Pages

Monday, September 26, 2011

Aktiviti Shakir di suatu pagi...


Hisap jari kak long dia!
Tak cukup jari sendiri, jari kak long dia pula yang dihisap :p. Kak long dia tengah tidur tu. Adik dah bangun, kak long masih lena lagi :D


Muka tak bersalah


Suka kacau kak long dia tidur. Ni bukan kali pertama Shakir kacau kak long dia tidur. Nak ajak main sama la tu :D


Nota: Alhamdulillah, 19 September lepas Shakir genap 6 bulan...dah mula makan! ^_^

Nota 2: Berjaya menyusukan Shakir selama 6 bulan. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan untuk terus menyusukan Shakir sehingga usianya 2 tahun. Doakan saya ye...


Sunday, September 25, 2011

Video raya Lincoln

Aidilfitri tahun ni meriah sangat berbanding 2 tahun sebelum ni! Alhamdulillah. Video raya pun ada tau ;). Atas inisiatif Syafiq, terhasillah video raya untuk tahun 2011...



Saya tak berucap pun dalam video ni...saya segan..


Saya hanya tengok sekali je video ni...tak boleh nak tengok untuk kedua kalinya. Sebak! *Air mata dah mengalir pun masa tengok video ni...huhu*. Entah apa sebabnya pun saya tak tahu. Yang pastinya bukan kerana lagu. Ada sesuatu yang buatkan hati terasa pilu dan sebak. Sesuatu yang saya sendiri tak dapat rungkaikan.......


Nota: Berterima kasih pada Syafiq atas penghasilan video raya 2011

Nota 2: Ada sesiapa kenal wajah-wajah dalam video tu? :)


Wednesday, September 21, 2011

Lagi cerita di majlis rumah terbuka

Sambungan cerita di majlis rumah terbuka kami yang dibuat pada 5 Syawal. Lebih banyak gambar je pun entry ni :)


Kami berempat lagi ^_^


Gambar ni baru jelas Shakir pakai baju Melayu


3 orang amoi yang bersemangat pakai baju kurung ^_^. Dari kanan: Yuen Mei, Charlene, Jaclyn


Kanak-kanak riang ^_^. Ni mesti dah lama gian nak naik buaian..hihi..


Alhamdulillah cuaca mendung petang tu...ramai la yang duduk di luar. Sambil-sambil makan dan bersembang, boleh hirup udara segar :). Masa ni la pun nak bersantai-santai di luar. Cuaca makin sejuk nanti...berkurung dalam rumah je la jawabnya.




Dari 3 negara berbeza.Thailand , Brunei dan Korea . Jejaka nan seorang tu la Sumardi; tuan rumah bersama untuk majlis rumah terbuka ni :). Syafiq pula yang pakai baju Melayu pink terang dalam gambar atas




Salah satu gambar yang saya suka!


Kanak-kanak riang lagi..versi anak-anak dara ^_^. Safiyyah tu naik buaian sampai tertidur :p. Sebelum tu lagi nampak dia mengantuk tapi tak nak tidur...syok berbuai terus terlena..hihi..


Alif Sophian macam dukung adik sendiri je :)


Ni pun gambar kesukaan saya! Tersengih saya tengok telatah Safiyyah dan Alif Sophian dalam gambar ni ^_^


Neapolitan cheesecake; salah satu pencuci mulut yang saya buat. Macam biasa la...atas permintaan suami saya si penggemar cheesecake. Sejenis lagi...carrot cake yang tak berapa menjadi akibat lama tak dibuat :p. Pertama kali buat cheseecake 3 lapis macam ni. Cheesecake yang guna banyak bahan dan banyak langkah untuk disiapkan. Demi suami, turutkan je :D








Sebahagian daripada kami di Lincoln. Masa ni ada yang dah balik, ada yang solat, dan ada yang masih bersantai di luar rumah menghirup udara segar di kegelapan malam :)


Ramai lagi tetamu yang dijemput tapi hanya mereka yang dapat hadir ke majlis rumah terbuka kami ni. Yang lain ada agenda dan urusan masing-masing. Alhamdulillah, makanan cukup untuk semua tetamu yang hadir. Makanan yang masih berbaki semua diagih-agihkan pada tetamu terutama adik-adik undergrad. Senang hati semua dah licin! Tinggal nak mengemas dan mencuci pinggan mangkuk je. Erk...bab tu yang paling 'lemah' tu!




Tuesday, September 20, 2011

Resipi kerabu su'un

Atas permintaan, saya kongsikan resipi kerabu su'un di sini. Bukan resipi saya ye...ni resipi Sumardi. Saya pun belum cuba buat sendiri lagi :p


Bahan-bahan (boleh ubah jika suka)
  • Seafood; mana-mana pun boleh (direbus dan ditoskan)
  • 2-3 biji tomato (dibuang biji dan dipotong memanjang)
  • 1 paket kecil su'un (direbus)
  • 1/2 atau 1 mangkuk kecil cendawan kering (direndam dan direbus)
  • 2 ulas bawang merah (hiris halus)
  • 5-7 biji cili padi (hiris halus)
  • 5 sudu besar jus limau nipis (kalau suka masam, tambah lagi)
  • 1 sudu besar garam

Cara-cara
  1. Gaul semua bahan hingga sebati
  2. Rasakan supaya ada rasa masam, manis, masin dan pedas
  3. Siap untuk dihidang!


Saya tayang sekali lagi gambar kerabu su'un ni...

Selamat menjamu mata! Kalau nak...sila buat sendiri ye...heee~




Sunday, September 18, 2011

Aidilfitri 2011: 5 Syawal umpama 1 Syawal

Kemeriahan Aidilfitri kami tahun ni hanya mula dirasakan pada 5 Syawal yang jatuh pada hari Sabtu. 5 Syawal terasa bagaikan 1 Syawal sebab masa tu baru semua orang bercuti dan baru rasa seronok nak beraya.

Pagi tu saya dan suami bertungkus-lumus buat persiapan untuk majlis rumah terbuka kami yang bakal bermula jam 5 petang. 2 hari sebelumnya lagi saya dah mula memasak untuk majlis rumah terbuka. Saya sorang-sorang je, mana nak terkejar buat semua dalam sehari. Waktu malam ada la suami saya membantu..siangnya dia ke ladang. Buat persiapan awal takde la kelam-kabut sangat di hari Sabtu tu.


Baju raya kami anak-beranak ditaja oleh mak ayah saya ^_^


Hampir jam 3 petang kami ke rumah Hafiz-Izza...rumah terbuka pertama di sini. Majlis diorang disekalikan dengan majlis harijadi Iman yang ke-2. Macam-macam juadah yang disajikan. Saya sekeluarga tak dapat nak berlama di rumah diorang sebab persiapan majlis rumah terbuka kami masih belum selesai.


Di rumah Hafiz-Izza


Sebelum kami balik sempat juga tengok sesi potong kek. Safiyyah pun sibuk sekali...dia yang paling tak sabar nak ambil kek yang dah dipotong..hihi..


Selesai makan, bersembang dan bergambar sekejap, kami terpaksa mengundur diri. Sampai di rumah terus selesaikan kerja-kerja terakhir yang masih belum selesai. Dah pukul 5 pun masih belum selesai sepenuhnya tapi mujur juga takde tetamu yang sampai tepat jam 5! :D


"Hensem tak saya berbaju Melayu?" :D


Sebahagian hidangan raya di rumah kami. Rendang ayam, sayur campur dan kerabu su'un. Ketiga-tiga juadah ni Sumardi yang masak. Kami pakat buat majlis rumah terbuka sekali dengan Sumardi dan Syafiq. Senang. Masing-masing tak perlu masak banyak-banyak :D


Ni pula bahagian yang saya dan suami sediakan. Satay ayam dan daging, nasi impit, kuah kacang dan soto. Satay tu sebelum tengahari lagi dah dibakar. Syafiq yang tolong bakarkan. Bimbang hujan di waktu petang. Kalau ikut ramalan cuaca untuk hari tu...dijangka hujan dan ribut petir. Tu yang bakar siap-siap tapi alhamdulillah tak hujan sampai ke malam. Cuma pagi tu je la hujan renyai sekejap





Pizza pun ada tau! Ni baru namanya beraya kat luar negara..ngee. Pizza ni ditaja oleh Muzammil yang dah pun pulang ke Malaysia. Dia nak menyumbang juga sesuatu sebagai tanda ingatannya yang pernah beraya di Lincoln :)


Sesi demonstrasi cara makan satay dan ketupat soto oleh suami saya (Oh, masa ni suami saya terlupa nak sarung baju Melayu :p. Lepas sesi demo baru pakai baju Melayu semula). Cik Safiyyah tu pun sibuk nak tolong papa dia :p


Safiyyah dan kawan-kawan


Tetamu-tetamu terawal


Nota: Nantikan sambungan cerita majlis rumah terbuka kami! ;)



Thursday, September 15, 2011

Hari Malaysia

Seronoknya orang kat Malaysia bercuti lagi hari ni. Dapat 3 hari cuti sekaligus. Jumaat, Sabtu, Ahad. Boleh sambung beraya :D. Dulu saya memang tertunggu-tunggu je cuti hari Isnin atau Jumaat. Awal tahun lagi dah tengok cuti sepanjang tahun jatuh hari apa :p.

Sekarang ni tak ambil peduli dah bila cuti terutama cuti umum di Malaysia. Cuti kat US ni tak payah cerita la. Nama je cuti...suami saya bukannya cuti pun. Kalau tak ke ladang, dia buat kerja di 'ofis'. 2-3 hari lepas terbaca status kawan yang katanya tak sabar nak tunggu cuti hari Jumaat.

Lepas baca status kawan tu la baru saya rujuk kalendar. Ditulis di situ 'Hari Malaysia'. Eh, sejak bila pulak ada cuti Hari Malaysia ni? Dulu tak pernah ada pun. Fikir-fikir balik baru saya teringat tahun lepas mak saya ada bagitau pasal cuti Hari Malaysia ni. Tahun lepas la secara rasminya pun seluruh negeri di Malaysia cuti pada 16 September sempena penubuhan persekutuan Malaysia.

Selamat Hari Malaysia! Selamat bercuti buat semua warga Malaysia di Malaysia! :)

[Gambar diambil dari Google]


Nota: Mood berblog masih belum datang sepenuhnya..nak sambung cerita raya pun rasa 'liat'..huhu..



Tuesday, September 13, 2011

Aidilfitri 2011: Cerita 1 Syawal

Orang lain dah habis cerita pasal raya...saya baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal raya pertama untuk tahun ni :p. Ni la akibatnya lama tak berblog. Terlalu banyak yang nak dikongsikan sampai tak tahu nak mula dari mana.

Raya pertama tahun ni pun lebih kurang sama je dengan raya pertama tahun lepas sebabnya tahun ni pun 1 Syawal jatuh bukan pada hujung minggu. Semuanya ada kelas! Memang tak rasa langsung kehadiran Syawal dan kemeriahan Aidilfitri. Lagi pun saya sendiri rasa macam Ramadhan belum cukup sebulan...tiba-tiba dah raya!


1 Syawal 1432 H

Tetamu pertama yang sampai. Azrina. Elok je saya tengah menghidang, Azrina pun sampai. Macam tahu-tahu je..ehe..


Juadah raya pada 1 Syawal. Rendang ayam, nasi impit dan mee kari. Rendang ayam saya masak hari sebelumnya, mee kari pulak masak di pagi raya. Masak sikit-sikit je pun...in case adik-adik undergrad datang beraya macam tahun lepas. Sekurang-kurangnya ada la juadah raya untuk dihidang


Tahun ni 2 jenis biskut raya je yang saya buat (3 jenis la termasuk sejenis lagi yang dibuat pada hari raya ke-3 ^_^). Sungguh tak rajin tahun ni. Nak 'tunjuk-tunjuk' bukannya ada kat sini. Buat la juga 3 jenis. Janji ada :p. Gambar kiri tu biskut cornflakes masin (terbeli salted butter...ingatkan tak terasa masinnya...rupanya tetap rasa juga masinnya tu...huhu...makan je la...nak buat adunan lain tak rajin pulak :p). Kanan tu pulak biskut sarang semut. Tiada dalam gambar: biskut cornflakes bercoklat


Selang beberapa minit Azrina balik...Fatin, Ain, Irfan dan Syafiq pun sampai. Fatin je yang pakai baju raya :p


Safiyyah jadi model biskut sarang semut :D


Tak lama lepas tu Raihan dan Elfha pulak menyusul


Tahun ni tahun pertama Shakir beraya! ^_^





Tetamu terakhir yang sampai...Alif Roslan. Terlupa nak ambil gambar :p. Oh, ada 2 orang lagi anak dara; Fizah dan Hasanah yang datang beraya keesokan harinya. Macam tu je la cerita raya kami pada 1 dan 2 Syawal. Raya pun tak rasa macam raya je. Apakan daya...adat perantau!


Nota: Alhamdulillah, tahun ni dapat puasa penuh lagi ^_^