Pages

Tuesday, April 30, 2013

Nak undi siapa ye?

Hari pengundian bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi. Kalau yang di perantauan, dah pun selamat melalui proses pengundian (undi pos) pada 28 April lepas. Saya dan suami terlepas peluang untuk mengundi kali ni. Nak undi pos kena pergi ke pejabat Kedutaan Malaysia di Washington D.C. sana nun. Jauh...huhu. Tambahan pula sekarang ni pula minggu exam di sini. Alahai...rugi benar rasanya tak dapat mengundi kali ni. Kena tunggu pilihanraya umum akan datanglah jawabnya.

Buat para pengundi yang masih belum ada keputusan calon mana yang harus dipangkah pada 5 Mei ini, saksikan video di bawah. Tips ringkas daripada Mat Luthfi dalam memilih pemimpin. Selamat mengundi! :)





Nota:
Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja di Malaysia! Err...Hari Surirumah tak ada ke? :p


Sunday, April 28, 2013

Gwiyomilah pula...

Macam-macam zaman sekarang ni ye. Lepas satu trend, trend lain pula yang muncul. Pastinya akan ada yang meniru dan mengikutinya. Sebelum ni heboh dengan Gangnam Style. Belum pun reda, timbul pula Harlem Shake. Yang terbaru ni Gwiyomi pula. Dengan adanya butang 'share', mudah sahaja benda-benda macam ni disebarkan.

Setakat ni saya belum lagi tengok ketiga-tiga video berkenaan. Tak tergerak pula tangan ni nak klik butang play. Tahu pun sebab ramai yang share di Facebook wall masing-masing. Viral kata orang. Daripada saya teringat-ingat selepas menontonnya, ada baiknya saya tak tengok langsung.

Oh, tapi saya tengok satu video Gwiyomi! Versi Mr.Bie. Jauh lebih bermanfaat. Selamat menonton ;).



Kpop datang, telan Kpop.
Gangam Style datang, telan Gangnam Style pula.
Harlem shake datang, telan harlem shake pula.
Gwiyomi datang, telan Gwiyomi pula.

Aduhai, kasihan ummat ini.

Apa saja yang tersebar sekarang semuanya nak cepat tiru. Pendirian kita tidak dibina atas prinsip kebenaran, tetapi dibina atas ikut-ikutan terhadap arus.

Kalau arus baik, tak ada masalah.
Tetapi kalau arus tak baik, ikut jadi tak baik juga, kan masalah tu.

Kita ni ada masalah kekeliruan identiti barangkali.
Apa saja datang daripada orang, kita nak tiru dan buat.

Comelkah kalau perempuan-perempuan bertudung membuat gaya-gaya 'comel' di depan kamera untuk ditonton oleh ramai orang termasuk lelaki?

Kadangkala orang tak boleh beza antara 'comel' dengan 'gedik'.

Sigh.

(Afdholul Rahman CA)



Wednesday, April 24, 2013

WW: Sebelum dan selepas

Sebelum.
Ada rambut.


Selepas.
Dah botak dikerjakan papa pada hari yang ke-7 ^_^.


Nota:
Raihannah dah sebulan lebih baru nak buat entri ni. Dah ada rambut balik dah pun dia ^_^

Wednesday, April 17, 2013

WW: Tidur berjemaah


Situasi yang jarang berlaku di waktu siang.
Aman sekejap dunia apabila tiga beradik ni tidur serentak ^_^.




Monday, April 15, 2013

Spring is here!










Nota:

  1. Kesemua gambar diambil oleh suami saya. Saya tukang upload dalam blog je...hihi..
  2. Dah masuk musim bunga pun salji masih turun lagi. Terakhir adalah pada Khamis lepas. Panjang pula musim sejuk kali ni (musim sejuk di musim bunga?). Masing-masing dah tak sabar nak panas. Dah panas nanti masing-masing tak sabar nak sejuk pula ^_^.
  3. Tak sabar nak habis pantang...nak ambil gambar dan menikmati musim bunga sepuas hati. Musim bunga ni insyaAllah musim bunga terakhir buat kami sekeluarga...sob, sob...



Thursday, April 11, 2013

Bukan lagi S | Sebulan

Oh, sekejapnya sebulan berlalu. Mulanya tak perasan juga tapi hari tu Raihannah ada appointment...tengok tarikh...9 haribulan rupanya. Makanya, genaplah sebulan usianya pada 9 April lepas, Alhamdulillah. Dah sebulan berlalu, kisah kelahiran Raihannah masih belum siap lagi :p. Kurang rajin pula nak update blog sekarang ni...hmm...

Baru selesai check up sebulan. Beratnya kini 3.5 kg. Alhamdulillah baik-baik sahaja semuanya.


Tersenyum pula Raihannah dalam gambar ni ^_^.


Kak Long Safiyyah yang terlena di klinik menunggu papanya. Shakir? Papanya angkut pergi ke kelas. Alhamdulillah behave je dia dalam kelas kata suami saya. Melukis sekejap terus terlena sampai habis kelas...hihi. Lecturer suami siap kata lain kali boleh bawa lagi Shakir masuk kelas ^_^.


Alhamdulillah, Raihannah yang solehah jenis yang tak meragam dan bukan jenis berjaga malam. Menangis hanya ketika lapar, diaper kotor,  ketika muntah susu (refluks) atau ketika terasa gayat sahaja. Ya, seperti Shakir, Raihannah juga alami refluks. Harapnya cepatlah berakhir refluksnya tu.

Sebelum ni ada yang bertanya kenapa nama anak yang ketiga ni bukan lagi S? Tak rancang pun sebenarnya nak tetapkan pangkal nama anak dengan huruf yang sama. Kebetulan waktu Shakir lahir berkenan dengan nama yang juga bermula dengan huruf S :). Itu yang orang ingat memang nak namakan anak-anak dengan nama yang bermula dengan huruf S agaknya tu :).


Nota:
Tak lama lagi habis pantang...yay! ^_^

Thursday, April 4, 2013

Macam nak raya!

Kelmarin FB timeline penuh dengan status pembubaran parlimen. Ramai yang excited. Dah macam nak raya dah gayanya ^_^. Saya yang jauh ni pun turut teruja. Lama sangat agaknya menanti tarikh pembubaran parlimen sampai masing-masing rasa gembira dan kelegaan. Sekarang ni saya yakin ramai pula ternanti-nanti tarikh pengundian :).

Nak diikutkan, tahun ni sepatutnya kali ketiga saya mengundi tapi sayangnya buat kali pertama tak dapat mengundi :(. Ruginya rasa tak dapat mengundi kali ni. Setiap kali pilihanraya umum saya mesti teruja. Tak sabar-sabar nak memangkah calon pilihan. Bertambah tak sabar menunggu keputusannya. Teringat dulu sanggup bersengkang mata mengadap TV dengan mak ayah semata-mata menunggu keputusan penuh diumumkan. Sejak dah boleh mengundi, lagilah bersemangat nak tahu keputusan pilihanraya.

Pertama kali mengundi rasa excited. Masa tu saya masih lagi seorang penuntut universiti. Rasa macam dah dewasa sangat dah bila dapat mengundi ^_^. Walaupun di kampus juga ada pilihanraya, perasaan tu tak sama. Rasa lebih berkobar-kobar. Punyalah berhati-hati sewaktu mengundi supaya undi saya tak jadi undi rosak. Sebelum pangkah tu pun baca nama calon berkali-kali, takut tersalah pangkah calon lawan.

Tahun kedua pula saya dapat satu lagi pengalaman. Bertugas jaga 'pondok panas' ^_^. Nama je pondok panas, tapi tak panas pun...hihi. Saya masih ingat lagi. Waktu tu tahun 2008. Ayah tanya boleh ke kalau saya tolong jaga pondok panas waktu pagi sebab pagi hari pengundian tu tak ada siapa yang boleh jaga. Saya setuju je. Sambil-sambil tu boleh tengok suasana di hari mengundi.

Hampir tengahari jugalah saya duduk di pondok panas tu. Dah ada orang datang ganti, baru saya pergi mengundi. Tempat saya membuang undi betul-betul depan pondok panas yang saya jaga je ;). Check nama, nama saya tak ada pula! Padahal dah check sebelum tu lagi, itulah tempat saya mengundi, sama je tempatnya waktu saya mengundi bagi pilihanraya umum tahun 2004. Kecewa betul masa tu. Geram pun ada. Entah macam mana nama saya boleh tercicir.

Balik rumah, mengadu pada mak. Kebetulan mak pun baru balik dari mengundi. Saya, mak dan ayah masing-masing tak sama tempat mengundi. Pelik. Padahal di bawah alamat yang sama. Mak ayah saya kena mengundi tempat yang jauh dari rumah. Saya mujurlah dapat tempat yang dekat dengan rumah. Nak pergi mengundi jalan kaki je.

Mak saya cadangkan pergi ke tempat pengundian satu lagi. Dekat juga dengan rumah. Kiranya rumah saya di tengah-tengah antara 2 tempat pengundian tu. Mulanya saya malas. Buat penat je pergi kalau nama saya tiada juga di situ tapi mak suruh pergi juga. Rugi undi nanti katanya. Betul pun apa yang mak kata tu. Beza satu undi sekalipun, besar maknanya.

Alhamdulillah, tak sia-sia saya pergi! Nama saya tersenarai di tempat pengundian tu. Dapat juga mengundi bagi kali kedua tapi rasa geram masih bersisa lagi. Rupanya, ramai lagi alami nasib yang sama seperti saya pada pilihanraya umum kali tu. Ramai juga yang marah, lebih-lebih lagi yang tak dapat mengundi langsung. Entah ke mana-mana je nama pengundi dicampak...huhu.

Itulah pengalaman saya sebagai pengundi berdaftar :). Kalian bagaimana? Ada pengalaman menarik atau yang tak dapat dilupakan sebagai pengundi? :)


Nota:
Bulan yang sama waktu pilihanraya umum 2008 itu jugalah saya menikah ^_^. Mujur tarikh pengundian jatuh pada awal bulan Mac, bukan penghujung Mac ^_^.