klik aje di sini dan pilih yang mana berkenan di hati love. Dari awal kami ke sini lagi suami saya duk cari kereta di craiglist tu tapi masa tu belum ada rezeki kami lagi. Suami saya budget nak beli kereta dalam lingkungan 2,000 dollar. Kereta harga murah camtu cepat je terjual. Tu yang agak susah sikit nak dapat. Alhamdulillah hujung bulan lepas dapat juga kami beli kereta (Honda Civic)...sekarang ni pun suhu semakin sejuk...kereta memang diperlukan sangat-sangat. Harga asal yang owner sebelum ni letak 2,200 dollar tapi lepas suami saya minta tawar harga, dia setuju la jual keretanya tu dengan harga 1,900 dollar...alhamdulillah dapat la jimat 300 dollar senyum.

Then suami saya uruskan insuran, road tax dan plate number. Semua sekali dalam 300 dollar. Oh ye, kat sini plate kereta milik kita sendiri, tak boleh pass pada orang lain. Kata la kita nak jual kereta yang kita ada sekarang dan nak beli kereta baru...plate kereta yang lama tu kita kena cabut dan sangkut pada kereta baru kita nanti. Kereta yang nak dijual tu memang akan dijual tanpa plate kereta. Dan kalau kita belum ada plate kereta, kena beli la. Harga plate kereta kat sini dalam 6 dollar.


10 Oktober 2009
Salji turun! Tak tahu la pukul berapa salji turun. Sedar-sedar dalam pukul 3 pagi (suami paksa bangun tengok salji jelir) dah putih dah atas kereta. Mungkin dalam pukul 2 pagi kot salji turun sebab sebelum tu duk tengok The Weather Channel, dijangkakan salji turun dalam pukul 2 pagi. Tak sangka lak salji nak turun di musim luruh ni walaupun sekejap. Bagi kami yang tak pernah 'jumpa' salji, memang la rasa agak seronok dan jakun sikit menari.


View belakang rumah (dalam pukul 7-8 pagi)


View depan rumah


Kereta di bawah belah kanan sekali tu kereta kami kenyit


Masa ni suami saya dah buang salji atas kereta


Salji atas daun


Petang tu salji dah mula cair. Tak sempat nak berposing dengan salji jelir. Hanya tinggal sikit-sikit je atas bumbung kereta. Kena tunggu winter nanti la baru boleh bergambar tapi tak tahu la mampu bertahan ke tak winter nanti. Sekarang ni pun dah rasa sejuk dah...suhu bawah daripada 5 darjah celcius, paling rendah setakat ni -3 darjah celcius...winter nanti entah berapa agaknya suhu...