Pages

Sunday, August 8, 2010

Trip to East USA (last part!)

Dari Gainesville, kami teruskan perjalanan ke Atlanta dan jalan-jalan sekejap di downtown (gambar di Atlanta ada tapi hampir kesemuanya tak jadi sebab ambil gambar waktu malam...saya tak letak la di sini). Lepas tu kami terus ke Alabama dan bermalam di situ.


Kings Inn. Tempat kami bermalam di Alabama. Macam flat polis je :p. Gambar ni saya ambil keesokan paginya sebab sampai di sini dah pukul 3.15 pagi



Day 14 (June 8, 2010)
Kami check out dalam pukul 10 pagi dan berjalan-jalan sebentar di downtown Birmingham, Alabama..


Di Kelly Ingram Park. Kalau tengok gambar-gambar bawah ni, ada cerita di sebalik wujudnya Kelly Ingram Park ni. Sekitar tahun 1960an dulu demonstrasi besar-besaran pernah diadakan di kawasan ni bagi membantah diskriminasi terhadap African-Americans. Nak tahu kisah lebih lanjut, klik link yang saya bagi tu. Boleh juga baca pasal African-American Civil Right Movement


I ain't afraid of your jail


"This sculpture is dedicated to the foot soldiers of the Birmingham Civil Rights Movement.
With gallantry, courage and great bravery they faced the violence of attack dogs, high powered water hoses, and bombings. They were the fodder in the advance against injustice, warriors of a cause; the represent humanity unshaken in their firm belief in their nation's commitment to the liberty and justice for all.
We salute these men and women who were the soldiers of this great cause".
Richard Arrington, Jr
Mayor of Birmingham
May 1995






Safiyyah lagi pandai berlakon daripada papanya :p




Dari Birmingham, Alabama, kami ke Mississippi pulak. On the way tu kami masuk ke kawasan kampung, terjumpa pulak orang jual buah tepi jalan, sebelah stesen minyak. Betul-betul macam kat Malaysia! Susah nak jumpa kat US ni...tu yang bergambar tu (macam jakun pulak..eheh..)


Kat sini beli tembikai, keledek dan cantelope


Dah sampai di Mississippi!


Ni Visitor Center. Macam rumah orang je. Cantik!


Ni bahagian dalam. Dalam banyak-banyak Visitor Center yang pernah kami singgah, ni la yang paling cantik sekali


Jumpa bunga!


Kami teruskan perjalanan ke Tennessee..


Kereta-kereta sekalian, sila beratur ye :p
Kami ke sini semata-mata nak tukar kereta! Muzammil dah bosan dengan Camry. Suka-suka hati je kan tukar bila dah bosan :p. Tapi kat sini memang takde masalah hal-hal macam ni. Apa pun, customer is always right! Diorang macam takut je dengan customer. Customer komplen apa-apa pun, diorang takde nak marah-marah. Lagipun, kereta yang kami naik sebelum tu dah sampai had untuk diservis. Nak suruh diorang servis lagi la lama, tu yang tukar jugak tu


Hertz. Nama company


Apa la yang dibincangkan tu. Yang hitam tu (Camry) kereta lama kami, yang silver tu (Honda Accord) kereta baru kami. Wah, macam kereta sendiri pulak padahal kereta sewa je..eheh. Ingatnya nak tukar ke Impala tapi takde yang available, kami ambil Honda je la


Selesai urusan pertukaran kereta, kami jalan-jalan di Memphis, Tennessee


Di Confederate Park


Ada pulak kereta kuda kat sini! Cantik pulak tu. Terus saya teringat cerita Cinderella ^_^


Pemandangan sekitar Confederate Park


Jumpa satu lagi ejaan building ditulis sebagai bVilding! Yang pertama jumpa di Chicago. Boleh tengok di entry ni


Plat kereta yang fancy! Kat US boleh buat macam ni. Cantik, kan?


Yay...habis dah cerita trip kami! Alhamdulillah sempat jugak siapkan sebelum Ramadhan. Malam tu kami jalan-jalan juga tapi macam biasa la saya tak letak gambarnya sebab tak berapa nak menjadi. Kan saya ada kata trip kami 15 hari, kan? Hari terakhir tu kami jalan-jalan di Nebraska City tapi saya tak ambil gambar pun. Masa tu terasa nak balik sangat-sangat. Saya dah tak terlarat dah nak teruskan perjalanan dan takde hati nak ambil gambar dah. Dah la masa hari ke-14 tu berjalan tak henti-henti sampai le ke Nebraska keesokan paginya. Rasa nak patah pinggang!

Tengahari juga la kami sampai di rumah. Lega sangat-sangat nampak rumah depan mata. Konon-konon bila sampai rumah nak terus tidur TAPI...cik Safiyyah ni macam ada tenaga baru pulak bila sampai rumah. Dia tak nak tidur..sibuk nak 'mengemas' rumah. Tak kesampaian la umminya nak lelapkan mata...uhuk! Yang bagusnya, malam tu dia tidur awal. Pukul 7 dah tidur dah, bangun pukul 10 pagi keesokan paginya. 15 jam dia tidur! Dia qada' tidur yang tak cukup sepanjang trip la tu ^_^

14 comments:

Hamizah said...

kenalah beli keta br sblm blk..keta sana murah, kan..

meen said...

penat pon xpe..
blh kenal tmpt org..
bkn selalu dpt peluang mcm tu.. ^_^

Ina Hashim said...

bestnya...jejalan x abih2 lg......

Suziey Ahmad said...

waaa bestr..merasa la jgk pakai kete mahal..heehee..

hmmm besenye dorang mmg respect customer.sbb tu ade slogan customer is always rite..xmcm kt mesia..vice versa

husna said...

fiuh.
kak nadiah berjaya jugak habeskan cerita pasal jalan2 hari tu.
syabas.
dan suka sangat gambaq safiyyah nganga mulut belakon kena jail dgn papa dia.
tu belakon ka tgh nangis betul?

Ummi Hanie said...

best nye laaa jenjalan ye k.nadiah...huu jelezz...

owh! ade tag contest ni ...jom join! ;)

http://ummi-hanie.blogspot.com/2010/08/nak-menang-hadiah-avon-pulak-sticky.html

OneSimpleMother said...

tmat sudah pengembaraan nadiah dan safiyyah... :) bilanya nadiah akan balik malaysia?

JHaZKiTaRo said...

bestnye berjalan.. :) salam.. blog hopping.. singgah2 la blog hamba kalau nak baca pengalaman hamba mengembara di 45 BUAH NEGARA.. :)

Anonymous said...

akak punya trip pun belum habis cerita juga...
rugikan bila trip lama2 ni, sebab hari2 akhir tu kita dah jemu, padahal tempat tu menarik untuk dilawati...
selamat berpuasa

Unknown said...

nadiah,
kat sana kereta sewa boleh tukar kat mana2 jer ke.. ker itu cawgn syarikat yg menyewa...

Nadiah Sidek said...

hamizah: alahai..kereta sini left hand drive kak..tang jalan semua terbalik dgn malaysia. kang pening kang :p

meen: yup ;)

ina: habis dah..ehehe..

suziey: a'ah, diorang mmg jaga customer betul2. mmg tepat la slogan tu

husna: safiyyah mmg tgh mengamuk pun ms tu :p

Nadiah Sidek said...

ummi hanie: sementara masih duduk sini hanie..dah balik malaysia takde le dah jln kat US :)

kak mas: balik bercuti tu tak pasti la kak. balik terus insyaAllah 3-4 thn lg :)

jhazkitaro: 45 buah negara?? wow..byk tu

fa10: bkn jemu kak...cuma bila lama sgt tu...bdn jadi letih sgt, dah brp enjoy le dah jln2

kakyong: itu cawangannya kakyong. mmg kami menyewa dgn hertz :)

Nia said...

kereta kuda tu memang mcm cerita cinderella tu..wah, bestnya dapat merasa..hehe

aLyNnZ said...

miss u saffiyah..lately aunty bz sket..blog aunty pun jrg2 dpt update skrg nie..but xbermakna aunty lupa saffiyah..

sonok saffiyah jalan2..