Pages

Tuesday, June 28, 2011

Summer Trip 2011 (part 3): Milwaukee, WI & Michigan City, IN

Summer Trip 2011 (part 1): Madison, WI
Summer Trip 2011 (part 2): Madison, WI


..sambungan..

Hari ke-5 (30 Mei 2011)
Hari terakhir kami di Madison! Konon-kononya (konon je :p) kami nak bertolak waktu pagi..sudahnya petang baru kami menyambung kembali perjalanan kami setelah beberapa hari bermalam di Madison. Pagi tu basuh baju dulu. Pastu kemas-kemas apa yang patut. Takkan nak tinggalkan rumah orang dengan keadaan sepah pulak. Tambah-tambah ada anak kecik yang rajin sangat 'mengemas' rumah orang..huhu.

Raja Farhana dan kak Tini pulak terus ke Milwaukee lepas sarapan. Dah macam kami pulak tuan rumah :p. Sementara tunggu kain dikeringkan dalam mesin (dryer), kami jalan-jalan sekejap di sekitar Madison dalam pukul 11.30 pagi


Bergambar dengan Raja Farhana dan kak Tini sebelum mereka bertolak ke Milwaukee


Destinasi pertama kami: Wisconsin State Capitol..





Berbaju merah tu Safiyyah la tu. Sampai ke atas dinaiknya. Naik turun tangga tu entah berapa kali entah. Tak kuasa nak ikut dia turun naik tangga. Boleh 'tercabut kaki' dibuatnya :p




Terjumpa pulak ulat bulu atas batu. Saya geli dengan segala macam ulat. Lintah, pacat termasuk la sekali. Masa ambil gambar ni pun meremang bulu roma :p


Salah satu pemandangan sekitar capitol. Di hujung sana tu tasik


Kemudian kami ke Union pulak. Hajatnya nak berjalan tepi tasik di sebelah Union tu tapi takde tempat parking pulak. Semua penuh. Cuti masa tu (Memorial Day). Ramai yang join aktiviti canoe..

Gambar ni diambil dari dalam kereta je


Sudahnya kami terus pergi makan je la. Di Palis Cafe juga. Nak berjalan lagi pun cuaca terik sangat masa ni.

Kali ni saya order chicken kefta with rice. Sedap! Suami saya masih setia dengan cheeseburger. Betul-betul sedap la tu. Kalau tak, dia takkan order dah untuk kali ke-2


Kami bertolak dari rumah Raja Farhana lebih kurang jam 3.30 petang. Singgah ke Johnson Creek Premium Outlets dulu. Ada orang kirim barang lagi. Saya dan anak-anak tunggu dalam kereta je la. Hanya suami yang turun beli barang kiriman orang. Sampai di outlet, jumpa lagi geng-geng seMalaysia! Lebih tepat lagi seMelayu seIslam :D


Saya ambil gambar ni dari dalam kereta je. Dari jauh dah boleh cam orang Melayu :D. Masa ni la abang Atfan ajak ke rumah. Di Milwaukee, Wisconsin. Lebih kurang setengah jam je dari outlet ni. Tak sedap la pulak menolak ajakan orang sebab dah dekat sangat-sangat. Nak pergi saje-saje lain kali entah bila pulak la


Sebelum ke rumah abang Atfan, kami diajak sekali ke rumah kak Baya dulu. Tak jauh mana pun rumah kak Baya dengan rumah abang Atfan. Dalam 10 minit je naik kereta. Tak pernah kenal pun dengan kak Baya sekeluarga sebelum ni. Berkonvoi la kami semua. Termasuk keluarga kami dan keluarga abang Atfan, 5 buah keluarga ke rumah kak Baya. Suami saya kata dah macam rombongan meminang pulak. Hihi..


Masuk-masuk je rumah kak Baya...terkejut tengok makanan penuh atas meja. Punya la banyak! Macam-macam kak Baya masak. Ada laksa, ada nasi. Lauk untuk nasi putih ada lebih kurang 5-6 jenis. Tu belum termasuk dessert lagi tu. Kak Baya masak sorang-sorang je. Sedap-sedap pulak tu. Nasib baik kak Baya duk jauh. Kalau tak, maunya dengan muka tak malu ke rumah kak Baya setiap hari..ngee~




Para suami


Para isteri


Bergambar beramai-ramai


Kuih bom. Tu tangan Safiyyah la tu. Sibuk nak ambil. Dia suka kuih bom ni. Nampak gayanya kena la ummi dia belajar buat kuih bom. Saya belum pernah buat sendiri lagi sebab saya sendiri tak berapa minat :p. Eh, tapi kuih bom yang kak Baya buat ni saya suka la pulak! Sedap!


Sebahagian lagi dessert yang ada. Brownies dan cucur epal. Ada lagi yang tak termasuk dalam gambar. Kek (err..kek apa entah..coffeecake rasanya), kuih lopes..err ada lagi tapi tak ingat pulak


Lama juga la kami di rumah kak Baya. Dari pukul 6 petang sampai 10 malam. Makan, bersembang, makan lagi, bersembang lagi :p. Sekali-sekala berkumpul ramai-ramai, macam-macam cerita la keluar. Sesi perkenalan pun termasuk juga :). Kak Baya ajak saya sekeluarga bermalam di situ. Yang lain-lain semuanya bermalam di rumah abang Atfan. Segan la jugak sebab baru je kenal dengan kak Baya sekeluarga masa tu. Beria-ia kak Baya ajak tidur situ. Baik hati sungguh la kak Baya dan abang Deen. Akhirnya kami terima juga la pelawaan diorang untuk bermalam di situ.

Pagi esoknya baru kami ke rumah abang Atfan.


Hari ke-6 (31 Mei 2011)

Sarapan pagi di rumah kak Baya. Banyak jenis jugak! Memang tak habis la makan semuanya. Dah la saya ni jenis cepat kenyang. Rugi :p. Tapi kak Baya bungkus bagi kami untuk makan dalam perjalanan ^_^


Close up sebahagian juadah pagi. Ikut arah pusingan jam dari atas: kuih tepung gomak, roti serunding dan chicken sandwich


Kak Baya's specialties. Pavlova! Kak Baya kata dia pernah buat 400 biji untuk tetamu-tetamu dia...habis licin! Yang dah biasa pergi rumah kak Baya memang ternanti-nanti pavlova ni. Pertama kali saya makan pavlova. Sedap! Tapi tak boleh makan banyak sangat. Agak manis. Kalau yang memang suka manis tu boleh la kot makan banyak sekaligus. Saya cukup setakat sebiji dua sekali makan. Masa ni saya makan sebiji je..dah kenyang!


Suami saya bersama abang Deen. Saya bersama kak Baya


Kami bertolak ke rumah abang Atfan lebih kurang jam 9.45 pagi. Sampai-sampai je terus diajak makan. Sarapan buat kali ke-2 :D. Lepas tu disuruh tunggu makan tengahari pulak. Pergi rumah orang asyik makan je kerjanya :p.

Gambar-gambar ni dari kamera abang Atfan. Boleh pulak saya terlupa nak ambil gambar masa kat sana -_-"


Sup tulang Milwaukee ;)


Lebih kurang jam 2 petang lepas makan tengahari dan solat jamak, baru kami bertolak. Menuju ke Michigan City, Indiana.


Chicago Skyway Toll Bridge. Ni namanya takde kerja cari kerja. Mengantuk duk dalam kereta! Dah la duk belakang dengan Safiyyah dan Shakir. Syok je tengok diorang tidur..lama-lama mata pun jadi berat. Nak join diorang tidur jugak! :p


1 je tujuan kami ke Michigan City. Ke Lighthouse Place Premium Outlets :D. Kat sini baru la shopping sikit. Sikit je..duit tak berapa nak ada :p

Cantik outlet ni. Lain daripada yang lain


Oleh sebab hari pun dah nak malam, kami bermalam di Michigan City tu je. Di Super 8 Motel. Pada saya, Super 8 Motel antara motel terbaik la. Selesa sangat

Bilik di Super 8 Motel ni dilengkapi dengan microwave


...bersambung..


20 comments:

Fazlinil Irma said...

oh. comelnya pavlova kak baya. senang nak ambil sorang satu kan.

yatie chomeyl said...

serius terliur tgk makanan2 yg kak baya masak tu, kalah chef wan hehe

mimmie said...

bestnyeeeee...

Kamalia said...

Nadiah,sedapnye nmpk cheese burger tu..trrliur2 ni.hehe,tpkn best sungguh ek jln2kat sana..mkn je,jeles tau.yg kat rumah kak baya tu siyes nmpk gmbr mknn pun dah tahu sedap..

puan oryza said...

waa terliurnye... dah la sy puasa harini... patut sy bace post ni mlm nanti la:(

cheese beger tu mmg nmpk sgt melazatkn... dah kena pegi cari cheeseeger kt mc d la pulak... huhu

eB said...

adeiii... geli la tgk ulat tuh..
len2 tuh best :)

dinor's family said...

sukanya tgk byk gambar, mknn yg sedap2 n tmpt2 yg menarik ...

ummi_ziz said...

murahnya rezeki, dijamu selera mcm2 mknn tu ha. sdp2 plak tu. Terliur org kt sini. :)

Affieza said...

Sukanya Safiyyah naik turun tangga...xpenat ke??? hehe...

Ibu Yusuf Maryam said...

Seronoknya dapat jalan2.. jauh perjalanan, luas pemandangan.. :-)

Acik Erna said...

assalam nadiah..mewahny makanan..kat sini pun susah nak dapat tepung gomak tu..rajin tuan rumah menjamu tetamu..bertambah murah la rezeki dia

Aleyn said...

Walaupun tak kenal tapi salute sangat ngan Kak Baya.....untungnyer saper yg jadik jiran dia...hehe

Unknown said...

mak aiii.. sonok nye kalo dpt berjalan2 mcm ni, makan sesaja... tgk hidangan kak baya tu.. auuwww, terasa betapa tak pandainya saya dlm bab memasak nih... hahha... terliur sudah...

Unknown said...

bestnye...bila de chance mcm akak..huhuhu.

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Pavlova..first time dengar..nampak macam best je

Chik Na said...

jalan-jalan makan angin sambil makan-makan.... bestnya

Nadiah Sidek said...

irma: a'ah, kak baya buat kecik2 je

yatie: jadi rambang mata nak makan. ehe..

cikmimmie: best! ;)

k.kamalia: alamak..mak buyung mengidam cheeseburger pulak ke? :D

puan oryza: mlm nanti baca lagi sekali. hihi..

eb: tgk real lagi geli. huhu..

Nadiah Sidek said...

dinor's family: ;)

ishamizu: terliur kena buat sendiri la nmpk gayanya..hehe..

affieza: tenaga dia byk. ummi dia yg pengsan kalau turun naik tangga byk kali :p

k.zefa: jln2 mmg best :D

k.erna: kak baya mmg suka jamu tetamu mcm2. mmg murah rezeki dia

aleyn: tu la..rugi tak dpt jadi jiran dia :p

Nadiah Sidek said...

kakyong: jangankan kata kakyong..nadiah pun tak terer nak masak mcm2 & byk2 mcm tu. huhu..

meen: insyaAllah, ada rezeki ada la tu :)

ummi aisyah: sedap! saya biasa dengar pavlova tapi tu la kali pertama mkn

chik na: yup, mmg best ;)

cikpuanhady said...

nampak sedap je mknan kt atas tu, esp. yg kak baya punyer..

Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

Belog kami :Notre Belle Histoire