Pages

Tuesday, September 20, 2011

Resipi kerabu su'un

Atas permintaan, saya kongsikan resipi kerabu su'un di sini. Bukan resipi saya ye...ni resipi Sumardi. Saya pun belum cuba buat sendiri lagi :p


Bahan-bahan (boleh ubah jika suka)
  • Seafood; mana-mana pun boleh (direbus dan ditoskan)
  • 2-3 biji tomato (dibuang biji dan dipotong memanjang)
  • 1 paket kecil su'un (direbus)
  • 1/2 atau 1 mangkuk kecil cendawan kering (direndam dan direbus)
  • 2 ulas bawang merah (hiris halus)
  • 5-7 biji cili padi (hiris halus)
  • 5 sudu besar jus limau nipis (kalau suka masam, tambah lagi)
  • 1 sudu besar garam

Cara-cara
  1. Gaul semua bahan hingga sebati
  2. Rasakan supaya ada rasa masam, manis, masin dan pedas
  3. Siap untuk dihidang!


Saya tayang sekali lagi gambar kerabu su'un ni...

Selamat menjamu mata! Kalau nak...sila buat sendiri ye...heee~




13 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Tgk je dah buat akak telan air liur. Nak kena try nih..

mimmie said...

wow..nk try...tq akak... ;)

Acik Erna said...

assalam nadiah..akak ambik resepi ye..terima kasih..

Unknown said...

senang je rupanya ye kak :) leh try :)

Teratak Hami said...

Wow, resepi dari US.. insyaAllah boleh try. Asyik su'un masak air jer, tukar menu plak.

Chik Na said...

tak pernah try buat tapi suka makan kerabu suun nih :)

eB said...

suker3.. tq :)

So Shy Lady (SSL) said...

first time ni tahu, ok dah bookmark!
buatnya bila t.tau lah kihkih

amboi org US tu mcm2 msk ye...tepek la puding triffle US kat cni ;P

Unknown said...

menarik juga ni.. boleh menambah resepi yg simple2...

idasm said...

kak ida suka segala jenis kerabu.. hehe...

Hamizah said...

sedapnya..nktry jg lah.

Nadiah Sidek said...

k.zefa: cuba la kak :)

cikmimmie: you're most welcome :)

k.erna: sila..sila..

huda: a'ah, senang je

teratak hami: resipi orang brunei ;)

chik na: nadiah pun tak pernah buat sendiri :p

Nadiah Sidek said...

eb: ;)

so shy lady: nadiah tak ambil la gambarnya kak...buat sekali lagi nanti insyaAllah nadiah ambil gambarnya ;)

kakyong: yup, takde idea nak masak apa nanti boleh buat kerabu su'un pulak

k.ida: terbalik dengan nadiah..nadiah tak suka. kerabu su'sun ni pun nadiah ambil su'un je..hihi..

k.hamizah: cuba la kak :)