Pages

Monday, September 9, 2013

Enam bulan

9 September 2013; Raihannah genap 6 bulan. Alhamdulillah. Dengan izin Allah, saya berjaya menyusukan Raihannah secara eksklusif (tanpa susu formula, tanpa air, juga tanpa sebarang makanan) selama 6 bulan. Semoga terus diizin Allah untuk menyusukan Raihannah sepenuhnya sehingga usianya 2 tahun seperti Kak Long dan Abe Ngahnya..ameen.

Makanya, bermula jugalah suatu lagi episod baru buat Raihannah. Dah boleh makan! ^_^

InsyaAllah, saya akan aplikasikan cara Baby Led Weaning (BLW) dalam memperkenalkan solid food pada Raihannah. Hari pertama boleh kata tak berjaya..hihi. Tak apa, nanti tengok perkembangannya macam mana. Baru hari pertama pun cuba makan :).

Berkerut-kerut kening Raihannah disuap pisang..hihi. Dia rasa pelik agaknya. Selama ni minum susu semata-mata, tiba-tiba hari ni dapat pisang :D. 


Disuap lagi, dah mula merengek-rengek tanda tak mahu. Ummi suap juga lagi...menangis! Macam dipaksa makan ubat pula :p. Tak apalah, esok kita cuba lagi ya sayang.
Bagi juga Raihannah pegang sendiri pisang tu tapi hancur dibuatnya..hihi. Itu yang kata BLW hari pertama tak jadi :D. 4 hari pertama ni bagi pisang sahaja dulu (4 day rule), senang nak pastikan kalau-kalau Raihannah allergik terhadap sesuatu makanan.



11 comments:

Siti Asiah said...

ololo ciannye dia...ummi bagi makan pisang yea...sy nk bubur la ummi, hehe

asyifamustaffa said...

sianya muka dia...
x sbar juga nak tggu my baby start mkn...beza sebuln je dgn Raihanah...:)

ibu alya said...

raihanah dh besar!! Dah mkn pisang ye hihi..nnt ummi buatkn moi baru nk mkn kut..

Amzar said...

tahniah dpt BF sepenuhnya selama 6bln..imah cuma dpt 2bln jer...lps masuk krj lek dah mula campur susu fomular...tp skrg aina dah 1thn pun masih BF lg....

cahayahidupku.blogspot.my said...

Ummi paksa makan ye Raihana... sian dia.. makan pelan2 ye :D

bidarulmunir said...

hehe..macam eksperimen pulak ...

Shila said...

Salam Kak nadiah,

aritu shila penah baca waktu nak introduce solid food dekat saif. BRAT foods, Banana, Rice, Apple, T... boleh sebabkan sembelit utk baby. Kalau boleh introduce lewat sikit pun takpe. Untuk starting boleh bagi food starts with P, such as potatoes, pumpkin, peas, pears.

transformed housewife said...

baru 1st day tu. Nanti baru dia biasa.

mamaarifakeemaisy said...

Hikhik..takmcedap ke dikl. Nangis pulak dia.. :-)

Sikit hari lg, pandai la makan tu..:-)

Cho Zila said...

cuba jayakan.. syioknyer dia dapat buat secara ekslusif... tahniah.. akakni separuh2jer...

huda said...

Da brapa kilo raihanah? Cutenyer...