Pages

Thursday, March 1, 2012

Kuih bakar pandan


Kuih ni saya buat beberapa hari lepas. Dah berbulan saya tak buat kuih ni. Hari tu teringat kuih ni dah lama tak makan, tu yang buat tu. Saya masih guna resipi yang sama sejak pertama kali buat kuih ni. Sedap! Malas le dah nak cuba resipi lain :p.

Saya kongsikan resipinya di sini kalau ada sesiapa nak mencuba tapi saya dah lupa dari mana saya ambil resipi ni. Dah lama berada dalam simpanan. Kemungkinan besar di Myresipi. Terima kasih pada pemberi resipi! Mudah sangat buat kuih ni. Cuba la :)


Bahan-bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan (daun pandan dikisar bersama secawan air)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2-1/4 cawan santan
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • pewarna hijau
  • bijan

Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan. Kacau/kisar sebati.
  2. Masukkan 2 sudu besar minyak dalam loyang.
  3. Panaskan loyang dalam ketuhar. Apabila minyak dah panas, tuang adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan di atasnya.
  4. Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam (saya bakar selama 1 jam 15 minit)

 
Saya tak ada acuan khas kuih bakar. Hanya pakai loyang biasa je


Shakir pun makan kuih bakar juga! Shakir punya ni istimewa sikit. Tiada garam dan gula ^_^. Sebelum letak garam dan gula dalam adunan, saya asingkan sikit untuk Shakir. Memang tawar tapi laju je dia makan. Safiyyah pun makan sekali yang Shakir punya sebab kuih Shakir ni siap masak dulu. Tawar-tawar pun boleh je Safiyyah makan. Bab makan memang saya puji Safiyyah...tak terlalu memilih (sangat berbeza dengan umminya :p)



12 comments:

Nad @ MamaZakwan said...

berselera nya tgk shakir makan :)
anak2 nad ni makan sayur tak?

Papa Mifz said...

kuih bakar nih...saya suka saya suka...

transformed housewife said...

Knur pun dah lama tak buat kuih bakar ni. Senang je kan. Kena buatla nanti sbb dah terliur tengok kuih Nadiah.

~najwa~ said...

owh, mudah je rupanya, eheheh.

Nida Mohd said...

Saya suka kuih ni, pernah cuba buat sekali tapi tak menjadi..keras sikit dan atas dia cam tak berapa garing, maybe terlebih tepung..pastu tak buat dah. kalo rasa nak makan beli je 2 hinggit..hehehe

Affieza said...

Shakir ckp xde gula dan garam pun bestlah kuih bakar pandan ummi ni...hehe

Zefa NorAsmara said...

Assalamualaikum Nadiah.. lama sungguh tak tgl jejak di sini.

ps: nampak sedap sungguh kuih tu. Kak zefa sekali tak pernah buat.. hehe..

Katak Gomok Sulie said...

wah...sy pun dh lama tak makan kueh yg enak ini...

Syigim said...

one of my favorite kuih!!!! tp oven dah lama rosak :( kalo tak confirm try :)

thanks for sharing :)

eB ezrin said...

wah my fav. tq yer. nak cuber gaks :)

Fuhpixel said...

selalu makan masa bulan puasa.. beli kat pasar ramadhan..hehe ^__^

Hanis MY said...

sedapnya yum yum... terliur pulak bila tgk shakir makan...